wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH B1/T5

Total questions: 30

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Apakah takrif kedaulatan dalam Bahasa Inggeris?


"Sovereignty"

a)

kuasa negara bebas

b)

kuasa penuh negara

c)

kuasa tertinggi kerajaan

d)

kuasa mutlak pemerintah

2.

Maklumat berikut berkaitan dengan pandangan tokoh X tentang kedaulatan.


[Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan] -----> [X]


Siapakah tokoh X?

a)

Aristotle

b)

Jean Bodin

c)

Ibn Khaldun

d)

Tunku Abdul Rahman

3.

Gambar berikut menunjukkan seorang tokoh tempatan. Menurut beliau, apakah elemen yang dapat dikaitkan dengan kedaulatan?

a)

Perlembagaan

b)

Semangat beragama

c)

Kebebasan antarabangsa

d)

Kuasa tertinggi negara

4.

Senarai berikut berkaitan dengan jenis-jenis kedaulatan.


- Kedaulatan tradisional

- Kedaulatan undang-undang

- Kedaulatan moden

- X


Apakah x?

a)

kedaulatan moden

b)

kedaulatan demokrasi

c)

kedaulatan antarabangsa

d)

kedaulatan berpelembagaan

5.

Apakah ciri utama kedaulatan tradisional?

a)

berasaskan demokrasi

b)

pemerintahan berkuasa mutlak

c)

berasaskan perlembagaan bertulis

d)

mengutamakan hak dan kepentingan rakyat

6.

Senarai berikut berkaitan dengan revolusi di Eropah.


- Revolusi Keagungan (1688)

- Revolusi Perancis (1789)


Apakah idea yang berkaitan dengan revolusi tersebut?

a)

negara bangsa

b)

raja berpelembagaan

c)

demokrasi berparlimen

d)

kedaulatan antarabangsa

7.

Kedaulatan undang-undang mewujudkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran di negara kita.

Mengapakah halnya demikian?

a)

tidak meminda perlembagaan

b)

merujuk hukum kanun Melaka

c)

melaksanakan undang-undang moden

d)

wujudnya badan kehakiman yang bebas

8.

Negara kita menyertai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebaik sahaja mencapai kemerdekaan. Apakah kepentingannya?

a)

bukti kemerdekaan

b)

pengiktirafan dunia

c)

kemakmuran ekonomi

d)

pelaksanaan dasar luar

9.

Negara kita negara berdaulat. Apakah ciri yang membuktikannya?

a)

Mempunyai rakyat

b)

Mempunyai perundangan

c)

Mempunyai ekonomi kukuh

d)

Menjalinkan hunungan diplomatik

10.

Pemerintah negara berdaulat diwujudkan untuk menjaga kestabilan politik, keamanan, pertahanan dan ekonomi. Siapakah yang menjadi Ketua Utama negara kita?

a)

Sultan

b)

Perdana Menteri

c)

Yang di - Pertuan Agong

d)

Nursuhadah Ramdzan

11.

Mengapakah negara berdaulat perlu mempunyai sempadan yang jelas?

a)

menyekat pencerobohan

b)

membina kubu pertahanan

c)

memudahkan pemerintahan

d)

mengenalpasti penduduk asal

12.

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan adat resam. Bagaimanakah perpaduan rakyat dapat diwujudkan?

a)

Rukunegara

b)

Bahasa Kebangsaan

c)

Undang2 Adat

d)

Hubungan antarabangsa

13.

Sistem perundangan menjadi asas kepada peraturan negara. Apakah perundangan yang menjadi asas sistem peraturan negara kita?

a)

undang2 adat

b)

hukum kanun Melaka

c)

undang2 syariah

d)

perlembagaan persekutuan

14.

Kini negara kita dapat menjalankan pentadbiran negara tanpa campur tangan kuasa luar. Mengapa hal nya demikian?

a)

kedaulatan

b)

hubungan luar

c)

perpaduan rakyat

d)

kebijaksanaan pemerintah

15.

Rajah berikut berkaitand dengan pentadbiran negara Malaysia. Mengapakah pengagihan kuasa diamalkan.

a)

wujud kerjasama

b)

pentadbiran berkesan

c)

pembentukan dasar luar

d)

memudahkan pemerintahan

16.

Pada pendapat anda, bagaimanakah kerajaan dapat melahirkan generasi berilmu dan berkemahiran?

a)

sistem pendidikan

b)

hubungan diplomatik

c)

bermain tik tok

d)

dasar kemakmuran ekonomi

17.

Kerajaan Malaysia mula menggubal dan melaksanakan Dasar Pembangunan Ekonomi selepas merdeka. Apakah matlamat yang hendak dicapai?

a)

mentransformasikan ekonomi negara

b)

meningkatkan taraf hidup

c)

memantapkan peranan FELDA

d)

memperkenalkan pertanian dagangan

18.

Senarai berikut berkaitan dengan pelaksanaan dasar sosial negara.


- Bahasa kebangsaan

- Kebudayaan

- Sukan

- Rukunegara


Apakah matlamat yang hendak dicapai?

a)

kestabilan politik

b)

kemantapan ekonomi

c)

perpaduan dan muhibah

d)

pembasmian kemiskinan

19.

Apakah kesan penglibatan Malaysia secara aktif dalam pertubuhan berikut?


- Komanwel

- ASEAN

a)

kestabilan politik

b)

kemajuan ekonomi

c)

peningkatan imej negara

d)

pemantapan sistem pendidikan

20.

Kedaulatan memberikan hak kepada Malaysia untuk menggubal dasar luar tanpa pengaruh mana2 pihak. Apakah kepentingan negara menggubal dasar luar?

a)

menjalin persahabatan

b)

mewujudkan kerjasama

c)

memperkasa angkatan pertahanan

d)

mengukuhkan kedudukan kerajaan

21.

Rajah berikut berkaitan dengan usaha mempertahankan kedaulatan negara.


[Faktor X ----> Menjamin keaulatan]


Apakah faktor x?

a)

sistem pentadbiran

b)

kemakmuran ekonomi

c)

pengiktirafan kuasa luar

d)

kerjasama pemerintaj dan rakyat

22.

Sebagai rakyat, apakah usaha yg dapat anda lakukan bagi membantu pemerintah mewujudkan kestabilan politik dan ekonomi? (BT m.s12)

a)

menuntut hak

b)

memberi kerjasama

c)

menyemak keberkesanan pemerintah

d)

mengambil bahagian dalam pentadbiran

23.

Bagaimanakan Malaysia menjamin kedaulatan negara melalui pembangunan ekonomi?

a)

meningkatkan perdagangan antarabangsa

b)

menggalakkan pelaburan asing

c)

mengeksploitasi kekayaan hasil bumi

d)

mengagihkan kekayaan sumber hasil secara adil

24.

Senarai berikut berkaitan dengan peranan rakyat negara kita.


- Menghayati prinsip Rukunegara

- Menggunakan bahasa kebangsaan


Apakah matlamat yang ingin dicapai?

a)

perpaduan kaum

b)

kestabilan politik

c)

kemakmuran ekonomi

d)

pemantapan sistem pendidikan

25.

Petikan berikut merupakan kata-kata hikmat pemerintah.


" Kedaulatan negara bergantung kepada warganegara yang bersatu"


Apakah mesej yang ingin disampaikan?

a)

elakkan persengketaan

b)

menyokong dasar kerajaan

c)

amalkan prinsip rukunegara

d)

bersatu menjamin kedaulatan

26.

Apakah usaha yang dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan adat resam?

a)

Rukunegara

b)

pilihanraya umum

c)

dasar luar negara

d)

kemakmuran ekonomi

27.

Mengapakah patriotisme perlu dipupuk dalam kalangan warganegara?

a)

kemajuan ekonomi

b)

menjayakan pilihanraya

c)

kegemilangan warisan budaya

d)

sanggup mempertahanakan negara

28.

Gambar berikut berkaitan dengan sambutan Hari Malaysia. Mengapakah sambutan secara besar-besaran diadakan setiap tahun?

a)

menarik pelancong

b)

memupuk patriotisme

c)

mendapat pengiktirafan

d)

memenuhi aspirasi rakyat

29.

Senarai berikut berkaitan dengan sikap pada setiap warganegara Malaysia.


- Peka terhadap isu keselamatan negara

- Menganggotai pasukan keselamatan


Apakah kepentingan sikap tersebut?

a)

memupuk semanagat patriotisme

b)

mewujudkan kestabilan politik

c)

mengeratkan perpaduan kaum

d)

mempertahankan kedaulatan negara

30.

Apakah yang menjadi teras utama kepada kemakmuran dan kelangsungan serta kedaulatan negara Malaysia?

a)

perlembagaan Malaysia

b)

Pengukuhan pertahanan

c)

perpaduan dan kerjasama

d)

pemerintahan bersistematik