WorksheetsPERIBAHASA
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Akibat terlalu bergiat aktif dalam bidang kokurikulum sehingga tidak mematuhi jadual belajar, pencapaian Nurul dalam kurikulum semakin merosot.
Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah:
alah bisa tegal biasa
malas bergarit perut perit
genggam bara api biar jadi arang
yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
Meskipun tidak dapat hadir ke sekolah selama seminggu kerana sakit, Fizi tetap menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh gurunya kerana ....
kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan
ke tengah boleh, ke tepi pun boleh
alang-alang mandi biar basah
segan bertanya sesat jalan
Kita digalakkan mencuci tangan dengan kerap agar tidak dijangkiti penyakit COVID-19. Hal ini demikian kerana.....
sudah terhantuk baru terngadah
di mana kemahuan, di situ ada jalan
mencegah lebih baik daripada mengubati
kalau baik jadi teladan, kalau jahat jadi sempadan
Kamarul merupakan _______________ dalam acara olahraga di sekolahnya.
anak buah
orang besar
anak emas
ayam tambatan
Jasa atlet-atlet sukan yang mengharumkan nama negara tetap dikenang sepanjang masa, bak peribahasa _________________.
harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
biar putih tulang, jangan putih mata
jauhari juga mengenal manikam
biar titik jangan tumpah.
Murid-murid perlu didedahkan pengetahuan tentang keselamatan jalan raya sejak bangku sekolah lagi. Bak kata pepatah, ......
pelanduk lupakan jerat, tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya
sekali jalan terkena, dua kali jalan ingat
tak kenal maka tak cinta
Ibu bapa boleh membawa anak-anak menyertai sambutan Hari Kebangsaan bagi menanamkan semangat cinta akan negara kerana ______________
lain padang lain belalang
bagaimana acuan begitulah kuihnya
melentur buluh biarlah dari rebungnya
belakang parang kalau diasah lagikan tajam
Tindakan pekerja itu tidak ubah seperti ______________ kerana dia telah menyelewengkan wang syarikat.
diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
harapkan pagar, pagar makan padi
bagai melepaskan anjing tersepit
seperti api dalam sekam
Peribahasa berikut mempunyai maksud yang sama, kecuali
seperti aur dengan tebing
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Peribahasa yang boleh dikaitkan dengan orang yang terhad ilmu pengetahuannya dan tidak tahu akan hal yang berlaku di sekelilingnya ialah ____________
seperti katak di bawah tempurung
seperti katak kena simbah air
seperti kera mendapat bunga
seperti rusa masuk kampung
