Font size
WorksheetsAlgoritma T3 : Search dan Sort
Total questions: 18
Worksheet time: 35mins
Algoritma diwakilkan dalam 2 bentuk iaitu
carta alir
pseudokod
struktur kawalan
Algoritma sangat penting dalam pembangunan atur cara. Pernyataan yang manakah berkaitan dengan algoritma?
salah satu teknik penyelesaian masalah yang membantu pengguna mendapatkan maklumat yang dikehendaki.
satu siri tindakan yang jelas yang perlu dilaksanakan untuk mendapatkan output yang dikehendaki
salah satu bahasa pengaturcaraan untuk membantu pengaturcara membangunkan sistem komputer
salah satu struktur kawalan yang membantu pengatur cara membangunkan aturcara dengan baik
Dalam bidang pengkomputeran, apakah yang dimaksudkan dengan search?
Mencari item dalam senarai
Mencari suatu item yang diisih
Mencari benda yang hilang
Mencari dan mengisih item dalam senarai
Antara berikut, yang manakah merupakan ciri sort?
Mengisi dan mencari item dalam senarai
Mengisih item-item dalam senarai mengikut turutan menaik dan menurun
Mengisih item-item dalam senarai yang panjang sahaja
Mengisih item-item dalam suatu senarai linear mengikut urutan yang tertentu
Teknik ini mencari dan menyemak item di tengah senarai. Jika item di tengah senarai bukan item dikehendaki, item-item di sebelah kiri atau kanan akan diabaikan mengikut syarat yang ditetapkan.
Linear search
Bubble sort
Binary search
Bucket sort
Teknik isihan yang menyemak dua item bersebelahan ialah
Binary search
Bubble sort
Linear search
Bucket sort
Puan Diana sedang membeli ikan kembung di pasar. Dia memilih ikan-ikan yang segar. Apakah konsep yang digunakan oleh Puan Diana
Linear search
Bucket sort
Bubble sort
Binary search
Amira ingin mengisih fail-fail maklumat murid ke dalam 26 buah kotak yang dilabelkan abjad A hingga Z. Apakah konsep yang digunakan oleh Amira untuk memudahkan kerjanya?
Binary search
Linear search
Bucket sort
Bubble sort
Antara situasi berikut, yang manakah menggunakan konsep gabungan binary search dan linear search
Fahim membeli jam di kedai
Faizal mencari kasut yang sesuai untuk pelanggan di kedai
Emma memilih baju di sebuah pasar raya
Siti menjual nasi kerabu kepada pelanggan
Teknik carian ini melibatkan carian yang bermula di awal senarai dan membuat perbandingan satu item demi satu item sehingga item yang dikehendaki dijumpai.
Binary search
Bubble sort
Linear search
Bucket sort
Antara situasi berikut, yang manakah boleh dikaitkan dengan Linear Search?
Seorang pelajar menggunakan kamus untuk mencari maksud beberapa perkataan yang diberikan oleh gurunya.
Shadira mencari nombor telefon kawannya dengan menggunakan Buku Panduan Telefon.
Seorang guru ingin mengetahui nama peserta yang mendapat tempat pertama hingga ke-3 berdasarkan borang pemarkahan yang diserahkan selesai pertandingan.
Seorang pelajar mencari satu artikel yang berkaitan dengan tugasannya di sebuah perpustakaan awam.
Langkah-langkah yang terlibat dalam pencarian satu nombor menggunakan binary search ialah
Meletakkan indeks pada setiap item
Membandingkan item pertama dengan kedua dan seterusnya
Membandingkan item pertengahan dalam senarai dengan item yang dicari
Mengenal pasti item pertengahan dalam senarai nombor yang diberikan
Antara berikut yang manakah kelebihan penggunaan Linear Search berbanding Binary Search?
sesuai untuk senarai item yang sedikit
pencarian satu demi satu sehingga item dicari diperolehi
tiada isihan mengikut urutan menaik atau pun menurun
perbandaingan item yang dicari dengan item pertengahan dalam senarai
Antara berikut, yang manakah formula untuk mencari item pertengahan?
Indeks terkecil * Indeks terbesar / 2
(Indeks terkecil * Indeks terbesar ) / 2
Indeks terkecil + Indeks terbesar / 2
(Indeks terkecil + Indeks terbesar ) / 2
Indeks dalam sesuatu senarai merujuk kepada ____________________________________ dan ianya bermula dengan ____ .
item pertengahan dalam senarai item
penentu kedudukan bagi setiap item dalam senarai
1
0
Dalam Binary Search, titik pertengahan yang menghasilkan nombor perpuluhan akan dibaca sebagai _______________________ . Contohnya 2.6, komputer akan membaca nilai item di indeks _____ .
nombor bulat terkecil bagi indeks tersebut........
nombor bulat terbesar bagi indeks tersebut
2
3
Proses __________________akan membandingkan item di tengah-tengah dengan item yang di sebelah kiri atau kanan
Linear search
Binary search
Bubble sort
Bucket sort
Diberi satu senarai [2, 5, 3, 4, 6, 1]. Selepas satu lelaran, senarai akan menjadi [2, 3, 5, 4, 1, 6]. Apakah teknik sort yang digunakan?
Bucket sort
Bubble sort
Binary search
Linear search
