Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH T4 (4.4)

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah Raja Charles Vyner Brooke mengambil keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British? (m/s 107)

a)

Memenuhi kehendak rakyat

b)

Desakan pedagang

c)

Masalah pewarisan takhta

d)

Mengeksploitasi kekayaan Sarawak

2.

Mengapakah penduduk menginginkan Raja Brooke memerintah Sarawak? (m/s 109)

a)

Menghormati Raja Brooke

b)

Tidak yakin dengan British

c)

Menjamin kemakmuran Sarawak

d)

Melaksanakan Perlembagaan 1941

3.

Apakah kesan yang dibawa oleh Pekeliling No. 9/1946 (Circular No. 9) ? (m/s 110)

a)

Aktiviti pertubuhan diharamkan

b)

Gerakan antipenyerahan berakhir

c)

Mutu perkhidmatan awam meningkat

d)

Kakitangan kerajaan meletak jawatan beramai- ramai

4.

Apakah tujuan penubuhan Rukun 13? (m/s 112)

a)

Memelihara hak penduduk

b)

Menentang penyerahan Sarawak

c)

Menghapuskan pegawai tinggi British

d)

Memperjuangkan kemerdekaan Sarawak

5.

Vyner Brooke mengalami maslaah kewangan, masalah pewarisan takhta dan desakan dari kerajaan British. Bagaimanakah masalah tersebut dapat diatasi? (m/s 107)

a)

Pengenalan pelbagai sistem percukaian

b)

Sarawak diserahkan kepada kerajaan British

c)

Sistem pentadbiran ketenteraan diperkenalkan

d)

Penyerahan kuasa kepada kerajaan tempatan

6.

Apakah peranan Gerald T. MacBryan di Sarawak? (m/s 108)

a)

Mendampingi rakyat untuk mengetahui masalah

b)

Mengadakan misi menentang pendudukan Jepun

c)

Memenangi kepercayaan penduduk pelbagai etnik

d)

Mendapatkan persetujuan daripada ketua tempatan

7.

Tindakan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British telah melanggar Prinsip Kelapan dalam Perlembagaan 1941. Apakah maksud melanggar perlembagaan tersebut? (m/s 109)

a)

Pemberian kewarganegaraan secara jus soli

b)

Pembatalan hak keistimewaan orang Melayu

c)

Penyerahan hak pemerintahan kepada Sarawak

d)

Pengurangan kuasa pembesar peringkat wilayah

8.

Seramai 409 orang kakitangan awam kerajaan Sarawak telah meletak jawatan pada 2 April 1947 sebagai tanda bantahan.

Apakah punca berlaku peristiwa di atas? (m/s 109)

a)

Kadar gaji yang rendah

b)

Kegagalan kesatuan pekerja

c)

Pelantikan baru pegawai Barat

d)

Pengeluaran Surat Pekeliling No. 9

9.

Tajuk artikel : Kerajaan British Menipu Rakyat

Tarikh : 7 November 1949

Apakah akhbar yang menjadi saluran antipenyerahan tersebut? (m/s 111)

a)

Utusan Sarawak

b)

Fajar Sarawak

c)

Warta Melayu

d)

Majlis

10.

Bagaimanakah persatuan Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) membantah penyerahan Sarawak kepada British? (m/s 111)

a)

Mengadakan demontrasi

b)

Menggunakan media cetak

c)

Menghantar surat bantahan

d)

Memulaukan lantikan Gabenor