Font size
WorksheetsReka Bentuk Teknologi Tahun 4
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Apakah yang dimaksudkan dengan teknologi?
Ilmu tentang cara mereka cipta manusia untuk kegunaan masa hadapan
Ilmu tentang cara mereka cipta barang untuk kemudahan manusia
Ilmu tentang cara mendisiplinkan anak-anak mereka cipta
Apakah teknologi yang direka cipta untuk memudahkan kita tidak perlu bergerak dengan hanya menekan tombol pada alat tersebut?
Alat kawalan trafik
Alat kawalan jauh
Alat pendengaran jauh
Di dalam kelas, anda telah menghasilkan reka cipta barang yang memudahkan anda membawa barang-barang. Apakah alatan yang boleh membawa barangan yang banyak di pasaraya?
Bakul
Troli
Tong sampah
Apakah yang menarik minat pembeli dengan hasil reka cipta yang berada di pasaran?
Warna, mesra pengguna, jimat elektrik
Reka bentuk, jimat elektrik, mesra pengguna, mudah dan pantas menghasilkan bahan
Reka bentuk, warna dan ciri-ciri penggunaannya
Teknologi merupakan penyelesaian masalah menggunakan pengetahuan ______________ bagi memudahkan urusan seharian manusia.
sejarah
bahasa
sains
muzik
Namakan alat teknologi berdasarkan gambar di atas.
Telefon
Komputer riba
Mesin taip
Televisyen
Gambar berikut menunjukkan cara petani membajak sawah pada zaman dahulu. Apakah teknologi moden yang dicipta bagi membantu petani tersebut?
Teknologi telefon pintar
Teknologi kereta api
Teknologi pembungkusan
Teknologi jentera pembajak
Encik Ahmad bekerja di kilang pemprosesan makanan. Antara berikut, teknologi apakah yang mungkin digunakan di kilang tersebut?
Teknologi pertanian
Teknologi maklumat
Teknologi pengetinan makanan
Teknologi perubatan
Penggunaan teknologi ______________ dalam pertanian dapat membantu petani menabur benih, menyiram tanaman dan membuat pemantauan keadaan tanaman menggunakan video.
internet of things (IoT)
jentera
mesin
dron
Berikut merupakan kepentingan teknologi kepada manusia KECUALI
Memudahkan urusan harian manusia.
Menjimatkan masa dan tenaga manusia.
Memudahkan pertembungan sesama manusia.
Mewujudkan banyak jenis pekerjaan baru
Pilih TIGA kepentingan teknologi dalam kehidupan seharian 😊
Menjimatkan masa, tenaga dan kos
Komunikasi yang lebih berkesan dan cepat
Memudahkan urusan kerja
Peluang kerjaya yang terhad
Antara berikut, apakah contoh jenis pekerjaan baru yang wujud disebabkan oleh perkembangan teknologi pada hari ini?
Jurutera robotik
Tukang masak
Pekebun sayur
Guru
Lesung batu merupakan salah satu contoh teknologi konvensional dalam teknologi peralatan.
Apakah kekurangan alatan ini?
Harganya yang murah
Mudah diperoleh di kedai
Memerlukan penggunaan tenaga yang banyak
Saya kurang pasti
Berikut ialah keburukan teknologi apabila di salah guna KECUALI....
Menjadi malas dan bergantung penuh kepada keupayaan mesin.
Pencemaran alam sekitar berlaku.
Terlalu banyak bahan kimia dalam makanan dan minuman sehingga terjejas kesihatan.
Memudahkan hubungan jarak jauh.
Pilih TIGA kepentingan teknologi dalam kehidupan seharian 😊
Menjimatkan masa, tenaga dan kos
Komunikasi yang lebih berkesan dan cepat
Memudahkan urusan kerja
Peluang kerjaya yang terhad
Nama alat teknologi ini ialah ______________ .
Pen 3D
Pensel
Pen
Pensel warna
Apakah proses penghasilan projek yang telah dilakukan oleh Armand?
Proses Lakaran
Proses menghasilkan reka bentuk
Proses menjana idea
Proses pembentangan
Sila pilih langkah-langkah dalam penghasilan produk.
menjana idea untuk menghasilkan produk.
menilai maklumat pada lakaran dan membuat penambahbaikan
lakaran reka bentuk produk bermaklumat.
membeli produk siap
mengira kos bahan bagi reka bentuk produk yang dihasilkan.
Apakah langkah bertanda X?
(a)
Bagaimanakah kos bahan dapat dikurangkan dalam menghasilkan sesebuah produk ?
Menggunakan bahan terpakai
Menggunakan bahan kos rendah
Menggunakan bahan yang telah rosak
(boleh rujuk buku teks halaman 44 sehingga 52)
Susun semula langkah penghasilan projek dibawah dengan urutan yang betul.
1-Menjanakan idea.
2-Menilai lakaran dan membuat penambahbaikan
3- Melakarkan Reka Bentuk
4-Membentangkan projek
5-Mengira kos bahan
6-Menghasilkan Reka bentuk
1-2-3-4-5-6
1-3-2-5-6-4
6-5-4-3-2-1
1-2-3-6-5-4
Mengapakah kita perlu melukis lakaran sebelum menghasilkan suatu produk ?
Untuk mengetahui harga dan kos bahan produk
untuk memilih reka bentuk dan ukuran produk yang sesuai
mengetahui penggunaan alatan yang betul
Membentangkan produk yang telah dihasilkan
Berikut ialah elemen dalam proses menilai lakaran KECUALI
Harga produk
Ekor
Warna
Bentuk
Apakah yang dimaksudkan dengankepentingan yang dapat menjimatkan masa. tenaga dan kos.?
Urusan lebih mudah dengan teknologi terkini berbanding dengan teknologi lama.
Teknologi membolehkan kita melaksanakan tugas dengan cepat dan dapat menjimatkan masa , tenaga dan kos.
Taraf hidup semakin meningkat dengan kepelbagaian teknologi yang menyumbang kepada kemajuan dalam pelbagai bidang.
Manakah penerangan tepat mengenai kepentingan teknologi.
Kepesatan teknologi menghasilkan ciptaan dan perkhidmatan baharu dan seterusnya menyediakan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang.
Komunikasi dapat dilaksanakan di seluruh dunia tanpa batasan.
