NEW
Font size
WorksheetsPERLEMBAGAAN MALAYSIA
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Malaysia mempraktikkan pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Manakah antara berikut merupakan perkara yang terletak dalam Senarai Negeri?
Undang-undang Keluarga Islam
Kewarganegaraan
Keselamatan Negara
Kuasa Yang di-Pertuan Agong
Daniel telah ditawarkan untuk menyertai pasukan anggota keselamatan atau tentera. Keselamatan negara adalah terletak di bawah Perkara atau Senarai Persekutuan. Selain keselamatan negara, perkara lain yang termasuk bawah Senarai Persekutuan ialah?
biasiswa
tanah
kewarganegaraan
mahkamah syariah
Perkara berbangkit menyebabkan beberapa perkara dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia terpaksa dipinda. Pindaan ini boleh dijalankan seandainya mendapat persetujuan daripada
Ahli Dewan Rakyat
Yang di-Pertuan Agong
2/3 ahli Parlimen
Jemaah Menteri
Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR mengenai Perlembagaan Persekutuan Malaysia
Merupakan undang-undang tertinggi Negara.
Boleh dipinda oleh sesiapa sahaja.
Sumber rujukan segala perundangan.
Undang-undang lain mesti selaras dengannya.
Kebebasan bersyarat yang termaktub melalui perkara kebebasan asasi dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia membawa maksud
kebebasan yang dihadkan oleh sekatan undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan
kebebasan asasi yang boleh disekat
hanya perkara-perkara tertentu yang ada sekatan
rakyat dilarang untuk bersuara
Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR mengenai kebebasan asasi
Tidak seorang pun boleh dibuang negeri atau ditahan daripada memasuki Persekutuan
Kerja-kerja yang berkaitan dengan hukuman penjara dikira sebagai kerja kerahan atau paksa
Setiap warganegara berhak untuk bercakap dan mengeluarkan fikiran
Warganegara berhak untuk mengembangkan agamanya
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan merujuk
Bahasa Melayu bahasa rasmi negara
Kepentingan bahasa Melayu
Bahasa Melayu bahasa orang Melayu
Orang bukan Melayu juga boleh menggunakan bahasa Melayu
Yang di-Pertuan Agong menjadi Ketua Agama Islam bagi negeri berikut KECUALI
Melaka
Kedah
Pulau Pinang
Sabah
Seseorang itu boleh dilucutkan kewarganegaraannya berdasarkan perkara berikut KECUALI
melucutkan sendiri kewarganegaraannya
menderhaka kepada Raja dan Negara
bermastautin di negara asing melebihi 5 tahun secara berterusan tanpa mendaftar dengan Pejabat Konsul Kerajaan
dibuang daerah
Ahmad seorang guru di sebuah sekolah. Beliau melihat ada berlaku sedikit kepincangan dalam sistem pentadbiran di sekolah tempat beliau bertugas. Lalu beliau mengambil pendekatan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati beliau itu di media massa untuk memberikan kesedaran kepada pihak yang terlibat dan masyarakat mengenai isu tersebut.
Pernyataan ini boleh dikaitkan dengan
semua warganegara diberi hak kebebasan bercakap dan bersuara
semua warganegara diberi hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata
semua warganegara diberi hak untuk membentuk persatuan
semua warganegara dijamin keselamatan mereka
