wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJ F4 B4: MALAYAN UNION

Total questions: 25

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Pada 12 Sepetember 1945, British memperkenalkan British Military Administration (BMA) di Tanah Melayu.


Apakah matlamat BMA diperkenalkan?

a)

Mengembalikan keamanan negara

b)

Menjimatkan kos pentadbiran

2.

Kertas putih 6274 telah dibentangkan untuk membentuk pentadbiran baharu di Tanah Melayu. Apakah kandungan kertas putih 6274?

a)

Persekutuan Tanah Melayu 1948

b)

Gagasan Malayan Union

3.

Kewarganegaraan melalui prinsip Jus Soli menjadi asas kewarganegaraan Malayan Union.

Siapakah yang layak mendapat kewarganegaraan tersebut?

a)

Berumur 18 tahun ke atas dan tinggal selama 12 tahun di Tanah Melayu

b)

Rakyat yang lahir di Singapura dan Tanah Melayu

4.

Mengapakah tindakan Sir Harold Mac Micheal dibantah oleh orang Melayu?

a)

Mengugut Raja-raja Melayu

b)

Memalsukan tanda tangan

5.

Persidangan Raja-raja Melayu di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar telah mengemukakan bantahan melalui Mahkamah Tinggi di England.


Apakah alasan Majlis Raja-raja Melayu membuat keputusan tersebut?

a)

Hilang kedaulatan dan kuasa politik

b)

Tidak diiktiraf sebagai Ketua Agama

6.

*Utusan Melayu

*Majlis

*Warta Negara


Apakah seruan akhbar tersebut kepada orang Melayu?

a)

Menubuhkan UMNO

b)

Mengadakan perhimpunan

7.

*Senu Abdul Rahman

*Dato Onn Jaafar

* Dato Panglima Bukit Gantang


Apakah persamaan pemimpin-pemimpin tersebut?

a)

Menentang Gagasan Malayan Union

b)

Menyertai rombongan ke London

8.

Gambar menunjukkan Kongres Melayu di Bangunan Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur.


Apakah keputusan yang dicapai dalam kongres tersebut?

a)

Penubuhan UMNO

b)

Menghantar wakil ke London

9.

Siapakah wakil Parlimen British yang membuat tinjauan berkaitan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union?

a)

Mac Michael

b)

L.D. Gammans

10.

Apakah cadangan Raja-raja Melayu bagi menggantikan perjanjian Malayan Union?

a)

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

b)

Menamatkan penjajahan British

11.

"Jika apa sekalipun terjadi, kami kaum wanita akan turut menggembleng tenaga bersama-sama kaum lelaki"


Siapakah tokoh wanita yang terlibat dalam bantahan terhadap Malayan Union?

a)

Raden Adjeng Kartini

b)

Zaharah Abdullah

12.

Raja-raja Melayu menentang Malayan Union dengan membawa kes Malayan Union ke (a)  

13.

Raja-raja Melayu juga menghantar (a)   ke London.

14.

Raja-raja Melayu juga menyokong (a)   yang menolak Malayan Union.

15.

Tuanku Permaisuri Perak iaitu (a)   telah memimpin gerakan menentang Malayan Union dengan mengetuai barisan hadapan perarakan bersama-sama dengan wanita Perak.

16.

Raja-raja Melayu juga memulaukan upacara (a)   setelah perjumpaan dengan Dato' Onn jaafar di Hotel Station.

17.

Rakyat telah membantah Malayan Union melalui akhbar seperti akhbar (a)   , Majlis dan Warta Negara.

18.

Pemimpin atau tokoh pentadbir Melayu telah menggerakkan orang Melayu Menentang Malayan Union.


Namakan seorang daripada pemimpin tersebut?

(a)  

19.

Terdapat juga bantahan dari (a)   terhadap Malayan Union seperti Cikgu Zaharah Abdullah dan Halimaton Abd. MAjid .

20.

Rakyat juga mengadakan bantahan melalui (a)   berjaya menghimpunkan orang Melayu dari seluruh negara untuk membantah Malayan Union.

21.

Za'ba mencadangkan penubuhan sebuah (a)   bagi menentang Malayan Union secara tersusun.

22.

Pemimpin persatuan Melayu dan sultan bekerjasama mengadakan bantahan terhadap kedatangan Mac Michael di Kelantan, Kedah dan (a)  

23.

Pemimpin dan cendikiawan Melayu bersetuju menganjurkan (a)   yang kemudiannya diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur.

24.

41 buah persatuan Melayu menghadiri kongres tersebut dan mencapai persetujuan untuk menubuhkan (a)   bagi menentang Malayan Union.

25.

UMNO menganjurkan (a)   bagi menentang Malayan Union.