wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ADAB BERMUSAFIR

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Maksud musafir ialah _______________

a)

Perjalanan melebihi 2 marhalah

b)

Perjalanan untuk tujuan yang baik

c)

Perjalanan ke surau

d)

Perjalanan melebihi 2 marhalah untuk tujuan yang baik

2.

Berikut merupakan adab-adab sebelum bermusafir

a)

Menjelaskan segala hutang

b)

Berdoa memohon petunjuk Allah SWT

c)

Mengambil wuduk sebelum bertolak

d)

Menyediakan bekalan secukupnya seperti wang, pakaian dan sebagainya

3.

Berikut adalah tujuan beradab ketika bermusafir kecuali

a)

dapat menikmati keindahan alam

b)

dapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT

c)

dapat menuju ke tempat yang dihajati dengan mudah

d)

dapat pertolongan ketika susah

4.

Antara yang berikut yang manakah merupakan kepentingan memelihara adab bermusafir?

a)

Terdedah dengan perkara maksiat dan kejahatan

b)

Timbulnya pelbagai masalah dalam perjalanan

c)

Jiwa dan perasaan sentiasa sedih

d)

Perjalanan akan mendapat rahmat daripada Allah SWT.

5.

Berikut merupakan adab-adab yang perlu dijaga ketika bermusafir:

a)

Menjaga kebersihan tempat persinggahan

b)

Menjaga alam sekitar daripada dirosakkan

c)

Memberi bantuan kepada mereka yang menghadapi kesulitan

d)

Menyelesaikan hutang dan menyediakan perbelanjaan tanggungan

6.
Berikut adalah adab-adab yang dituntut dalam adab bermusafir, kecuali
a)
mandi sunat musafir
b)
menyediakan bekalan secukupnya
c)
melantik seorang ketua
d)
meminta nasihat dari orang berpengalaman
7.

Hukum musafir untuk menziarahi Masjid al-Haram di Mekah ialah

a)

wajib

b)

sunat

c)

harus

d)

haram

8.

Seorang ketua perlu dilantik apabila bermusafir dalam kumpulan atau rombongan yang terdiri daripada __________ orang.

a)

dua

b)

tiga

c)

empat

d)

lima

9.

Rukhsah Solat ketika bermusafir

a)

Boleh solat secara duduk

b)

Boleh solat tanpa wudhuk

c)

Solat Jamak dan Solat Qasar

d)

Solat Jamak Taqdim sahaja

10.

Hukum bermusafir tanpa arah tujuan dan matlamat.

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Haram

d)

Makruh

11.
Masjid yang sunat diziarahi oleh umat Islam ialah
a)
1) Masjid Aqsa di Madinah
2)Masjid Nabawi di Palestin
3) Masjidil Haram di Mekah
b)
1) Masjid Aqsa di Palestin
2)Masjid Nabawi di Madinah
3) Masjidil Haram di Mekah
c)
1) Masjid Aqsa di Palestin
2)Masjid Nabawi di Mekah
3) Masjidil Haram di Madinah
d)
1) Masjid Aqsa di Iraq
2)Masjid Nabawi di Madinah
3) Masjidil Haram di Mekah
12.

Bermusafir ke stadium bagi menonton konsert pop artis-artis terkemuka hukumnya

a)

harus

b)

wajib

c)

sunat

d)

haram

13.

Hukum bermusafir dengan tujuan melihat kebesaran Allah SWT ialah...

a)

Wajib

b)

Makruh

c)

Sunat

d)

Harus

14.

Apakah hukum bermusafir untuk menziarahi orang sakit?

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Haram

d)

Makruh

15.

Ali bermusafir untuk menonton program "Jom Berselawat".

Nyatakan hukum bagi penyataan di atas.

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Harus

d)

Makruh

16.

Berikan hukum musafir bagi situasi berikut :

" Fatimah bermusafir kerana untuk menziarahi rakannya bagi menghubungkan silaturahim kerana sudah lama tidak berjumpa "

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Harus

d)

Muakkad

17.

Berikut adalah kelebihan bermusafir kecuali

a)

dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah

b)

mendidik diri untuk menjadi hamba yang bersabar

c)

memudahkan kita untuk mencari kekurangan sesuatu tempat

d)

dapat berkenalan dengan pelbagai bangsa dan budaya

18.

Pilih pernyataan yang menunjukkan hikmah mengamalkan adab bermusafir

a)

Perjalanan diberkati Allah

b)

Memberi ketenangan jiwa

c)

Perjalanan menjadi lebih sukar

d)

Mendidik diri agar lebih berdisiplin

19.

Berikut adalah adab - adab sebelum bermusafir

a)

Berdoa memohon petunjuk

b)

minta restu daripada ibu bapa

c)

Menyediakan keperluan asas

d)

Berniat untuk kebaikan

20.

Antara berikut yang manakah bukan adab bermusafir?

a)

Memohon petunjuk Allah

b)

Menyediakan bekalan secukupnya

c)

Meminta nasihat daripada orang yang berpengalaman

d)

Wajib mengucapkan selamat tinggal kepada orang yang ditinggalkan