wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengaratan

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut , objek manakah yang boleh berkarat?

a)

Baju kemeja

b)

Tayar

c)

Paku

d)

Kotak buku

2.

Antara berikut, faktor yang manakah boleh menyebabkan berlakunya pengaratan?

P- Air

Q- Cahaya

R- Haba

S- Udara

a)

P dan Q

b)

Q dan R

c)

R dan S

d)

P dan S

3.

Apakah cara yang terbaik untuk mencegah mata pisau cukur daripada berkarat?

a)

Mengecat

b)

Menyadur dengan timah

c)

Menyapu gris

d)

Membalut dengan kertas minyak

4.

Apakah yang perlu dilakukan pada rantai basikal untuk melancarkan pergerakan basikal?

a)

Sapu dengan cat

b)

Gosok dengan kertas pasir

c)

Sapu dengan gris

d)

Sadur dengan timah

5.

Berikut adalah keburukan pengaratan kecuali....

a)

Menjimatkan kos baik pulih

b)

Menyebabkan kerosakan

c)

Membahayakan kesihatan

d)

Mencacatkan pemandangan

6.

Rajah menunjukkan kaki terpijak paku karat. Mengapa mangsa perlu mendapat rawatan di klinik?

a)

Boleh menyebabkan kancing gigi

b)

Mengurangkan kesakitan

c)

Supaya cepat sembuh

d)

Mengelakkan kencing manis

7.

Rajah menunjukkan satu penyiasatan tentang pengaratan. Selepas 2 minggu paku manakah tidak berkarat?

a)

P dan Q

b)

P, Q dan R

c)

P, Q dan S

d)

Q dan S

8.

Rajah menunjukkan nenas dalam tin. Antara kaedah berikut, yang manakah diaplikasikan pada tin untuk mencegah pengaratan?

a)

Menyalut

b)

Mnegecat

c)

Menyadur

d)

Menyapu lapisan lilin

9.

Rajah menunjukkan penyiasatan mengenai pengaratan. Apakah kegunaan kalsium klorida kontang?

a)

Menyerap udara

b)

Menyerap wap air

c)

Membentuk lapisan pelindung pada klip kertas

d)

Menghasilkan air

10.

Paku besi manakah yang akan berkarat?

a)

Paku A dan D

b)

Paku A dan B

c)

Paku B dan E

d)

Paku D dan E

11.

Rajah menunjukkan sebilah kapak. Mengapakah kapak berkarat jika dibiarkan dalam jangka masa yang lama?

a)

Kehadiran air dan udara

b)

Kehadiran air

c)

Kehadiran udara

d)

Kapak dibuat daripada tembaga.

12.

Perhatikan rajah di bawah. Klip kertas yang manakah akan berkarat selepas seminggu?

a)
b)
c)
d)
13.

Rajah menunjukkan aktiviti mengecat pintu pagar besi. Mengapa pintu pagar besi perlu dicat?

a)

Supaya pintu pagar tahan lebih lama.

b)

Lapisan cat dapat menghalang air dan udara menyentuh permukaan besi.

c)

Supaya pintu pagar kelihatan berwarna-warni.

d)

Meningkatkan kos penjagaan pintu pagar

14.

Selepas 10 hari paku besi yang ditunjukkan dalam rajah berkarat. Apakah inferens yang menjelaskan pemerhatian itu?

a)

Paku dibuat daripada aluminium

b)

Air pili mengandungi udara

c)

Lapisan minyak terlalu tipis

d)

Air pili telah tercemar

15.

Berdasarkan pernyataan, apakah bahan X yang mungkin?

a)
b)
c)
d)
16.

Menyadur bermaksud........

a)

Proses melapisi permukaan besi dengan logam lain yang bukan besi.

b)

Proses menyapu gris pada permukaan besi.

c)

Proses membalut permukaan besi dengan kertas minyak.

d)

Proses menyalut permukaan besi dengan plastik.

17.

Karat ialah lapisan berwarna perang kemerahan yang tebentuk pada permukaan sesetengah objek.

a)

Benar

b)

Palsu

18.

Objek yang berkarat diperbuat daripada .......

a)

kertas dan plastik

b)

kaca dan logam

c)

besi dan keluli

19.

Bagaimanakah kita dapat mengenal pasti bahawa sesuatu objek telah berkarat?

a)

Terdapat bahan perang kemerahan pada permukaan objek.

b)

Terdapat bahan berwarna kehitaman pada permukaan objek.

c)

Terdapat bahan kehijauan pada permukaan objek.

20.

Berdasarkan pemerhatian di atas, terangkan kesimpulan.

a)

Semua objek yang diperbuat daripada besi akan berkarat

b)

Semua objek yang ditempatkan di luar rumah akan berkarat

c)

Semua objek yang boleh tenggelam di dalam air akan berkarat

d)

Semua objek yang boleh mengalir elektirk akan berkarat