wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJI MINDA

Total questions: 13

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Namakan jenis-jenis gigi dan fungsinya.

a)

gigi kacip memotong,gigi taring mengoyak,gigi geraham melumat.

b)

gigi kacip mengoyak,gigi taring memotong,gigi geraham melumat.

c)

gigi kacip melumat,gigi taring mengoyak,gigi geraham memotong.

2.

Labelkan struktur gigi berikut.

a)

i. Dentin

ii. Gusi

iii. Enamel

iv. Saraf

v. Salur Darah

b)

i. Saraf

ii. Enamel

iii. Dentin

iv. Gusi

v. Salur Darah

c)

i. Enamel

ii. Dentin

iii. Gusi

iv. Saraf

v. Salur Darah

3.

Pilih jawapan yang betul tentang set gigi susu dengan set gigi kekal.

a)

set gigi susu bersaiz besar dan gigi lebih kuat manakala set gigi kekal bersaiz kecil dan gigi kurang kuat.

b)

set gigi susu mempunyai lapisan enamel dan dentin yang nipis manakala set gigi kekal mempunyai lapisan enamel dan dentin yang keras.

c)

set gigi susu mula tumbuh pada usia 6 bulan dan lengkap pada usia 5 tahun manakala set gigi kekal mula tumbuh pada usia 6 tahun dan lengkap pada usia 21 tahun.

4.

Selepas makan,sisa makanan akan terlekat di celah gigi. Apakah cara untuk mengeluarkan sisa makanan dari celah gigi?

a)

Memberus gigi

b)

Menggunakan pencungkil gigi

c)

Menggunakan flos

5.

Berikan satu contoh makanan bagi kelas protein dan karbohidrat.

a)

ayam,ikan,daging (protein),nasi dan roti (karbohidrat)

b)

lobak,timun,tomato (protein),biskut dan lempeng (karbohidrat)

c)

tauhu,tempe,kentang (protein),oat dan nasi (karbohidrat)

6.

Apakah kepentingan kelas makanan bagi lemak?

a)

Mencegah sembelit

b)

Memanaskan badan

c)

Tumbesaran

d)

Memberi tenaga

7.

Pilih jawapan yang betul pada contoh makanan bagi kelas vitamin.

a)

ikan bilis dan udang kering

b)

roti dan kaya pandan

c)

betik dan tomato

d)

keropok lekor

8.

Nasi lemak ialah contoh hidangan sarapan pagi masyarakat Malaysia.Adakah hidangan ini seimbang? Berikan alasan kamu.

a)

Ya kerana mempunyai semua kelas makanan mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.

b)

Tidak kerana mempunyai terlalu banyak makanan berminyak dan membahayakan kesihatan.

9.

Apakah kepentingan makanan seimbang kepada tubuh badan kita?

a)

mengurangkan risiko obesiti dan sembelit

b)

mengelakkan sakit gigi

c)

menaikkan berat badan secara konsisten

10.

Apakah maksud proses pencernaan?

a)

pencernaan ialah proses mengunyah makanan besar menjadi cebisan kecil sebelum ditelan dan masuk ke perut.

b)

pencernaan ialah proses menggigit makanan menggunakan gigi untuk menghasilkan makanan kecil sebelum ditelan melalui esofagus dan terus masuk ke usus.

c)

pencernaan ialah proses menghancurkan makanan menjadi cebisan yang lebih kecil supaya nutrien daripadanya boleh diserap semasa melalui urutan aliran makanan di dalam badan.

11.

Apakah bahagian yang berlabel P,Q,R,S dan T?

a)

P - MULUT

Q - DUBUR

R - ESOFAGUS

S - PERUT

T - USUS

b)

P - MULUT

Q - PERUT

R - ESOFAGUS

S - USUS

T - DUBUR

c)

P - MULUT

Q - ESOFAGUS

R - PERUT

S - USUS

T - DUBUR

12.

Apakah yang berlaku kepada makanan tercerna yang tidak diperlukan oleh badan?

a)

makanan tercerna yang tidak diperlukan oleh badan akan disingkirkan dan menjadi tinja.

b)

makanan tercerna yang tidak diperlukan oleh badan akan dibuang melalui mulut menjadi muntah.

c)

makanan tercerna yang tidak diperlukan oleh badan akan dibawa ke perut untuk diproses sebelum menjadi kenyang.

13.

Yang berikut ialah perbuatan yang mengganggu pencernaan,kecuali

a)

makan sambil tidur

b)

makan di bawah pokok

c)

makan sambil ketawa