WorksheetsPeribahasa PT3
Total questions: 16
Worksheet time: 7mins
Asmah (2015) mengatakan bahawa peribahasa ialah satu istilah yang merangkumi pepatah, bidalan, perbandingan dan __________.
simpulan bahasa
kata-kata hikmat
perumpamaan
slogan
Peribahasa merupakan _________ atau sekumpulan kata yang tersusun dan mengandungi makna atau pengertian yang tertentu (Sapinah, 2013).
frasa
ayat
bahasa
kelompok
__________ merupakan peribahasa yang mempunyai dua kerat ataupun dua patah dan bertindak sebagai kiasan yang menggambarkan sesuatu kejadian atau keadaan dengan tujuan memberikan nasihat, pengajaran dan pendidikan.
simpulan bahasa
bidalan
perumpamaan
pepatah
Kerat-kerat atau patah-patah dalam ________ pada amnya tidak seringkas dalam pepatah dan ianya berperanan untuk lebih memberatkan teladan dan pengajaran.
bidalan
kata-kata hikmat
simpulan bahasa
perumpamaan
__________ biasanya didahului oleh perkataan bak, seperti, umpama, bagai, ibarat, laksana atau macam. Ianya dikatakan sebagai perbandingan sesuatu dengan apa-apa yang ada di sekeliling kita.
Simpulan bahasa
Pepatah
Bidalan
Perumpamaan
________ ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua patah perkataan dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan yang membentuknya.
Peribahasa
Perumpamaan
Simpulan Bahasa
Bidalan
Pepatah "Seikat bak sirih, serumpun bak serai"membawa maksud?
Jika banyak untung, sama-sama mendapat banyak, jika untung sedikit, sama-sama mendapat sedikit.
Hubungan dan kerjasama yang sangat rapat bagi membentuk sebuah kumpulan yang kuat.
Mematuhi peraturan di tempat yang didiami.
Pendapatan yang diperoleh cukup untuk hidup sahaja.
Antara simpulan bahasa yang berikut, yang manakah membawa maksud memberi rasuah?
Tumbuk rusuk
Makan suap
Dalam tangan
Cekik darah
Seseorang yang dianggap tidak berguna dan dipandang enteng kerana tidak memiliki apa-apa untuk diberikan kepada orang lain.
Umpama memerah nyiur, santan diambil hampas dibuang
Ibarat melukut di tepi gantang
Seperti hujan jatuh ke pasir
Seperti tikus jatuh ke beras
Walaupun Abu merupakan murid yang kurang pandai, namun gurunya percaya bahawa sekiranya Abu diberi peluang dan sentiasa dibantu, Abu akan menjadi orang yang berjaya suatu hari nanti.
Rezeki perlu diikhtiarkan dan tidak datang dengan mudah.
Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Belakang parang lagi diasah nescaya tajam.
Pilih maksud bagi peribahasa "Pelanduklah yang melupakan jerat, namun jerat tidak pernah melupakan pelanduk".
Tempat peristiwa berlaku inikan diingati, apatah pula tempat berlakunya peristiwa manis.
Orang yang mengikut nafsu akhirnya akan binasa
Melihat kesilapan orang lain namun kesalahan sendiri tidak disedari.
Orang mudah melupakan bahaya namun bahaya akan terus mengancam.
Hakimi merupakan ___________ bagi pasukan Ragbi Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar kerana teknik beliau dalam perlawanan sangat menggerunkan pihak lawan.
Ayam tambatan
Ayam berak kapur
Buaya darat
Cakar ayam
Naffzan merupakan pelajar yang sangat rajin dan suka membaca. Beliau merupakan tokoh Nilam peringkat daerah Kuala Pilah kerana telah membaca hampir 500 buah buku dalam masa setahun.
Ulat bulu
Akal kancil
Ulat buku
Ketam batu
Adib _______________ ketika Cikgu Bella memujinya sebagai anak murid yang baik dan rajin kerana suka membantu.
jinak-jinak merpati
senyum kambing
malu-malu kucing
tebal telinga
Peribahasa "mendengar guruh dilangit, air di tempayan dicurahkan" hampir sama maksud dengan peribahasa
Burung terbang dipipiskan lada.
Jauhari jua yang mengenal manikam.
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Nasi sudah menjadi bubur.
Setelah 25 tahun Encik Haziq dan Puan Umairah menetap di Kanada, akhirnya mereka dan anak-anak mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air. Keadaan ini boleh diibaratkan
Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.
Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.
