Font size
WorksheetsMempertahankan Agama dan Negara_Ayat Hukum
Total questions: 12
Worksheet time: 7mins
3 pernyataan yang benar mengenai tuntutan hukum daripada ayat 39-41 surah al-Hajj ialah :
Keizinan untuk berperang dengan kaum musyrikin jika orang islam dizalimi
Kemenangan bagi orang yang apabila diberi kedudukan dibumi, mereka akan melaksanakan kewajipan solat kepada seluruh ahlinya
Orang yang diberi kemenangan juga akan menunaikan zakat sebagai salah satu cabang ekonomi islam
Bumi akan dihancurkan dengan mengamalkan amar makruf nahi mungkar supaya dapat memelihara keharmonian dalam masyarakat
Sebab nuzul ayat 39-41 surah al Hajj. Ayat ini merupakan ayat pertama yang diturunkan untuk memberi keizinan berperang kepada umat islam yang ditindas oleh kaum musyrik. Sebelum itu, mereka pernah mengadu kepada Rasulullah, tetapi Rasulullah meminta bersabar kerana baginda belum mendapat perintah untuk berperang. Apabila rasulullah dan para sahabat berhijrah ke _________, maka turunlah ayat ini.
Mekah
Madinah
Palestin
Syam
Kaedah istinbat hukum ayat 39-41 berdasarkan lafaz اذن , iaitu ______ yang memberi maksud dizinkan berperang.
فعل الماضي للمجهول
فعل لامر
فعل الماضي
فعل المضارع
Keizinan daripada Allah menunjukkan hukumnya ________. Oleh itu, dibenarkan berperang dengan orang kafir jika umat islam dizalimi oleh mereka.
Wajib
Sunat
Harus
Makruh
Pengertian mempertahankan agama ialah :
Mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang bentuk penjajahan dan pencerobohan
Memelihara agama daripada sebarang ancaman dengan mempertahankan kewujudannya serta menolak sebarang langkah penentangan dan menghapuskannya
Pengertian mempertahankan negara ialah :
Memelihara agama daripada sebarang ancaman dengan mempertahankan kewujudannya serta menolak sebarang langkah penentangan dan menghapuskannya
Mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang bentuk penjajahan dan pencerobohan
3 kenyataan yang benar mengenai tujuan mempertahankan agama dan negara yang terdapat dalam ayat ialah :
Memelihara agama daripada dihapuskan oleh musuh islam
Tidak diusir dari tempat tinggal tanpa alasan
Menjamin kebebasan beragama dan keselamatan tempat ibadah
Dizalimi dan dianayai oleh orang kafir
Berikut merupakan tujuan lain berperang, KECUALI
Mempertahankan diri daripada diserang oleh musuh islam dari luar
Mempertahankan akidah yang sohih daripada dicemari fahaman yang terpesong
Menegakkan keadilan dan menghapuskan fitnah untuk membersihkan nama baik musuh islam sehingga boleh mewujudkan keharmonian
Menegakkan keadilan dan menghapuskan fitnah untuk membersihkan nama baik islam sehingga boleh mewujudkan keharmonian
Berikut merupakan kenyataan yang benar mengenai adab dan etika dalam peperangan, KECUALI
Larangan membunuh orang yang mengucap dua kalimah syahadah
Larangan membunuh orang tua, wanita dan kanak-kanak
Larangan memusnahkan harta, tanaman dan binatang ternakan
Larangan meruntuhkan rumah-rumah ibadat
Membakar manusia
3 kenyataan yang benar mengenai hikmah menjaga adab dan etika dalam peperangan ialah :
Membuktikan islam tertegak atas mata pedang dan sebarang bentuk kekerasan
Islam mengutamakan aspek keamanan dan perdamaian dalam peperangan. Jika musuh ingin berdamai, peperangan akan dihentikan
Islam mengabaikan dan merendahkan nyawa manusia dan melakukan apa-apa sahaja untuk menghancurkan nyawa tersebut
Peperangan akan berlaku apabila islam benar-benar terancam dari sudut akidah dan keselematan sekiranya perundingan tidak berjaya
Memastikan orang yang lemah dan tidak berdaya tidak terancam keselamatan ketika perperangan berlaku. Hanya tentera yang terlatih sahaja boleh diserang
Berikut merupakan hikmah diizinkan beperang dalam islam, KECUALI
Mempertahankan diri daripada kezaliman musuh islam yang berhasrat untuk memusnahkan islam
Menjamin kelansungan kebebasan beragama kerana tiada paksaan menganut agama islam bagi penganut agama lain
Menjadikan negara kucar-kacir kerana peperangan membawa kepada kedamaian
Kedudukan umat islam akan bertambah kuat dan dipandang tinggi kerana nasib mereka terbela
4 tindakan yang sesuai dengan tuntutan ayat hukum untuk diamalkan dalam kehidupan ialah:
Mengikuti perkembangan semasa tentang peralatan moden dan canggih dalam ketenteraan
Menguasai ilmu kebomohan dan mengeluarkan kata-kata kesat di media sosial
Menguasai ilmu teknologi terkini peperangan
Kemahiran dalam perancangan strategi
Latihan fizikal, mental dan rohani
