wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TASAWWUR ISLAM T5 (Pel. 3 - Sistem Perundangan Islam)

Total questions: 15

Worksheet time: 2mins

Name
Class
Date
1.

Hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT kepada manusia dalam pelbagai aspek kehidupan berkaitan akidah, ibadah, akhlak, muamalah, munakahat, dan jenayah demi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

a)

Ekonomi Islam

b)

Perundangan Islam

c)

Muamalat Islam

2.

Berikut adalah ciri-ciri keunggulan perundangan Islam, kecuali...

a)

hukumannya bersifat memberi pengajaran

b)

mendidik jiwa manusia dengan akhlak yang murni

c)

tidak kekal dan boleh berlaku perubahan

d)

merangkumi semua aspek kehidupan

3.

Setiap perkara yang diambil daripada Rasulullah SAW sama ada perkataan, perbuatan atau pengakuan baginda.

a)

al-Qias

b)

al-Hadis

c)

al-Ijmak

d)

al-Quran

4.

Masyarakat perlu mematuhi perundangan Islam untuk mencapai tujuan berikut, kecuali...

a)

jenayah berkurangan

b)

terpelihara harta dan nyawa

c)

bebas melakukan aktiviti seharian

d)

ekonomi berkembang dengan pesat

5.

Berikut adalah sebab-sebab Al-Quran dan Al-Hadis menjadi sumber rujukan perundangan Islam yang utama, kecuali

a)

Al-Quran dan Al-Hadis merupakan kebenaran yang mutlak

b)

Kandungannya merangkumi aspek kehidupan

c)

Al Quran dan al Hadis bersifat setempat

d)

Sesuai diamalkan sepanjang zaman

6.

Antara yang berikut yang manakah bukan sumber utama perundangan Islam?

a)

al-Istihsan

b)

al-Quran

c)

al-Ijmak

d)

al-Qias

7.

Berikut adalah ciri-ciri perundangan Islam kecuali...

a)

melanggarnya akan dikenakan tindakan di dunia.

b)

lengkap dan merangkumi dunia dan akhirat.

c)

sesuai pada semua tempat dan zaman.

d)

al-Quran dan al-Hadis sebagai sumber rujukan.

8.

Antara cara menghayati perundangan Islam adalah seperti berikut, kecuali...

a)

mengamalkan cara hidup Islam

b)

mencintai kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat

c)

berpegang teguh dengan peraturan Allah SWT

d)

berfikir dan mengkaji serta mengakui kebenaran semua agama

9.

Memelihara agama bermaksud memelihara

a)

Kebersihan jasmani

b)

Kesucian akidah

c)

Kesucian akhlak

d)

Kebersihan rohani

10.

Islam telah menetapkan beberapa cara bagi menjamin keturunan, antaranya ialah...

a)

Menghormati hak milik individu

b)

Sentiasa melakukan ibadat dan membaca buku

c)

Menjaga kesihatan, kebersihan dan keselamatan diri

d)

Mensyariatkan perkahwinan untuk melahirkan zuriat yang sah

11.

Kepentingan matlamat perundangan Islam terhadap agama ialah

a)

Memantapkan kemajuan negara

b)

Memastikan pemikiran manusia sentiasa waras

c)

Memantapkan akidah umat Islam supaya tidak terpesong

d)

Mensyariatkan potong tangan kepada pencuri dan perompak

12.

Kepentingan mengamalkan perundangan Islam hanya memberi kebaikan kepada umat Islam sahaja

a)

Betul

b)

Salah

13.

Mensyariatkan hukuman qisas kepada pembunuh supaya wujud keadilan.

Pernyataan ini menerangkan cara Islam memelihara....

a)

akal

b)

nyawa

c)

agama

d)

harta

14.

Perundangan Islam mendidik jiwa manusia supaya takut akan pembalasan ALLah SWT

a)

Betul

b)

Salah

15.

Antara yang berikut manakah kesan pengabaian pelaksanaan Sistem Perundangan Islam ?

a)

Memajukan ekonomi diri, keluarga dan negara

b)

Merosakkan akal melalui perbuatan minum arak dan penagihan dadah

c)

Menjamin keselamatan diri daripada perbuatan yang membahayakan nyawa

d)

Melahirkan zuriat yang halal melalui perkahwinan yang sah