WorksheetsSAJAK: SENJA DI PALANG BESI
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Apakah maksud rangkap pertama Sajak Senja di Palang Besi?
Senja mula menangis
remang membongkar sendu mengutus kuntum-kuntum serakan cahaya berlari di celah jambangan bunga dedawai menari mengikat ramah kekosongan dalam kotak tidur sepi nan pedar hati.
Penyajak berasa sedih dan menyesal apabila tinggal di dalam sel penjara. Penyajak hanya dapat melihat melalui celah-celah tirai besi penjara.
Suasana penjara yang sunyi, dipagari dengan palang besi, tiada tilam yang selesa dan pendingin hawa menyebabkan jiwanya semakin sunyi. Penyajak sedar bahawa inilah hukuman yang terpaksa ditempuhi.
Berikut merupakan PERSOALAN yang terdapat dalam Sajak Senja di Palang Besi KECUALI
Keredaan seorang banduan menjalani hukuman penjara
Hidup bebas membawa erti kebahagian
Insaf dengan kesilapan yang dilakukan.
Penjara merupakan tempat hukuman bagi kesalahan yang dilakukan
Pilih pengajaran yang terdapat dalam sajak ini.
Kita hendaklah reda dan tabah menempuhi ujian dalam hidup ini.
Kita hendaklah bersyukur dengan menghargai hidup di dunia ini.
Janganlah kita terlibat dalam gejala jenayah yang boleh mengakibatkan seseorang itu dihumban ke dalam penjara.
Nada Sajak Senja di Palang Besi
Melankolik
Romantis
Apakah gaya bahasa yang terdapat dalam baris di bawah?
dalam keterasingan yang mencengkam,
dalam kesakitan yang membungkam,
Anafora
Sinkope
Epifora
Apakah unsur asonansi yang terdapat dalam baris di bawah?
Tanpa pasir pantai atau silir angin
Perulangan vokal i
Perulangan vokal u
Apakah unsur aliterasi yang terdapat dalam baris di bawah?
Kini merayap sayu membelai jemari malam
Perulangan konsonan m
Perulangan konsonan k
Tema sajak ini ialah
kesengsaraan dan kesepian seorang penjahat yang hidup dalam sel penjara
Kesengsaraan dan kesepian seorang banduan yang hidup sendiri dalam sel penjara
Derita seorang penghuni penjara yang berjauhan daripada ahli keluarga.
Berikut merupakan ciri-ciri sajak Senja di Palang Besi kecuali.
Terdiri daripada tiga rangkap
Berbentuk terikat
Bilangan kata tiga hingga sembilan patah perkataan
NILAI TERSEBUT TERDAPAT DALAM SAJAK KECUALI?
KETABAHAN
KASIH SAYANG
KEBEBASAN
KEREDHAAN
dalam keterbuangan yang merangkum
dalam keterasingan yang mencengkam
dalam kesakitan yang membungkam
Apakah gaya bahasa bagi perkataan yang digaris pada sajak di atas ?
Repetisi
Responsi
Anafora
Epifora
BERAPAKAH RANGKAP SAJAK INI?
LIMA
TIGA
EMPAT
DUA
Apakah maksud tersirat palang besi?
Sangkar
Penjara
Pusat tahanan banduan
Rangkai kata melakar bahagia bermaksud
melukis senyuman
mencipta kebahagian
membawa aman dan damai
Kita hendaklah ................... diri daripada terjebak dengan gejala negatif yang boleh menjerumuskan seorang itu ke dalam penjara.
menjauhkan
mengelakkan
menghindarkan
