WorksheetsPERNIAGAAN TINGKATAN 4- ULANGKAJI BAB 1 & BAB 2
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan?
Aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan antara penjual dengan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
Aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan antara penjual dengan pembeli bagi memenuhi keperluan pengguna.
Aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan antara penjual dengan pembeli bagi memenuhi kehendak pengguna.
Aktiviti yang melibatkan import dan eksport antara penjual dengan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
Komponen manakah yang berkaitan dengan konsep asas perniagaan?
I Melakukan pertukaran nilai
II Melatih tenaga kerja mahir
III Menyediakan barang dan perkhidmatan
IV Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Puan Wong adalah satu-satunya pemilik perniagaan Restoran Makanan Laut Song. Puan Wong berhak mengawal keseluruhan operasi perniagaan restorannya dan arahan kepada pekerja hanya datang daripada Puan. Wong sahaja. Jenis milikan perniagaan yang dimiliki Puan Wong ialah________.
A Syarikat Berhad
B Koperasi
C Milikan Tunggal
D Perkongsian
Perniagaan manakah yang merupakan perkongsian?
A Kedai Runcit Ali
B Restoran Said dan Sheikh
C Koperasi Kg Gelam Berhad
D Syarikat JKB Sdn Bhd
Apakah kelebihan perkongsian liabiliti terhad (PLT) berbanding dengan perkongsian berhad?
I Mudah diuruskan
II Mudah ditubuhkan
III Hayat perkongsian yang berterusan
IV Semua rakan kongsi mempunyai tanggungan terhad
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Encik Benedict dan rakan-rakannya Encik Alfred dan Encik Mathias telah menubuhkan satu perniagaan perkongsian iaitu Perniagaan Perabot BAM. Encik Mathias telah menghadapi masalah kewangan dan diisytiharkan muflis. Masalah kewangan Encik Mathias telah menyebabkan Perniagaan Perabot BAM _________.
A membantu masalah kewangan Encik Mathias
B tiada apa-apa kesan
C membuka permohonan pemindahan syer Encik Mathias kepada pekongsi lain
D terpaksa dibubarkan
Apakah faktor utama yang mendorong peniaga untuk mengambil tindakan dari Milikan Tunggal berubah keada Syarikat Sendirian Berhad?
A Supaya pengurusan bermbah mantap
B Operasi perniagaan dapat dipertingkatkan
C Dapat menambahkan kawalan perniagaan
D Supaya dapat menjimatkan pembayaran cukai
Antara berikut yang manakah benar tentang kelebihan Syarikat Awam Berhad?
I Modal lebih besar
II Liabiliti terhad
III Menikmati ekonomi bidangan
IV Beban cukai yang tinggi
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Apakah maksud koperasi?
A Sebuah organisasi perniagaan yang ditubuhkan oleh sekumpulan individu secara sukarela
B Sebuah organisasi perniagaan yang ditubuhkan oleh kerajaan pusat
C Sebuah organisasi perniagaan yang ditubuhkan oleh syarikat berhad
D Sebuah organisasi perniagaan yang ditubuhkan oleh sekumpulan pertubuhan dunia
Bilangan ahli maksimum dalam jenis milikan koperasi ialah
A 50 orang
B 100 orang
C 20 orang
D Tiada had maksimum
Berdasarkan gambar di atas, apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?
A Milikan tunggal
B Francais
C Syarikat Awam Berhad
D Koperasi
Antara yang berikut, yang manakah kelebihan usaha sama?
I Dapat meningkatkan keuntungan
II Risiko perniagaan dapat dikurangkan
III Dapat mengelakkan berlakunya konflik
IV Mudah untuk mendapat pelbagai sumber
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Apakah kelebihan perniagaan berskala tempatan?
I Saiz pasaran adalah kecil
II Menikmati ekonomi bidangan
III Tidak melibatkan operasi yang besar
IV Kos yang ditanggung adalah rendah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Antara yang berikut yang manakah merupakan peranan kerajaan untuk menangani masalah perniagaan?
I Dasar pembangunan
II Dasar fiskal
III Dasar kewangan
IV Dasar pendidikan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Semasa inflasi, Bank Pusat akan menjalankan dasar kewangan menguncup. Apakah yang akan dilakukan oleh Bank Pusat?
I Meningkatkan kadar bunga
II Menurunkan kadar bunga
III Menambahkan penawaran wang
IV Mengurangkan penawaran wang
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Akta manakah yang bertujuan melindungi kepentingan pengguna?
A Akta Syarikat 1965
B Akta Perkongsian 1961
C Akta Perihal Dagangan 1972
D Akta Perhubungan Industri 1967
Pernyataan manakah yang benar tentang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
A PBT melaksanakan tanggungjawab sosial
B PBT ditubuhkan di bawah Enakmen Negeri
C PBT melaksanakan aktiviti perniagaan tempatan
D PBT memainkan peranan penting melatih para peniaga tempatan
Apakah peranan yang dimainkan oleh MATRADE?
A Mempromosikan produk keluaran tempatan di luar negara
B Menyediakan pembiayaan kepada para usahawan kecil
C Menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang pertanian
D Menyediakan latihan keusahawanan kepada para usahawan tempatan
Apakah maksud inflasi?
A Satu fenomena lambakan barang dan perkhidmatan di pasaran
B Satu fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
C Satu keadaan di mana harga barang menurun akibat pengeluaran berlebihan
D Satu keadaan di mana permintaan untuk barang dan perkhidmatan jatuh mendadak
Apakah yang dimaksudkan dengan Trend Persekitaran Perniagaan?
A Berlaku disebabkan keadaan ekonomi negara
B Dasar pemerintahan oleh kerajaan
C Suatu arah aliran perkembangan sesuatu perniagaan
D Merupakan arah perniagaan yang berdaya maju
Majikan terlalu memberi ruang atau kebebasan kepada pekerja mereka. Hal ini mewujudkan masalah tingkah laku pekerja yang sukar dikawal dan menyebabkan organisasi gagal mencapai prestasi.dan matlamat yang telah ditetapkan.
Apakah gaya pengurusan yang sesuai bagi situasi berikut?
A Gaya pengurusan sokongan
B Gaya pengurusan autokratik
C Gaya pengurusan sederhana
D Gaya pengurusan laissez-faire
Berikut merupakan faktor yang menyebabkan persekitaran perniagaan berubah.
i. Pekerja kurang bermotivasi
ii. Keadaan ekonomi semakin lembab
Apakah kesan terhadap trend perniagaan?.
trend perniagaan malar
trend perniagaan meningkat
trend perniagaan mendatar
trend perniagaan menurun
Maklumat berikut berkaitan dengan peranan suatu agensi kerajaan yang terlibat
dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D)
- Memastikan hasil keluaran industri menepati piawaian yang di tetapkan
- Memastikan produk tidak menyeleweng dari segi kualiti yang ditetapkannya.
- Aktiviti penyelidikan membantu dalam pembangunan dan perubahan teknologi
Apakah agensi berkenaan?
MEDEC
MARDI
SIRIM
FELDA
Apakah peranan agensi tersebut?
Menyediakan bantuan modal kepada usahawan berskala besar
Membantu mempromosi produk usahawan ke luar negara
Mempelbagai pilihan barang untuk pengguna
Meningkatkan jumlah perbelanjaan kerajaan
Apakah kelebihan mengambil pekerja dari luar organisasi bagi menjawat sesuatu jawatan?
Pekerja mudah menyesuaikan diri melaksanakan tugasan baharu
Meningkatkan motivasi pekerja menghadapi cabaran
Menjimatkan kos kenaikan pangkat sumber dalaman
Perkongsian idea baharu
