NEW
Font size
WorksheetsKeseimbangan redoks
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
Manakah takrifan tindak balas redoks?
Tindak balas yang melibatkan peningkatan dan penurunan berlaku serentak
Tindak balas yang melibatkan penghidratan dan pendehidratan berlaku serentak
Tindakbalas yang melibatkan pembentukan ikatan kovalen tunggal dan ikatan kovalen ganda dua berlaku serentak
Tindak balas yang melibatkan pengoksidaan dan penurunan berlaku serentak
Manakah BUKAN cara untuk menentukan suatu tindak balas redoks?
Terima atau kehilangan proton
Terima atau kehilangan oksigen
Terima atau kehilangan hidrogen
Perubahan nombor pengoksidaan.
Mg + CuO --> MgO + Cu
Berdasarkan persamaan diketahui bahawa
Mg mengalami penurunan
MgO mengalami pengoksidaan
CuO adalah agen pengoksidaan
Cu adalah agen penurunan
2Na + Cl2 --> 2NaCl
Persamaan di atas mewakili suatu tindak balas redoks. Manakah yang TIDAK benar?
Natrium mengalami pengoksidaan
Atom natrium menerima satu elektron
Natrium adalah agen penurunan
Cl2 + 2e- --> 2Cl-
Mg + CuSO4 --> MgSO4 + Cu
Berdasarkan persamaan setengah di atas. Manakah pernyataan yang TIDAK benar?
nombor pengoksidaan bagi atom magnesium pada bahan tindak balas ialah +2
nombor pengoksidaan bagi ion kuprum di dalam kuprum(II) sulfat ialah +2
nombor pengoksidaan bagi ion sulfat di dalam magnesium sulfat ialah -2
nombor pengoksidaan bagi atom kuprum pada hasil tindak balas ialah 0
kirakan nombor pengoksidaan bagi ion mangan di dalam ion manganat, MnO4-
+7
+6
+4
+3
Apakah nama IUPAC bagi bahan yang mempunyai formula ion PbO2?
Plumbum(I) oksida
Plumbum(II) oksida
Plumbum(III) oksida
Plumbum(IV) oksida
Antara berikut yang manakah bukan tindak balas redoks?
AgNO3 + NaCl --> AgCl + NaNO3
Ca + CuSO4 --> Cu + CaSO4
H2S + Cl2 --> S + 2HCl
Zn + SnO --> ZnO + Sn
Rajah menunjukkan suatu eksperimen mengkaji tindak balas redoks.
Manakah TIDAK benar tentang eksperimen tersebut?
Ion ferum(II) akan ditukarkan kepada ion ferum(III)
Air bromin akan melunturkan warna hijau ferum(II) menjadi tanpa warna
Air bromin adalah agen pengoksidaan
Ion ferum(II) mengalami pengoksidaan
Rajah menunjukkan suatu eksperimen mengkaji perpindahan elektron pada suatu jarak.
Manakah yang benar?
Kalium iodida bertindak sebagai agen penurunan
Elektron mengalir dari elektrod Q ke elektrod P
Kalium dikromat(VI) berasid mengalami pengoksidaan
Kalium iodida ialah anod
Manakah yang TIDAK benar tentang nilai keupayaan elektrod piawai, Eo?
Nilai keupayaan elektrod piawai bagi elektrod hidrogen ialah 0.00 V
Nilai keupayaan elektrod piawai bagi unsur-unsur di atas hidrogen adalah bernilai negatif
Semakin negatif nilai keupayaan elektrod piawai bermaksud semakin kuat ia bertindak sebagai agen penurunan
Semakin negatif nilai keupayan elektrod piawai semakin senang diturunkan
Berdasarkan nilai keupayaan elektrod yang diberikan.
Manakah yang benar?
ion zink, Zn2+ adalah agen penurunan yang kuat
ion kuprum, Cu2+ adalah agen pengoksidaan yang kuat
ion argentum, Ag+ mengalami pengoksidaan
ion plumbum, Pb2+ mengalami penurunan
Diketahui bahawa
Mg2+ + 2e ⇆ Mg , Eo = -2.38 V
Cu2+ + 2e ⇆ Cu , Eo = +0.34 V
Hitungkan sel voltan yang terhasil oleh sel tersebut
+2.72 V
-2.04 V
-2,72 V
+2.04 V
Rajah menunjukkan susunan radas dalam mengkaji elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat.
Manakah yang TIDAK benar.
ion-ion yang wujud di dalam larutan ialah ion kuprum(II), Cu2+ ion sulfat, SO42- , ion hidrogen, H+ . ion hidroksida, OH-
ion sulfat, SO42- dan ion hidroksida, OH- akan tertarik ke anod
gelembung gas tanpa warna terhasil di anod
ion hidrogen, H+ akan dinyahcaskan di katod
Gambarajah menunjukkan suatu eksperimen penyaduran sudu besi dengan lapisan logam kuprum.
Manakah yang boleh dijadikan larutan X
larutan kuprum(II) sulfat
Larutan besi(II) nitrat
Larutan besi(III) hidroksida
Asid sulfurik cair
Dimanakah kedudukan karbon dalam siri kereaktifan logam?
Antara aluminium dan zink
Antara magnesium dan aluminium
Antara zink dan ferum
Antara kalium dan natrium
Gambarajah menunjukkan suatu kaedah yang digunakan untuk mengekstrak bijih besi.
Apakah nama bekas untuk pengekstrakan bijih besi tersebut?
Kebuk elektrolisis
Kebuk wasap
Relau sanga
Relau bagas
Gambarajah menunjukkan eksperimen mengkaji kesan logam lain terhadap pengaratan besi.
Apakah fungsi kalium heksasianoferat(III)?
Mengesan kehadiran ion ferum(II) dengan memberi warna biru
Mengesan kehadiran ion hidroksida dengan memberi warna merah jambu
Mengesan kehadiran ion magnesium dengan memberi warna merah jambu
Mengesan kehadiran ion kuprum(II) dengan memberi warna biru
Manakah aplikasi pencegahan pengaratan besi melalui perlindungan korban?
Mengecat permukaan besi
Menggunakan pembalut plastik pada permukaan besi
Meletakkan ketulan logam zink pada permukaan besi
pengaloian besi
Antara berikut manakah logam yang boleh membentuk lapisan oksida logam yang kukuh dan porus apabila teroksida?
Aluminium
Magnesium
Besi
Kuprum
