Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu (Peribahasa)

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.
dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan 
a)
air dicencang tiada putus 
b)
seperti anjing dengan kucing 
c)
seperti kacang melupakan kulit 
d)
bagai isi dengan kuku 
2.

Nasihat yang diberikan oleh ayah kepada along bagai _____________ kerana along tidak ingin menuruti kata-kata ayah.

a)

kacang lupakan kulit

b)

mencurahkan air ke daun keladi

c)

kaca jatuh ke batu

d)

tikus membaiki labu

3.

Apakah yang kamu faham tentang peribahasa?

a)

Merujuk kepada maksud yang samar-samar

b)

Merujuk kepada maksud yang nyata dan jelas

c)

Merujuk kepada maksud berkias, berlapik atau tersirat

d)

Merujuk kepada maksud yang tidak baik

4.

Apakah maksud peribahasa " sediakan payung sebelum hujan" ?

a)

Membuat persediaan sebelum terlambat

b)

Menyediakan payung sebelum hujan

c)

Hujan akan turun maka sediakanlah payung

d)

Ada hujan ada lah payung

5.

Peribahasa “Bagai menatang minyak yang penuh” ialah...

a)

Minyak penuh seperti menatang

b)

Minyak sudah penuh di dalam bekas

c)

Memelihara anak dengan penuh kasih sayang

d)

Memarahi anak

6.

Pilih peribahasa di bawah.


Kerana nila setitik rosak susu ________.

a)

sebelanga

b)

sebaldi

c)

semuanya

d)

secawan

7.

10. Kata sepakat yang terhasil daripada perbincangan pekerja-pekerja itu dapat memuaskan hati semua pihak seperti kata peribahasa ______________.

a)

bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

b)

bagai aur dengan tebing.

c)

sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

8.

Apakah maksud "genggam bara api biar sampai menjadi arang"?

a)

sikap malas berusaha mendatangkan kesusahan

b)

orang yang malas tidak akan maju

c)

kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah

d)

melakukan sesuatu biarlah sehingga mendapat hasil

9.
Nyatakan jenis peribahasa bagi peribahasa berikut:-
"Seperti pungguk rindukan bulan"
a)
Bidalan
b)
Pepatah
c)
Simpulan bahasa
d)
Perumpamaan
10.

Berikan maksud peribahasa yang diberi.

Bagai tikus jatuh ke beras

a)

mendapat rezeki yang melimpah ruah

b)

pandai

c)

orang kaya

d)

perasaan senang hati untuk menerima sesuatu

11.

Berikan maksud peribahasa yang diberi.

Bagai itik pulang petang

a)

Berjalan dengan lambat

b)

Berjalan dengan laju

c)

Tidak bersungguh-sungguh

d)

Melambat-lambatkan kerja

12.

Budak yang itu tidak mahu menurut nasihat ayahnya

a)

kepala angin

b)

kepala batu

c)

besar kepala

d)

barat kepala

13.

Orang yang sukar menghilangkan tabiatnya yang suka mencuri.

a)

panjang tangan

b)

tangan terbuka

c)

ringan tangan

d)

lepas tangan

14.

Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 5 Gigih kerana murid-muridnya___________________

a)

rambang mata

b)

tajam akal

c)

otak udang

d)

tanda mata

15.
Faruk _____ adiknya bermain gasing di halaman rumah.
a)
atau
b)
dan
c)
sambil
d)
lalu
16.

Di manakah kamu tinggal?

a)

ayat tunggal

b)

ayat tanya

c)

ayat seru

d)

ayat penyata

17.

Ahli kaji purba itu menemui tiga ________keris di dalam gua itu.

a)

pucuk

b)

bilah

c)

batang

d)

bentuk

18.

" Berapakah harga ............... petai ini? " tanya Mak Nab kepada penjual di pasar itu.

a)

sebiji

b)

seulas

c)

sehiris

d)

sepapan

19.

Budak yang itu tidak mahu menurut nasihat ayahnya

a)

kepala angin

b)

kepala batu

c)

besar kepala

d)

barat kepala

20.

________ tajuk ceramah yang disampaikan oleh pakar motivasi itu?

a)

Bagaimanakah

b)

Mengapakah

c)

Apakah

d)

Siapakah