NEW
Font size
WorksheetsASAS KEWANGAN PERIBADI
Total questions: 8
Worksheet time: 3mins
Pilih pernyataan yang SALAH mengenai akaun simpanan.
A. Membolehkan anda menyimpan wang
B. Menerima faedah yang ditentukan
C. Boleh memohon Kad ATM
D. Anda boleh membuat pembayaran melalui cek
PIlih pernyataan yang SALAH mengenai akaun semasa.
A. Boleh digunakan untuk tujuan peribadi dan perniagaan.
B. Boleh memohon Kad ATM
C. Pembayaran boleh menggunakan cek
D. Melakukan pemindahan wang antara bank.
Pilih pernyataan yang BENAR mengenai fungsi PIDM.
A. Badan bebas yang membantu anda menyelesaikan pertikaian antara anda dan penyedia perkhidmatan kewangan.
B. Melindungi deposit sehingga RM450,000.
C. Memberi perlindungan kepada pendeposit bank, pemilik sijil takaful dan polisi insurans.
D. Perlindungan yang disediakan perlu dibayar.
Semua pernyataan di bawah adalah BENAR mengenai Perbankan Islam KECUALI..
A. Perbankan Islam berlandaskan lunas dan prinsip Syariah.
B. Perbankan Islam mengharamkan riba, usury dan pengenaan faedah yang terlalu tinggi kepada pinjaman.
C. Perbankan Islam dikawal selia oleh Majlis Penasihat Syariah.
D. Perbankan Islam hanya untuk orang Islam sahaja.
Pilih jawapan paling TEPAT mengenai Perbankan Internet.
A. Pengguna hanya boleh membuat urusan perbankan dari rumah atau pejabat selagi mempunyai akses internet.
B. Perbankan Internet merujuk kepada urusan transaksi perbankan yang dikendalikan melalui laman web bank yang selamat.
Perisian atau perkakasan khas diperlukan untuk melakukan perbankan internet.
Pelanggan hanya boleh menyemak baki akaun sahaja.
Pilih SATU perkara yang perlu dielak ketika mengendalikan Perbankan Internet.
A. Melayari laman sesawang yang betul.
B. Tidak menghantar nombor PIN melalui e-mail biasa.
C. Tidak meninggalkan komputer sekiranya masih mengakses Perbankan Internet.
D. Menggunakan komputer milik awam atau yang dikongsi untuk mengendalikan Perbankan Internet.
Pilih SATU langkah yang perlu dilakukan jika anda membuat kesilapan semasa menjalankan sesuatu transaksi.
A. Maklumkan kepada pihak Bank Negara.
B. Buat laporan bertulis kepada pihak polis.
C. Segera hubungi perkhidmatan PIDM.
D. Segera hubungi perkhidmatan pelanggan bank terlibat dan berikan butiran terperinci berkaitan transaksi.
Beberapa perkara perlu diberi perhatian sebelum membuat keputusan menggunakan Perbankan Internet KECUALI..
A. Baca dan fahami terma serta syarat Perbankan Internet.
B. Berjumpa dengan pegawai khidmat pelanggan bank terlibat untuk memahami terma dan syarat yang ditetapkan .
C. Pengguna perlu faham isu berkaitan transaksi tanpa kebenaran atau urus niaga palsu.
D. Pengguna perlu tahu menggunakan perisian atau perkakasan khas untuk melakukan Perbankan Internet.
