WorksheetsKata Ganda 2
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Kedengaran ..... suara wanita menangis ketika kami sedang berkhemah di padang sekolah.
sorok-sorok
senyap-senyap
sayup-sayup
Nek Fidah mahir dalam pembuatan ..... sayong.
kekabu
lelabu
kekisi
Ibu ..... di ruang tamu kerana masih menunggu ayah yang masih belum pulang.
lalu-lalang
mundar-mandir
ulang-alik
Dalam insiden rompakan kedai emas semalam, pihak polis ..... tembakan dengan perompak itu.
berbalas-balas
berganti-ganti
bertukar-tukar
Kilang besi itu mengeluarkan asap ..... di udara.
bersimpul-simpul
berketul-ketul
berkepul-kepul
Azahari memeluk ibunya ..... sebelum dia pulang ke asrama.
erat-erat
dekat-dekat
betul-betul
Sebaik-baik sahaja kami tiba di rumah, kilat ..... dan hujan turun dengan lebatnya.
berdentam-dentum
sabung-menyabung
berkelip-kelip
Pelumba pelumba basikal itu ..... untuk memenangi perlumbaan itu.
menarik-narik
asak-mengasak
kejar-mengejar
Beberapa ekor ..... hinggap pada kelopak bunga mawar itu.
labah-labah
kupu-kupu
kura-kura
Bilik stor yang terletak di bawah tangga itu dipenuhi sarang .....
labah-labah
labi-labi
kupu-kupu
"Emeysha, tutup bekas gula itu ..... supaya tidak dimasuki semut," kata ibu.
ketat-ketat
erat-erat
kuat-kuat
Syazwan menggenggam tangan isterinya ..... semasa bersalaman di pagi raya.
ketat-ketat
rapat-rapat
erat-erat
Penduduk kampung ..... ke Balai Raya untuk menyambut kedatangan YB Luqman.
berduyun-duyun
asak-mengasak
berenang-renangan
Orang ramai ..... untuk mengambil gambar bersama Wany Hasrita dan Cikgu Amirul.
berduyun-duyun
asak-mengasak
rapat-merapat
Selepas berhenti kerja, Encik Danish mengusahakan perniagaan runcit secara ..... di kampungnya.
terang-terangan
kecil-kecilan
terus-menerus
Pasukan bola sepak sekolah itu berusaha ..... untuk memenangi perlawanan peringkat akhir.
habis-habisan
terus-menerus
hidup-hidup
" Janganlah kamu percaya ..... akan berita yang belum pasti itu," nasihat doktor Fendy kepada pesakitnya.
terus-menerus
bulat-bulat
hidup-hidup
Kejadian ..... yang berlaku pada awal pagi tadi di pekan kecil itu mengejutkan para penduduk.
kejar-mengejar
tembak-menembak
terang-terangan
Fikirannya ..... kerana memikirkan masalah keluarganya sejak belakangan ini.
kusut-masai
haru-biru
terus-menerus
Ustazah Balqis ..... dari rumah ke masjid sejauh 20 kilometer setiap hari.
ulang-alik
mundar-mandir
ke hulu ke hilir
