NEW
Font size
WorksheetsKUIZ TATABAHASA TINGKATAN 1
Total questions: 20
Worksheet time: 4mins
Setiap hari saya suka memasukkan baju-baju kotor ke dalam bakul khas.
memasukan
memasukkan
Antara pelajar-pelajar yang datang ke sekolah itu ialah pelajar dari sekolah berhampiran.
pelajar
pelajar-pelajar
Ibubapa dinasihatkan agar sentiasa memantau perlakuan anak-anak mereka.
ibu bapa
ibubapa
Ibu tidak membenarkan saya menonton television sehingga lewat malam.
television
televisyen
Semua pekerja di syarikat itu sentiasa berkerjasama tanpa memilih pangkat.
bekerjasama
berkerjasama
Kadang-kala ibu memarahi kakak walaupun bukan kakak yang melakukan kesalahan.
kadang kala
kadang-kala
____________ waktu cuti sekolah kamu dengan aktiviti yang berfaedah.
Kosongkan
Muatkan
Penuhi
Isikan
Encik Salim mengeluarkan wang ___________ di dalam bank untuk membiayai rawatan anaknya.
taruhan
simpanan
semakan
tabungan
_________ yang berkaitan demam denggi itu akan diadakan di dewan sekolah.
Sajian
Pamerkan
Pameran
Larangan
Kerani itu sedang mencetak penyata gaji _________ Encik Majid.
harian
akhiran
rumusan
tahunan
__________ kejayaan yang dicapai pelajar yang cacat penglihatan itu.
Ikuti
Contohi
Kecapi
Hargai
Ujian Lisan diadakan untuk menguji ________ murid-murid dalam pengucapan lisan.
kepintaran
kemahiran
kefasihan
kecekapan
Setiap pergerakan Carmila sering ________ oleh kawan-kawannya kerana sikapnya yang bersopan santun dan peramah.
diperhatikan
perhatian
memerhatikan
memerhati
Restoran makanan laut itu terpaksa __________ kerana menangung hutang yang banyak.
goyang kaki
lankah bendul
hutang darah
gulung tikar
Kami mendapat __________ daripada tuan rumah itu untuk melihat keadaan penduduk di kampung ini.
hitam putih
lalat hijau
halwa telinga
lampu hijau
Anak-anak Pak Shazwan _________ kerana rajin mengemas.
berat tulang
ringan tulang
ringan mulut
ayam tambatan
Penduduk kampung menyambut kedatangan rombongan pelancong dari Korea itu dengan ___________ .
bekas tangan
tangan terbuka
buah tangan
panjang tangan
Erieka jarang keluar pada waktu tengah hari. Oleh sebab itu, dia digelar _________ oleh rakan-rakannya.
pisau cukur
puteri lilin
hidung tinggi
bunga dedap
Izzamie sangat _________ kerana tidak mahu mendengar nasihat daripada ayah dan ibunya.
kepala angin
kepala batu
keras hati
putih mata
