wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

F3 B3 Matematik Pengguna: SImpanan dan Pelaburan

Total questions: 15

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Pengeluaran wang bagi akaun ini boleh dilakukan pada bila-bila masa

a)

Akaun Semasa

b)

Akaun Simpanan

c)

Akaun Simpanan tetap

d)

Akaun Bank

2.

Akaun ini boleh menggunakan kemudahan Cek dan sesuai digunakan oleh usahawan

a)

Akaun Simpanan

b)

Akaun Simpanan Tetap

c)

Akaun Simpanan Semasa

d)

Akaun Emas

3.

Pengeluaran wang bagi akaun ini mempunyai tempoh matang seperti yang ditetapkan oleh Bank

a)

Akaun Simpanan

b)

Akaun Simpanan Tetap

c)

Akaun SImpanan Matang

d)

Akaun Simpanan Semasa

4.

Overdraf ialah...

a)

Pengeluaran wang yang melampau

b)

Pengguna dapat mengeluarkan duit dalam akaun sendiri

c)

Kemudahan yang membolehkan peminjam mengeluarkan wang lebih dari jumlah yang terdapat dalam akaun mereka

d)

Kemudahan menggunakan cek

5.

Kadar faedah yang lebih tinggi

a)

Akaun Simpanan Semasa

b)

Akaun Simpanan

c)

Akaun Simpanan Kanak-Kanak

d)

Akaun Simpanan Tetap

6.

Terdapat 3 jenis pelaburan iaitu

a)

Saham

b)

Bermain Kutu

c)

Hartanah

d)

Amanah Saham

7.

Sekiranya anda ingin membuat pelaburan yang mempunyai risiko yang rendah. Anda digalakkan untuk membuat pelaburan

a)

Saham

b)

Amanah Saham

c)

Skim cepat kaya

d)

Hartanah

8.

Apakah kelebihan yang dinikmati oleh pemegang akaun semasa?

a)

Kemudahan Overdraf

b)

Kadar faedah yang tinggi

c)

Kadar dividen yang tinggi

d)

Pemegang akaun diberi buku simpanan

9.

Khadijah menyimpan Rm4000 di Bank Tiara dengan kadar faedah 3.2% setahun. Hitung faedah yang diterima oleh Hasniza selepas 2 tahun.

a)

RM70.13

b)

RM50.30

c)

RM256.00

d)

RM25600.00

10.

En. Azman telah menyimpan RM5000 di Bank Seroja dengan kadar faedah mudah 4% setahun. Hitung masa yang diambil bagi mendapatkan faedah RM 600.

a)

1 tahun

b)

2 tahun

c)

3 tahun

d)

4 tahun

11.

Cik Chia menerima penyata kad kredit untuk bulan Julai 2018 dari Bank Setia. Penyata menunjukkan Cik Chia mempunyai baki tertunggak sebanyak RM4800. Anggap Cik Chia tidak menggunakan kad kredit dalam bulan Ogos. Berapakan bayaran minimum yang perlu dibayar oleh Cik Chia? (Isi jawapan anda tanpa RM)

(a)  

12.

Encik Hadi menerima penyata kad kredit untuk bulan Mac 2018 dari sebuah bank. Penyata menunjukkan Encik Hadi mempunyai baki tertunggak sebanyak RM3500. Anggap bahawa Encik Hadi tidak menggunakan kad kredit dalam Bulan April.

Encik Hadi hanya membuat bayaran minimum untuk bulan Mac dan tarikh penyata ialah 15 hari daripada tarikh tamat tempoh tanpa faedah. Jika bank mengenakan kadar faedah sebanyak 15% setahun, berapakah baki dalam penyata bulan April Encik Hadi. (Isi jawapan anda tanpa RM)

(a)  

13.

Puan Zai membeli sebuah rumah pada 1 Mac 1989 dengan harga RM180 000. Beliau menjelaskan 10% wang pendahuluan rumah tersebut sebanyak RM18 000. Perancangan beliau ialah rumah itu akan disewakan dan dijual dengan pulangan sebanyak 40% dalam tempoh 20 tahun. Berikut ialah maklumat berkaitan rumah tersebut setelah Puan Zai menjual rumah itu selepas genap 20 tahun pemilikannya.


a) Harga jualan - RM380 000

b) Perolehan sewaan rumah - RM96 000

c) Jumlah bayaran bank yang telah dijelaskan - RM250 000

d) Baki pinjaman bank - RM 53 000

e) Duti setem, kos ejen dan kos guaman - RM 12 000


Hitung jumlah pulangan pelaburan (ROI) yang diperoleh Puan Zai.

(a)  

14.

Pinjaman kereta : RM 36 000

Kadar Faedah : 4.4 %

Tempoh : 3 tahun


Shawal membayar balik pinjaman dan faedahnya dalam 3 tahun. Hitung jumlah setiap ansuran bulanannya itu.

a)

RM 986

b)

RM 1044

c)

RM 1132

d)

RM 1222

15.

Antara yang berikut, yang manakah mempunyai tahap kecairan yang rendah?

a)

Simpanan

b)

Simpanan tetap

c)

Amanah Saham

d)

Hartanah