wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PSV T3 ULANGKAJI BAB 1 - BAB 4 (P.TPD,S.LKSN,S.CTN,S.ARCA)

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.
a)

Capal

b)

Tengkolok

c)

Samping

d)

Keris

2.

Apakah nama pakaian tradisional bagi kaum melayu?

a)

Samfu

b)

Baju melayu

c)

Baju kurung

3.

Manakah antara berikut merupakan pakaian tradisional bagi kaum Iban?

a)
b)
c)
d)
4.

Cucuk sanggul biasanya dipakai oleh orang perempuan dengan tujuan ____

a)

Merapi dan menghias sanggul

b)

Mencatikkan dahi

c)

Melerai sanggul

d)

Senjata

5.

Ini merupakan pakaian tradisional lelaki Iban, apakah namanya?

a)

Sia

b)

Samfu

c)

Baju Gagung

d)

Baju Burong

6.

Antara berikut yang manakah bukan perhiasan di telinga


I. Dokoh

II. Pending

III. Subang

IV. Anting-anting

a)

II dan III

b)

I dan IV

c)

I dan II

d)

III dan IV

7.
a)

Baju Kebaya

b)

Baju Kurung Teluk Belanga

c)

Baju Kurung Kedah

d)

Baju Kurung Cekak Musang

e)

Baju Riau Pahang

8.

Perhiasan ini dikenali dengan nama

a)

Sugu Tinggi

b)

Dokoh

c)

Cucuk Sanggul

d)

Pending

9.

Perhiasan diri Kadazan ini dipanggil Siung. Apakah motif yang digunakannya?

a)

Motif merak

b)

Motif geometri

c)

Motif Mangga

d)

Motif Teratai

10.

Pakaian tradisional tersebut adalah pakaian bagi etnik ______.

a)

Kadazan

b)

Iban

c)

Sikh

11.

Apakah teknik catan cat minyak yang sesuai digunakan untuk menghasilkan karya jika artis menggunakan peralatan dalam gambar di bawah?

a)

Teknik glazing

b)

Teknik impasto

c)

Teknik hard edge

d)

Teknik scumbling

12.

Yang manakah teknik catan cat air yang boleh dikaitkan dengan pernyataan di bawah?


"Warna dari tiub terus ke atas permukaan kertas yang telah dibasahkan"

a)

Teknik basah atas basah

b)

Teknik kering atas basah

c)

Teknik basah atas kering

d)

Teknik kering atas kering

13.

Antara bahan-bahan yang berikut, yang manakah paling mudah digunakan untuk menghasilkan arca luakan?

a)

Batu marmar

b)

Plaster of paris

c)

Tembaga

d)

Seramik

14.

Kumpulan manakah yang mempunyai media yang digunakan bagi menghasilkan lukisan?

a)

Oil pastel, pensel, warna pensel, cat minyak

b)

Pensel, akrilik, arang, krayon

c)

Pastel, krayon, cat air, marker

d)

Pen, marker, pensel, oil pastel

15.

Apakah fungsi alat dalam gambar di bawah bagi tugasan menghasilkan cetakan?

a)

Membuat jalinan

b)

Meratakan warna

c)

Mengukur saiz blok

d)

Meratakan blok cetakan

16.

Antara kepelbagaian aliran yang terdapat pada tahun 1960-an ialah ___________ .

i. aliran ekspresionisme.

ii. aliran abstrak ekspresionisme.

iii. aliran pop art.

iv. aliran kiubisme.

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iii

d)

ii dan iv

17.

Lukisan yang dihasilkan oleh Hasnul Jamal Saidon ialah ___________ .

a)

Four Friends (1984).

b)

Siri Pago-pago (1964).

c)

Tea Room at Carcosa (1992).

d)

Proclaim Series (1991).

18.

Antara berikut yang manakah kategori hasil karya melalui aplikasi teknik hibrid?

a)

Seni Lukisan Barat.

b)

Seni Lukisan Moden.

c)

Seni Lukisan Kontemporari.

d)

Seni Lukisan Baharu.

19.

Apakah nama era seni lukis moden pada tahun 90-an?

a)

Era Pluralis.

b)

Era Perintis.

c)

Era Naturalis.

d)

Era Imperialis.

20.

Seni arca merupakan hasil produk seni dalam bentuk __________.

a)

2D.

b)

3D.

21.

Apakah nama teknik berdasarkan gambar foto tersebut?

a)

Teknik Impasto

b)

Teknik Pointillisme

c)

Teknik Hard-Edge

d)

Teknik Scumbling

22.

Apakah jenis teknik dalam penghasilan cat minyak?

a)

Glazing

b)

Impasto

c)

Tempera

d)

Hibrid

23.

Antara berikut yang manakah merupakan karya Sulaiman Esa?

a)

Seusia

b)

Ke Arah Tauhid

c)

Antara Dua Hidangan

d)

Pantai Timor - East Coast I

24.

Siapakah pelukis karya bertajuk Antara Dua Hidangan?

a)

Din Omar

b)

Idris Salam

c)

Khalil Ibrahim

d)

Rohaizad Shaari

25.

Teknik hard-edge menggunakan _________________ untuk memisahkan warna agar karya seni catan kelihatan kemas, tepat dan terpotong-potong.

a)

gam

b)

tampalan kertas

c)

masking tape

d)

cat minyak

26.

Menampilkan tema kesenian Islam melalui media campuran. Siapakah pelukis tersebut?

a)

Din Omar

b)

Sulaiman Esa

c)

Rohaizad Shaari

d)

Khalil Ibrahim

27.

Siapakah pelukis karya bertajuk Malaysian Life?

a)

Rohaizad Shaari

b)

Din Omar

c)

Chuah Thean Teng

d)

Sulaiman Esa

28.

Menampilkan subjek basikal tua dan skuter vespa sebagai subjek kajian pilihan. Siapakah pelukis tersebut?

a)

Rohaizad Shaari

b)

Khalil Ibrahim

c)

Din Omar

d)

Chuah Thean Teng

29.

Menggunakan teknik titik secara berulang-ulang dalam penghasilan karya. Apakah jenis teknik catan tersebut?

a)

Teknik Glazing

b)

Teknik Impasto

c)

Teknik Alla Prima

d)

Teknik Pointillisme

30.

Semua yang tersenarai ialah Teknik Catan kecuali

a)

basah atas basah

b)

basah atas kering

c)

basah cepat kering

d)

kering atas kering

31.

Arca_____________ boleh bergerak kerana cantuman hidup pada bahagian sendi-sendinya.

a)

timbulan

b)

luakan

c)

mobail

d)

dinding

32.

Mengapakah Plaster of Paris dan lilin digunakan dalam arca acuan?

a)

Bahan ini mudah diperoleh

b)

Bahan ini mudah membeku

c)

Bahan ini memerlukan kos yang rendah

d)

Bahan ini digunakan oleh semua pengarca

33.

Arca_____________merupakan arca yang diperagakan untuk tujuan penghayatan nilai keindahan dan menambahkan ceria ruang tertentu

a)

kayu

b)

estetik

c)

berfungsi

d)

batu marmar

34.

Gambar rajah berikut menunjukkan satu jenis arca. Apakah jenis arca tersebut ?

a)

Arca Stabail

b)

Arca Gunaan

c)

Arca Estetik

d)

Arca Berfungsi

35.

Antara berikut, pilih kaedah asas membuat arca yang boleh menghasilkan arca dalam kuantiti yang banyak dan dalam tempoh yang singkat .

a)

Kaedah acuan

b)

Kaedah luakan

c)

Kaedah binaan

d)

Kaedah manipulasi

36.

Definisi seni arca dalam bahasa latin disebut sculpere yang membawa maksud ______________.

a)

Teknik binaan bahan keras

b)

Teknik mengukir dan melarik

c)

Proses meyambung bahan 3 dimensi

d)

Proses mengukir, memotong dan menggores

37.

Mengapakah plaster of Paris dan lilin digunakan dalam arca acuan?

a)

Bahan ini mudah diperoleh

b)

Bahan ini mudah membeku

c)

Bahan ini memerlukan kos yang rendah

d)

Bahan ini digunakan oleh semua pengarca

38.

-Arca daripada cantuman pelbagai bahan terbuang yang berbeza.

Penyataan berikut merujuk kepada arca

a)

Luakan

b)

Acuan

c)

Asemblaj

d)

Binaan

39.

Berapakah jenis arca?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

40.

Senaraikan dua tokoh Seni Arca tempatan .

I Ramlah Abdullah

II Rohaizad Shaari

III Abdul Latiff Mohidin

IV Raja Shahriman Raja Aziddin

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV