WorksheetsKata Ganda
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Jalan yang menghubungkan kampung itu ____________ seperti ular kena palu.
lari-lari
bengkang-bengkok
gelap-gelita
mata-mata
Aminah ____________ anak ke kelasnya setelah dia lewat tiba ke sekolah.
gelap-gelita
lari-lari
mata-mata
suram-muram
Sambutan Hari Kebangsaan saban tahun disambut dengan penuh ________________ .
gilang-gemilang
terang-benderang
suram-muram
gelap-gelita
______________ roda basikal adik sudah patah walaupun baru seminggu dibeli.
Kekuda
Lelangit
Jejaring
Jejari
Datuk terpegun melihat bangunan di Kuala Lumpur yang _____________ .
tinggi-tinggi
lebar-lebar
cantik-molek
pendek-pendek
Dia mempercayai cerita itu ______________ padahal saya hanya bergurau sahaja.
agak-agak
bulat-bulat
habis-habis
cepat-cepat
Ridzuan tidak ____________ berlatih untuk mencapai sasaran tiga pingat emas dalam kejohanan Sukan Asia.
henti-henti
masak-masak
sabar-sabar
susah-susah
Puan Anis ____________ katalog buku yang diedarkan secara percuma di pesta buku itu.
mencuit-cuit
membelek-belek
membolak-balik
menngosok-gosok
Usahlah kamu mudah percaya akan cerita yang ____________ itu.
karut-marut
gopoh-gapah
dolak-dalik
corat-coret
Semua pintu dan tingkap rumah dipasang _____________ besi bagi tujuan keselamatan.
tetikus
kekisi
jeriji
tetikus
Bagi mencegah kebakaran, ____________ kimia yang berbahaya itu perlu disimpan di tempat yang selamat.
kekunci
cecair
bebuli
kekuda
Kata laluan itu dikenal pasti berdasarkan kesan cap jari pada papan _____________ elektronik.
kekunci
jejentik
kekuda
jejari
______________ lagi, emak sudah bangun untuk menyediakan sarapan.
Hari-hari
Esok-esok
Pagi-pagi
Petang-petang
Tangisan ____________ yang kedengaran dari dalam bilik itu membuatkan kami berasa seram.
haru-biru
bisik-bisik
sedu-sedan
dekak-dekuk
Lina berasa loya kerana mabuk laut apabila bot yang dinaikinya _____________ dilambung ombak.
terkapai-kapai
terolang-aling
terpusing-pusing
terhuyung-hayang
