wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

4 cumin-sejarah tempat tinggal

Total questions: 23

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah tempat tinggal merupakan keperluan asas manusia?

a)

Kerana manusia boleh berbangga dengan kecantikan rumah masing-masing.

b)

Kerana manusia dapat hidup dalam keadaan selamat di dalam rumah.

c)

Kerana rumah mempunyai bekalan elektrik.

d)

Kerana senang menyimpan barang-barang di dalam rumah.

2.

1) Nombor Rumah

2) Nama Jalan

3) _____________

4) Nama Bandar

5) Nama Negeri

Maklumat nombor tiga ialah _____________.

a)

nombor telefon

b)

nombor baris

c)

keluasan

d)

poskod

3.

Aplikasi berikut memerlukan alamat lengkap untuk memastikan urusan yang lancar KECUALI

a)
b)
c)
d)
4.

Ahmad tinggal di negeri Terengganu yang terkenal dengan kawasan _____________.

a)

perlindungan orang utan

b)

penternakan ikan patin

c)

pelabuhan yang sibuk

d)

penyu bertelur

5.

Bentuk muka bumi tersebut sesuai untuk aktiviti penanaman padi iaitu ___________.

a)

tanah berpaya

b)

tanah berair

c)

tanah pamah

d)

tanah rendah

6.

Tanaman komersial seperti kelapa sawit dijalankan di kawasan bentuk muka bumi yang sesuai iaitu ______________.

a)

tanah tinggi

b)

pesisir laut

c)

tanah pamah

d)

berbukit-bukau

7.

Florence tinggal di Miri, Sarawak. Terdapat industri __________ yang menyebabkan kawasan tempat tinggalnya berkembang maju.

a)

petroleum

b)

padi

c)

elektronik

d)

pelancongan

8.

Setiap kawasan tempat tinggal mempunyai sejarah dan ___________penting yang pernah berlaku untuk diingati dan dipelajari.

a)

bangunan

b)

aktiviti

c)

lokasi

d)

peristiwa

9.

Nama Tanjung Puteri merupakan nama asal __________ selepas ditukar oleh Sultan Abu Bakar.

a)

Kota Bharu

b)

Wakaf Bharu

c)

Johor Bahru

d)

Kampung Baru

10.

Kuala Lumpur dahulunya terkenal sebagai tempat ___________ bijih timah.

a)

penjualan

b)

perlombongan

c)

penghasilan

d)

penghantaran

11.

________________ terkenal sebagai lokasi pelancongan dan lagenda Mahsuri.

a)

Pulau Sipadan

b)

Pulau Pangkor

c)

Pulau Langkawi

d)

Pulau Redang

12.

Tokoh setempat ialah individu yang banyak menyumbang _________ dan bakti kepada komuniti.

a)

wang

b)

harta

c)

suara

d)

jasa

13.

Tokoh di dalam gambar bertugas sebagai malim gunung di Gunung Kinabalu. Pelbagai jasa yang disumbangkan oleh beliau KECUALI

a)

membantu menebang pokok balak yang besar.

b)

menjaga keselamatan pendaki.

c)

mempromosikan kawasan ekopelancongan.

d)

membantu dalam penjagaan alam sekitar di Taman Negara Kinabalu.

14.

Gambar menunjukkan antara tokoh-tokoh setempat yang banyak menyumbang jasa kepada orang ramai. Apakah pengajaran yang dapat kita peroleh daripada sifat mereka?

a)

Kita mestilah membazir harta benda kita.

b)

Kita hendaklah berbuat baik tanpa mengira latar belakang seseorang.

c)

Kita mesti berusaha mengenali ramai orang

d)

Janganlah kita memandang rendah orang lain.

15.

Apakah tanda penghargaan kita terhadap tokoh setempat?

a)

Memberi sokongan moral terhadap usaha mereka.

b)

Menghalang aktiviti mereka.

c)

Menyebarkan maklumat palsu.

d)

Menghasut orang lain untuk membenci mereka.

16.

Sebagai jiran yang baik hati, apakah tindakan anda sekiranya jiran anda ditimpa masalah?

a)

Mendiamkan diri.

b)

Menyebarkan kisah mereka kepada orang lain.

c)

Mengejek kekurangan mereka.

d)

Membantu mereka sedaya upaya.

17.

Tempat tinggal merupakan

a)

kehendak manusia

b)

keperluan asas manusia

18.

Maklumat yang perlu ada pada alamat ialah

a)

nama rumah,nama jalan

b)

tuan rumah,nama jalan,poskod dan nama negeri

c)

nombor rumah,nama jalan,poskod,nama bandar dan negeri

19.

Apakah nama asal Johor Bahru?

a)

Tanjung Rambutan

b)

Tanjung Tuan

c)

Tanjung Puteri

d)

Tanjung Sepat

20.

Ranau terletak di negeri__________

a)

Sabah

b)

Johor

c)

Kedah

d)

Perak

21.

Manakah antara berikut adab menggunakan tandas awam?

a)

Melukis di dinding tandas awam

b)

Membuang sampah ke dalam mangkuk tandas

c)

Pam selepas menggunakan tandas

d)

Membuka pintu tandas dengan kuat

22.

Bagaimanakah kita dapat berasa bangga dan menghargai tempat tinggal kita?

a)

Dengan memilih tempat tinggal di tempat yang popular

b)

Dengan memilih tempat tinggal di kawasan tanah tinggi

c)

Dengan memahami sejarah tempat tinggal kita

23.

Ranau berasal daripada perkataan "Ranahon" yang bermaksud kawasan __________________.

a)

tanah rata

b)

bukit bukau

c)

hutan belantara

d)

sawah padi