wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan reka bentuk landskap ?

a)

Hiasan reka letak di luar bangunan secara semula jadi seperti tumbuhan, bukit, gunung dan tasik.

b)

Hiasan di dalam dan luar bangunan yang menggabungkan hiasan dalaman dan hiasan luaran.

c)

Hiasan reka letak di luar bangunan secara buatan manusia seperti bangunan, pergola dan gazebo.

d)

Hiasan reka letak di luar bangunan sama ada secara semula jadi seperti tumbuhan, bukit, tasik ataupun buatan manusia seperti bangunan, pergola dan gazebo.

2.

Manakah antara landskap berikut merupakan reka bentuk landskap terawal ?

a)

Taman Tasik, Taiping

b)

Taman al-Hambra di Sepanyol.

c)

Taman Gantung Babylon di Iraq

d)

Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur

3.

Pada abad ke-17, muncul landskap klasik yang menggambarkan landskap Arcadia. Landskap Arcadia ini berkaitan dengan sebuah _____________________.

a)

permainan atas talian, iaitu Arcadia.

b)

sebuah perkampungan Portugis di Melaka.

c)

tempat legenda Greek purba yang terkenal dengan keindahannya.

d)

universiti, iaitu Arcadia University di Pennsylvania, Amerika Syarikat.

4.

Landskap kejur adalah elemen-elemen dalam reka bentuk landskap yang merujuk kepada ____________________________.

a)

benda-benda yang hidup dan semula jadi.

b)

elemen-elemen keras atau objek bukan hidup semula jadi.

c)

benda-benda yang hidup sama ada semula jadi ataupun buatan manusia.

d)

elemen-elemen keras atau objek bukan hidup sama ada semula jadi ataupun buatan manusia.

5.

Pilih fungsi landskap dari segi estetik.

a)

Imbangan ekologi.

b)

Mengawal pencemaran alam.

c)

Membentuk ruang yang lebih menarik.

d)

Sumber pendapatan kepada pereka landskap.

6.

Apakah fungsi dan peranan yang melibatkan aspek perlindungan atau tempat berteduh ?

a)

Fungsi fizikal

b)

Fungsi estetik

c)

Fungsi ekonomi

d)

Fungsi kesihatan

7.

Antara berikut, yang manakah tidak menunjukkan alat dalam penghasilan pelan reka bentuk landskap ?

a)

Palma

b)

Pembaris

c)

Sesiku segi tiga

d)

Templat seni bina

8.

Antara berikut, yang manakah tidak menunjukkan prinsip-prinsip reka bentuk landskap ?

a)

Irama

b)

Harmoni

c)

Kesatuan

d)

Keringkasan

9.

_____________ dapat diwujudkan dengan menggabungkan bentuk, jalinan dan kombinasi warna dalam landskap.

a)

Kesatuan

b)

Penegasan

c)

Keringkasan

d)

Kepelbagaian

10.

_____________ dihasilkan melalui penggunaan prinsip dan elemen landskap secara berulang-ulang dan konsisten.

a)

Irama

b)

Kesatuan

c)

Penegasan

d)

Keringkasan

11.

Apakah yang dimaksudkan dengan elemen topografi?

a)

Memberi keselamatan kepada pengguna

b)

Memberi kesan nyaman dan ketenangan

c)

Memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna

d)

Keadaan semula jadi permukaan bumi dan buatan manusia

12.

Antara berikut, yang manakah tidak dikaitkan dengan elemen struktur dalam landskap ?

a)

Pokok

b)

Pondok

c)

Pagar dan tembok

d)

Lorong pejalan kaki

13.

Rajah ini menunjukkan konsep landskap ______________.

a)

Thai

b)

Bali

c)

Jepun

d)

Inggeris

14.

Konsep landskap _____________ bertitik tolak daripada konsep syurgaseperti yang terkandung dalam al-Quran.

a)

Thai

b)

Islam

c)

Jepun

d)

Melayu

15.

Pilih penerangan yang berkaitan dengan konsep landskap Inggeris.

a)

Berkait rapat dengan alam semula jadi. Terdapat elemen buatan manusia seperti pagar dan wakaf.

b)

Mementingkan ciri-ciri bersih rapid an kemas, moden, menarik serta bergaya.

c)

Menekankan aspek fizikal, mental dan sosial dengan konsep ruang yang simbolik dan abstrak.

d)

Berfokuskan alam semula jadi. Elemen penting yang digunakan ialah batu, air, tumbuhan dan perhiasan.