WorksheetsPeranan Rukun Negara
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Rukun Negara berperanan melahirkan masyarakat yang ...............
bersatu padu
berpecah belah
saling bermusuhan
porak-peranda
Agama menjadi pegangan paling utama rakyat Malaysia. Oleh itu, setiap rakyat seharusnya menghormati amalan keagamaan masyarakat lain.
Kenyataan di atas merujuk kepada salah satu prinsip Rukun Negara iaitu....
Kepercayaan kepada Raja dan Negara
Kedaulatan Undang-undang
Kepercayaan kepada Tuhan
Keluhuran Perlembagaan
Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi negara. Perlembagaan Persekutuan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.
Kenyataan di atas merujuk kepada salah satu prinsip Rukun Negara iaitu....
Kepercayaan kepada Raja dan Negara
Kedaulatan Undang-undang
Kepercayaan kepada Tuhan
Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menuntut rakyat mentaati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang.
Kenyataan di atas merujuk kepada salah satu prinsip Rukun Negara iaitu....
Kepercayaan kepada Raja dan Negara
Kedaulatan Undang-undang
Kepercayaan kepada Tuhan
Keluhuran Perlembagaan
Negara kita mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan. Setiap warganegara Malaysia perlu memberikan taat setia sepenuhnya kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara.
Kenyataan di atas merujuk kepada salah satu prinsip Rukun Negara iaitu....
Kesopanan dan kesusilaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Nilai murni perlu ada dalam setiap anggota masyarakat. Nilai murni tersebut melambangkan keperibadian seseorang individu.
Kenyataan di atas merujuk kepada salah satu prinsip Rukun Negara iaitu....
Kesopanan dan kesusilaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Penghayatan yang mendalam kepada Rukun Negara akan membuahkan hasil berikut KECUALI ....
membentuk masyarakat yang aman dan harmoni
menjamin keutuhan negara
membina masyarakat agresif
menerapkan nilai murni
"Menjamin setiap rakyat mempunyai kedudukan dan taraf yang sama di sisi undang-undang"
Kenyataan di atas merujuk kesan penghayatan Rukun Negara iaitu
menjamin keutuhan negara
mempertahankan keadilan
membina masyarakat progresif
membentuk masyarakat yang harmoni
Jati diri bermaksud ciri-ciri yang dimiliki oleh setiap individu yang dapat membentuk .............., perwatakan dan keperibadian yang unggul.
identiti
wajah
badan
rumah
Berikut merupakan jati diri yang dapat dibentuk melalui penghayatan Rukun Negara, KECUALI.....
memusuhi tanah air
penerimaan kehidupan beragama
berakhlak mulia
perpaduan
