wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

F5KSSMSEJARAH

Total questions: 85

Worksheet time: 2hrs 39mins

Name
Class
Date
1.

1. Apakah maksud Persekutuan?

a)

Penyatuan beberapa daerah atau wilayah

b)

Penyatuan beberapa kerajaan dalam satu pentadbiran

c)

Konfederasi beberapa buah negeri

d)

Beberapa daerah atau mukim disatukan

2.

Persekutuan 1896 terdiri daripada empat buah negeri iaitu Negeri Perak, Pahang , Selangor dan N. Sembilan. Banyak keputusan pentadbiran dibuat oleh seorang.........?

a)

Gabenor

b)

Residen Jeneral

c)

Pesuruhjaya Tinggi British

d)

Gabenor Jeneral

3.

Sesuatu majlis ditubuhkan pada tahun 1927. Apakah tugas majlis tersebut?

a)

Mengagihkan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

b)

Membincangkan hal ehwal pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan Pihak British

c)

Membincangkan undang-undang berkaitan dengan agama Islam

d)

Memperkemas tadbir urus Persekutuan dan mengukuhkan kedudukan British

4.

Apakah yang menjadi asas kepada pembentukan Persekutuan Malaysia hari ini?

a)

Persekutuan Tanah Melayu 1957

b)

Persekutuan Tanah Melayu 1948

c)

Kesatuan Malaya 1946

d)

Persekutuan Malaysia 1963

5.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa yang khusus antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri yang meliputi kuasa perundangan dan kuasa pemerintahan.Apakah yang bukan tujuan Pembahagian Kuasa?

a)

Melicinkan perjalanan sistem persekutuan

b)

Mengelakkan permasalahan antara kedua-dua kerajaan

c)

Menjamin kestabilan dan kemajuan negara

d)

Mengukuhkan Kerajaan Negeri yang kuat

6.

Antara yang terkandung dalam Senarai Persekutuan termasuklah?

a)

I. Hal ehwal luar negeri

b)

II Pertanian dan Perhutanan

c)

III. Hiburan awam

d)

IV. Perhubungan dan Pengangkutan

7.

Antara berikut yang manakah bukan berkaitan dengan maksud Senarai Bersama?

a)

membolehkan Parlimen dan DUN menggubal undang-undang untuk perkara yang sama

b)

Sekiranya ada bercanggah , undang-undang yang diluluskan oleh DUN diterima

c)

Antara contohnya ialah Perlindungan haiwan liar dan taman negara.

d)

Perkongsian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

8.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan pembahagian kuasa dalam Perlembagaan Persekutuan.

@Senarai Persekutuan @ Senarai Negeri @ Senarai Bersama

Antara yang berikut, perkara manakah terletak di bawah Senarai Persekutuan?

a)

I. Pertahanan

b)

II. Pendidikan

c)

III. Hal ehwal tanah

d)

IV. Undang-undang Islam

9.

Pada Pendapatan anda , Mengapakah Kerajaan persekutuan memberi kuasa Tambahan kepada Sabah dan Sarawak semasa penyertaan persekutuan Malaysia?

a)

A. Membentuk kerajaan negeri yang kuata dan berdaulat

b)

B. Memberi kuasa penuh kepada kerajaan Sabah dan Sarawak dalam semua bidang

c)

C. Sebagai syarat bagi PTM menguasai kekayaan ekonomi di Sabah dan Sarawak

d)

D. Menyesuaikan kemasukan negeri Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan

10.

Kerajaan Tempatan juga dikenali sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.Antara jenis Kerajaan Tempatan Seperti?

a)

I. Majlis Bandaraya

b)

II. Majlis Perbandaran

c)

III. Majlis Daerah

d)

IV. Majlis Mukim

11.

Kerjasana sosioekonomi tertumpu pada pembukaan tanah baharu dan pembangunan in-situ. Pembangunan In-Situ menekankan pembangunan fizikal desa. Antara berikut ialah?

a)

A. Pinjaman Wang

b)

B. Membantu pemasaran

c)

C. Penyediaan Rumah

d)

D. Mengurus dan menyalurkan bantuan kewangan

12.

Kerajaan Persekutuan membuka kawasan di beberapa buah negeri untuk membangunkan wilayah baharu.Antara berikut yang manakah merupakah Agensi pembangunan dan negeri yang betul?

a)

KEDA-KELANTAN

b)

PERDA-PERAK

c)

KEJORA-JOHOR

d)

KESEDAR-SELANGOR

13.

Apakah Maksud Pembangunan Koridor Wilayah?

a)

A. Penyatuan ,Pemulihan dan Pembangunan tanah terbiar

b)

B. Pembangunan wilayah berdasarkan kawasan

c)

C. Perancangan strategik jangka panjang yang memberi tumpuan di negeri

d)

D. Penggunaan ICT dalam pembangunan teknologi

14.

Jadual yang berikut berkaitan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri untuk kesejahteraan rakyat.

Program Kerajaan Persekutuan

· Perbadanan Perumahan 1 Malaysia

(PRIMA)

Rumah Mesra Rakyat

Program Kerajaan Negeri

· Rumah Selangorku(Selangor)

· Rumah Mampu Milik Johor

(Johor)

Mengapakah Kerjasama tersebut dilaksanakan?

a)

A. Mengatasi masalah setinggan di bandar

b)

B. Meningkatkan taraf hidup rakyat di luar bandar

c)

C. Menyelesaikan masalah perumahan golongan miskin

d)

D. Membantu golongan pertengahan memiliki kediaman

15.

Kawasan perlindungan marin di perairan Sabah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri Sabah melalui agensi?

a)

A. Marin Sabah

b)

B. Taman-Taman Sabah

c)

C. Jabatan Laut Sabah

d)

D.Jabatan Perairan Sabah

16.

Struktur organisasi yang berikut berkaitan dengan pentadbiran Kawasan Keselamatan Khas Di Sabah?


Mengapakah Pentadbiran tersebut diperkenalkan ?

a)

A. Mewujudkan Majlis Keselamatan Negara

b)

B. Menghapuskan ancaman pengganas Komunis

c)

C. Melaksanakan Pembangunan Koridor Wilayah

d)

D. Meningkatkan kerjasama bagi menjamin keselamatan

17.

Apakah takrif kedaulatan dalam bahasa Arab?

a)

A. Negara yang bebas dan merdeka

b)

B. Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

c)

C. Kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara

d)

D. Negara mempunyai kuasa yang penuh terhadap pemerintahan

18.

Apakah takrif kedaulatan dalam bahasa Inggeris Sovereignty?

a)

A. Negara yang bebas dan merdeka

b)

B. Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

c)

C. Kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara

d)

D. Negara mempunyai kuasa yang penuh terhadap pemerintahan

19.

Beberapa orang tokoh memberikan tafsiran mereka tentang kedaulatan yang

Sesuai dengan zamannya. Pada pandangan Jean Bodin ,apakah maksud dalam Kedaulatan?

a)

A. Mempunyai Sifat kekal dan mempunyai kuasa tidak terbatas untuk membuat undang-undang, mentafsir dan melaksanakannya.

b)

B. Prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat

c)

C. Kekuasaan sesebuah negara berasaskan semangat kekitaan bangsanya. Semangat Kekitaan yang diiringi dengan kekuatan semangat beragama.

d)

D. Merupakan asas negara yang merdeka, memiliki kebebasan pada peringkat antarabangsa bersama dengan hak untuk mengatur urusan dalam negeri.

20.

Dalam Kedaulatan tradisional, raja merupakan pemerintah yang berkuasa mutlak.Kedudukan dan kedaulatan raja dapat diperkukuh melalui

a)

A. Sempadan Negeri

b)

B. Taat setia rakyat

c)

C. Undang-undang yang dimansuhkan

d)

D. Pengiktirafan oleh negara lain

21.

Apakah unsur yang digunakan oleh negara-negara moden untuk membentuk negara masing-masing selepas Perang Dunia Pertama.

a)

A. Rumpun bangsa dan Bahasa

b)

B. Agama dan Kepercayaan

c)

C. Bahasa dan Tulisan

d)

D. Kebudayaan Dan Bahasa

22.

Apakah isi kandungan Deklarasi Hubungan Persahabatan PBB 1970 yang dibincangkan.

a)

A. Mengesahkan prinsip persamaan kedaulatan dari segi undang-undang antarabangsa

b)

B. Mengiktiraf negara kita negara yang bebas , merdeka dan berdaulat

c)

C. Menghalang penyalahgunaan dadah di dunia

d)

D. Menghapuskan dasar Aparteid yang berlaku di Afika Selatan

23.

Antara Berikut merupakan sistem raja berperlembangaan di negara kita Kecuali

a)

A. YDPA pada peringkat Persekutuan

b)

B. Majlis raja-raja melayu diwujudkan

c)

C. Institusi beraja pada peringkat negeri

d)

D. Ratu England yang diwarisi kepada negara kita

24.

Apakah Ciri-ciri Negara yang berdaulat

a)

I. Mempunyai Pemerintahan

b)

II. Mempunyai Rakyat

c)

III. Mempunyai lambang-lambang Negara

d)

IV. Mempunyai Perundangan

25.

Antara yang berikut yang manakah berkaitan dengan makna perlembagaan adalah betul?

a)

A. Akta merupakan undang-undang yang dibuat oleh DUN dalam perlembagaan.

b)

B. Ordinan dan Enakmen merupakan undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dalam perlembagaan

c)

C. Apabila undang-undang negeri bercanggah dengan perlembagaan Malaysia. Mahkamah berhak mentafsirkan perlembagaan dan berkuasa mejatuhkan hukuman berkaitan dengan undang-undang negeri atau perlembagaan Malaysia.

d)

D. Perlembagaan Malaysia terdapat 183 perkara yang mengandungi senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, institusi YDPA, Parlimen , Jemaah Menteri dan badan kehakiman.

26.

Terdapat banyak undang-undang bertulis yang dipengaruhi oleh Hukum Kanun Melaka di negeri-negeri Melayu.Senarai berikut yang manakah undang-undang bertulis tersebut.

a)

I. Undang-undang Kedah

b)

II. Undang-undang 99 Perak

c)

III. Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu

d)

IV. Hukum Kanun Pahang

27.

Pernyataan di bawah berkaitan dengan penubuhan Majlis di Sabah.

X memberikan kuasa kepada Gabenor untuk membuat undang-undang.Apakah X?

a)

A. Majlis Kerja

b)

B. Majlis Negeri

c)

C. Majlis Tertinggi

d)

D. Majlis Undangan

28.

Pada tahun 1946, undang-undang NNS digubal oleh Majlis Undangan Negeri, manakala undang-undang di NNMTB digubal oleh Y. Apakah Y?

a)

A. Majlis Persekutuan

b)

B. Majlis negeri-negeri Melayu

c)

C. Majlis raja-raja Melayu

d)

D. Majlis Eksekutif

29.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan titik penting pembentukan sebuah Persekutuan.Antara kandungan yang terdapat dalam perjanjian tersebut ialah

a)

A. Hak keistimewaan bumiputera

b)

B. Kewanganegaraan berasaskan prinsip jus soli

c)

C. Kuasa raja-raja Melayu

d)

D. Kuasa autonomi dalam bidang tertentu

30.

1. Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk merangka perlembagaan PTM 1957. Perlembagaan PTM 1957 disesuaikan dengan model Westminster yang diambil dari Britain.Beberapa terma rujukan utama diwujud menjadikan panduan asas Suruhanjaya Perlembagaan untuk merangka Perlembagaan PTM 1957 kecuali

a)

A. Kerajaan Persekutuan yang kukuh

b)

B. Menjamin kedudukan Raja-raja Melayu

c)

C. Parlimen hendaklah mengandungi dua Dewan.

d)

D. Kewarganegaraan yang berasaskan prinsip status quo

31.

Kewarganegaraan Persekutuan pada tahun 1948 terbahagikan kepada rakyat raja-raja Melayu dan rakyat British.Apakah syarat untuk mendapat kerakyatan British.

a)

A. Sesiapa yang lahir di Tanah Jajahan British

b)

B. Sesiapa yang lahir di Negeri-Negeri Selat

c)

C. Sesiapa yang lahir di Melaka dan Pulau Pinang

d)

D. Sesiapa yang lahir di bawah pengaruh Ratu England

32.

Sebelum pembentukan Malaysia. Apakah sistem yang dijalankan oleh Sarawak dan Sabah untuk melantik pegawai tempatan dalam kerajaan?

a)

A. Pemilihan secara bergilir

b)

B. Pemilihanh secara pilihan raya

c)

C. Pemilihan secara tidak langsung

d)

D. Pemilihan secara langsung

33.

Apakah kerajaan kesultanan melayu yang merupakah kesinambungan daripada kesultanan Johor- Riau?

a)

A. Kesultanan Pahang dan Perak

b)

B. Kesultanan Terengganu dan Selangor

c)

C. Kesultanan Kedah & Kelantan

d)

D. Kesultanan Temasik

34.

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895

Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu 1911

Apakah matlamat penggubalan undang-undang tersebut?

a)

A. Melicinkan pentadbiran

b)

B. Menentukan struktur masyarakat Kerajaan Johor dan Terengganu

c)

C. Mengekalkan kedaultan negeri

d)

D. Menghalang perebutan takhta antara kerabat diraja

35.

Apakah maksud Durbar?

a)

A. Sebagai majlis yang didesak oleh raja-raja Melayu untuk merealisasikan kemerdekaan

b)

B. Sebagai latihan kepada penduduk tempatan untuk bekerajaan sendiri

c)

C. Usaha yang dilancarkan untuk memupuk kerjasama politik pelbagai Kaum

d)

D. Sebagai persidangan umum diadakan oleh raja-raja Melayu dengan British

36.

Antara yang berikut yang manakah merupakah keahlian Durbar NNMB?

a)

I. Pesuruhjaya Tinggi British

b)

II. Raja-raja Melayu

c)

III. Residen NNMTB

d)

IV. Setiausaha NNMB

37.

Gambar yang berikut berkaitan dengan Cap Mohor Besar Raja-Raja

Apakah Kepentingan cap Mohor tersebut?

a)

A. Mengiktiraf kerajaan yang dipilih oleh rakyat

b)

B. Mengesahkan pelantikan Jemaah Menteri

c)

C. Melambangkan kedaulatan Raja-raja Melayu

d)

D. Meluluskan undang-undang yang digubal Parlimen

38.

Antara berikut yang manakah bukan peranan Yang Dipertua Negeri?

a)

A. Menjadi ahli Majlis Raja-raja

b)

B. Sebagai ketua Negeri

c)

C. Menjalankan Kuasa eksekutif melalui penasihat majlis mesyuarat Negeri

d)

D. Pemilihan YDPA dan Timbalan YDPA

39.

Kedudukan YDPA sebagai Ketua Utama Negara termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.Yang manakah bukan Keutamaan kedudukan dalam Persekutuan?

a)

Raja Permaisuri Agong

b)

Yang Dipertua Negeri

c)

Perdana Menteri

d)

Ketua Audit Negara

40.

Apakah Peranan YDPA dalam Kerajaan Persekutuan Malaysia?

a)

I. Mengisytiharkan Undang-Undang X

b)

II. Memanggil dan Membubarkan Parlimen

c)

III. Membatalkan Hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah

d)

IV. Mempunyai Kuasa Budi Bicara tertentu

41.

Apakah peranan yang dimainkan oleh pertubuhan tersebut?

a)

A. Mempromosikan dan melindungi hak asasi semua orang di negara kita

b)

B. Menjaga kebajikan orang kurang berupaya

c)

C. Menentang penyalahgunaan dadah dalam bidang perubatan

d)

D. Menyokong dasar Aparteid yang mewujudkan sistem hierarki yang teratur

42.

Rajah yang berikut berkaitan dengan pembahagian kuasa dalam sistem pemerintahan negara kita.

Yang manakah antara berikut kuasa badan Kehakiman?

a)

A. Menentukan perkara Sivil dan Jenayah

b)

B. Meluluskan undang-undang

c)

C. Menggubal dasar-dasar negara

d)

D. Membahaskan perbelanjaan kerajaan

43.

Sistem Jemaah Menteri Di Kelantan mempunyai 8 badan menteri. Setiap badan diketuai 4 pembesar dan mempunyai tugas masing-masing. Mengapakah Sultan Muhammad II membentuk Jemaah Menteri tersebut?

a)

A. Menjaga keamanan dan keharmonian masyarakat

b)

B. Melicinkan pentadbiran

c)

C. Menghalang perluasan kuasa British

d)

D. Mengelakkan perebutan takhta di kalangan kerabat diraja

44.

Pada peringkat negeri , Kuasa eksekutif terletak pada?

a)

A. EXCO

b)

B. Menteri Besar

c)

C. YDPN

d)

D. YDPA

45.

Pernyataan yang berikut berkaitan dengan badan eksekutif pada peringkat Kerajaan Persekutuan.

Jemaah Menteri terdiri daripada Perdana Menteri dan Menteri-menteri yang memegang portfolio tertentu.

 Apakah peranan badan tersebut?

a)

A. Meluluskan sistem cukai baharu

b)

B. Melaksanakan dasar-dasar negara

c)

C. Menggubal undang-undang negara

d)

D. Mengadili pertikaian antara pemerintah dengan rakyat

46.

Terlindung daripada pengaruh politik

Bebas daripada pengaruh politik

Pernyataan tersebut menunjukkan syarat pelantikkan hakim. Mengapakah Hakim mesti bebas daripada pengaruh politik?

a)

A. Mengelakkan penyelewengan hakim

b)

B. Memastikan badan kehakiman sebagai institusi keadilan

c)

C. Memudahkan Kenaikan dan pelucutan pangkat hakim

d)

D. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan

47.

Kemasukan Singapura ke dalam Malaysia boleh menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. Bagaimanakah masalah tersebut dapat diatasi?

a)

A. Mengenakan syarat kerakyatan

b)

B. Menghalang kemasukan imigran

c)

C. Memasukkan Sarawak, Sabah dan Brunei

d)

D. Mengawal jumlah penduduk

48.

KeKalahan Lee Kuan Yew dalam Pilihan Raya di Hong Lim ,Singapura. Lee Kuan Yew mendesak British supaya menggabungkan Singapura dengan PTM.Rancangan ini ditentang oleh Parti Berhaluan Kiri. Apakah tuntutan Parti Perhaluan Kiri di Singapura mengenai idea pembentukan Malaysia?

a)

A. Mendapatkan peruntukan kewangan yang tinggi

b)

B. Mengadakan referendum

c)

C. Menghapuskan ancaman komunis

d)

D. Mengiktiraf Singapura sebagai pelabuhan bebas

49.

UNKO SCA PASOK MOMOGUN USNO

Apakah Persamaan yang terdapat di ats Parti-Parti tersebut?

a)

membentuk Sabah Alliance

b)

menuntut hak pendidikan dan ekonomi kepada orang Melayu

c)

Muncul selepas gagasan Malaysia

d)

mempersoalkan pemimpin tempatan berkaitan dengan penyesuaian diri dengan PTM dan Singapura dalam pentadbiran

50.

Malaysia dibentuk pada tahun 1963 Sept 16, Mengapakan Brunei menarik diri daripada rancangan tersebut?

a)

I. Berhasrat menubuhkan Kesatuan Negeri-Negeri Borneo

b)

II. Menganggap sebagai neokolonialisme

c)

III. Menuntut Sabah dan Sarawak sebagai hak Brunei

d)

IV. Khuatir Kehilangan Kekayaan Sumber Semula Jadi

51.

Bagaimanakah konfrontasi Indonesia- Malaysia ditamatkan?

a)

A. Rundingan

b)

B. Bantuan PBB

c)

C. Gencatan senjata

d)

D. Campur tangan British

52.

Apakah peranan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM)?

a)

I. Menggalakkan perpaduan kaum

b)

II. Mengumpul pandangan tentang gagasan Malaysia

c)

III. Menggubal perlembagaan Malaysia

d)

IV. Menyediakan ruangperbincangantentang gagasan Malaysia

53.

Jadual Tersebut menyatakan langkah pembentukan Malaysia


1. JSKM>2.Referendum>3. X > 4. JAK>5. Penilaian PBB>6. Perjanjian Malaysia 1963


Apakah Peranan X?

a)

A. Memastikan perlembagaan yang adil

b)

D. Mengemukakan cadangan kepada British dan Persekutuan Tanah Melayu

c)

C Mengumpulkan pandangan rakyat terhadap gagasan Malaysia

d)

D. Membincangkan hak dan kepentingan bumiputera Sabah dan Sarawak

54.

Apakah keistimewaan(Tuntutan 20 Perkara) yang diterima oleh Sabah dan Sarawak apabila menyertai Malaysia?

a)

A. Sabah dan Sarawak diberi kuasa mengendali hal ehwal imigresen

b)

B. Menetapkan dasar luar

c)

C. Menentukan sumber kewangan

d)

D. Memperoleh separuh bilangan kerusi dalam parlimen

55.

Faktor yang menamatkan konfrontasi Indonesia dan Malaysia ialah

a)

A. Penubuhan ASEAN

b)

B. Resolusi Majlis Keselamatan PBB

c)

C. Peralihan kepimpinan di Indonesia

d)

D. Amaran Amerika Syarikat

56.

Apakah matlamat Malcolm MacDonald mencadangkan penggabungan semua tanah jajahan British di Asia Tenggara?

a)

Memajukan Ekonomi

b)

Memudahkan Pentadbiran

c)

Melaksanakan dekolonisasi

d)

Mengelakkan ancaman Komunisa

57.

Parti di bawah membentuk Sarawak Alliance dan seterusnya menyokong gagasan Malaysia Kecuali?

a)

SNAP

b)

PANAS

c)

BARJASA

d)

SUPP

58.

Pembentukan Malaysia yang sepatutnya diisytiharkan pada 31 Ogos 1963 tetapi disytiharkan pada 16 Sept 1963. Berikan pandangan Sejarah anda?

a)

Kelewatan laporan PBB

b)

Konfrontasi yang diwujud oleh Indonesia

c)

Ditentang oleh Komunis

d)

British memungkiri janji

59.

Antara berikut yang manakah bukan intipati Perjanjian Malaysia?

a)

Bumiputera Sabah dan Sarawak mendapat pengiktirafan sama seperti orang Melaytu

b)

Kerusi Parlimen diberikan Kepada Singapura sebanyak 24 kerusi, Sarawak 12 Kerusi dan Sabah 12 Kerusi.

c)

Tarikh Pembentukanm Malaysia adalah 31 Ogos 1963

d)

Memberikan Kelebihan Kepada Sabah dan Sarawk menubuhkan Kabinet Negeri.

60.

Perjanjian Malaysia ditandatangani pada 9 Julai 1963. Di manakah upacara berikut berlangsung?

a)

A. London

b)

B. Singapura

c)

C. Kota Kinabalu

d)

D. Kuala Lumpur

61.

Pengasingan kuasa diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan hingga hari ini. YDPA mengetuai 3 badan kerajaan yang terbahagi kepada Badan eksekutif , Badan Kehakiman dan Badan legislatif.

Parlimen terdiri daripada tiga Komponen iaitu?(3M)

a)

Dewan Negara

b)

Dewan Rakyat

c)

YDPN

d)

YDPA

62.

Apakah fungsi Dewan Rakyat? (1m)

a)

menggubal dasar Kerajaan

b)

melaksanakan Dasar-dasar

c)

mengawal hal ehwal Negeri

d)

Membuat pindaan undang-undang

63.

Pilihkan Contoh Mahkamah Khas?(2 m)

a)

Mahkamah Khas Raja-Raja

b)

Mahkamah Gerakan Tentera

c)

Mahkamah Anak Negeri

d)

Mahkamah Tentera

64.

Pentadbiran Kerajaan Negeri diketuai oleh? (1m)

a)

Sultan

b)

YDPN

c)

Menteri Besar

d)

Jemaah Menteri

65.

Negara jiran seperti Indonesia, Filipina dan Thailand turut memberi pelbagai reaksi terhadap rancangan pembentukan Malaysia?

Apakah reaksi Thailand terhadap gagasan Malaysia .

a)

menerima kerana usaha ke arah keamanan Asia Tenggara

b)

membuat tuntutan terhadap Sabah

c)

Menganggap Malaysia merupakan cara British mengekalkan pengaruh

d)

menyokong tanpa syarat

66.

Apakah tindak balas yang diambil oleh Malaysia untuk mengatasi masalah Konfrontasi?

a)

menggunakan cara diplomatik

b)

menggunakan cara kekerasan untuk membalas

c)

mematah kempen propaganda

d)

mendapat sokongan negara luar dan membawa isu ini ke dalam Majlis keselamatan PBB.

67.

Apakah Kebaikan yang diperoleh daripada Konfrontasi antara Indonesia dengan Malaysia ? (KBAT)

a)

meningkatkan imej negara kita

b)

meningkatkan ekonomi negara kita

c)

mengukuhkan perpaduan rakyat untuk menentang ancaman lua

d)

mengukuhkan sistem pertahanan negara kita

68.

Perjanjian Malaysia ditandatangani pada 9 Julai 1963. Di manakah upacara berikut berlangsung?

a)

A. London

b)

B. Singapura

c)

C. Kota Kinabalu

d)

D. Kuala Lumpur

69.

Apakah maksud kedaulatan mengikut bahasa Yunani?

a)

Terhebat

b)

Tertinggi

c)

Teragung

d)

Terbesar

70.

Maklumat berikut berkaitan dengan Kesejahteraan

*Bahasa Kebangsaan

*Rukun Negara

Mengapakah perkara tersebut diperkenalkan?

a)

Memastikan Kesetiaan rakyat kepada negara

b)

Memupuk Perasaan Muhibah dalam kalangan rakyat berbilang kaum

c)

Memupuk perasaan cinta akan negara dalam kalangan penduduk

d)

memastikan semangat persaingan dalam kalangan rakyat

71.

Bagaimanakah cara untuk melahirkan generasi yang peka terhadap sejarah negara?

a)

Menghormati lambang negara seperti bendera Jalur Gemilang

b)

Mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran teras

c)

menghargai tokoh pelbagai kaum yang berjuang untuk kemerdekaan

d)

Menghargai dan menyanjungi adat dan warisan negara

72.

Apakah undang-undang yang diperkenalkan oleh British di Negeri-Negeri Selat ?

a)

Charter of Justice 1807

b)

Sabah Application of Laws

c)

The Common Law of England

d)

The Sarawak Application of Laws

73.

Apakah matlamat Charter of Justice yang diperkenalkan oleh British di Negeri-Negeri Selat?

a)

Mengawal kuasa raja dan Pembesar

b)

Mengukuhkan kuasa British di Tanah Melayu

c)

Memastikan penguasaan ekonomi akan berterusan

d)

melindungi penduduk asal daripada penindasan

74.

Pembentukan undang-undang di negeri Melayu dimulai oleh

a)

Majlis Negeri Perak

b)

Majlis Negeri Kedah

c)

Majlis Negeri Pahang

d)

Majlis Negeri Pulau Pinang

75.

Referendum Singapura

Apakah kandungan referendum tersebut?

a)

Penubuhan Suruhanjaya untuk meninjau pendapat

b)

Bentuk Pilihan Singapura menyertai Malaysia

c)

Reaksi penduduk terhadap Pembentukan Malaysia

d)

Menyeru rakyat Singapura menyokong gagasan Malaysia

76.

Antara Berikut , yang manakah faktor penubuhan UNMM?

a)

Menyokong Penubuhan Malaysia

b)

Memberi pengiktirafan penubuhan Malaysia

c)

Bantahan Indonesia terhadap penubuhan Malaysia

d)

menilai dan membuat laporan terhadap penubuhan

77.

Maklumat berikut berkaitan dengan penubuhan majlis untuk menyelaraskan pentadbiran kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

*Majlis Kewangan Negara

*Majlis Tanah Negara

Apakah yang boleh dikaitkan dengan maklumat tersebut?

a)

Majlis Kerajaan

b)

MajlisNegeri

c)

majlis Air Negara

d)

Majlis Khas raja-raja

78.

Antara berikut yang manakah peranan rakyat dalam mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi?

a)

Menggubal pentadbiran

b)

Mematuhi Unadng-unadng

c)

Menyokong usaha kerajaan

d)

Melaksanakan undang-unadang

79.

Apakah tujuan siri lawatan yang diamalkan oleh pemimpin Sabah dan Sarawak ke PTM?

a)

meninjau dan bertemu untuk menerangkan gagasan Malaysia

b)

Menjelaskan gambar sebenar tentang gagasan Malaysia

c)

Meninjau kemajuan PTM

d)

Menunjukkan terdapat kesepakatan idea kalangan politik pemimpin Sabah dan Sarawak

80.

Para Pemimpin di Borneo membentuk United Front( Barisan Bersatu) untuk mencabar rancangan Malaysia, Apakah parti-parti yang menganggotai pertubuhan tersebut?

a)

SUPP

b)

USNO

c)

Parti Rakyat Brunei

d)

UNKO

81.

Konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia berlaku pada tahun 1963, apakah cara yang digunakan oleh Malaysia untuk memulihakan hubungan dengan Indonesia

a)

Mengadakan Referendum

b)

Mengadakan MAPHILINDO

c)

meminta bantuan KOMANWEL

d)

Menjadi anggota PBB

82.

Siapakah yang menjadi YDPN di Sabah?

a)

Dato Abang Haji Openg Abang Sapiee

b)

Khir Johari

c)

Dato Kalong Ningkan

d)

Dato Mustapha Datu Harun

83.

Apakah maksud dekolonisasi?

a)

Penjajahan Baharu

b)

Membebaskan negara jajahan

c)

memberi perlindungan kepada negeri naungan

d)

mewujudkan pentadbiran bercorak barat

84.

Apakah jenis yang termahluk dalam kebebasan Hak Asasi

a)

Kebebasan Diri

b)

Kebebasan membentuk persatuan

c)

Kebebasan mendapat pendidikan

d)

Kebebasan menggubal undang-undang

85.

Pindaan Perlembagaan dapat diwujud di Malaysia. Antara berikut berlaku pada tahun? (Lebih satu jawapan)

a)

1965

b)

1966

c)

1963

d)

1964