WorksheetsUnsur dalam Kala 3
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Aluminium oksida mempunyai kedua-dua sifat asid dan bes, oleh itu aluminium oksida ialah
oksida bes
oksida asid
oksida metaloid
oksida amfoterik
Antara yang berikut, yang manakah betul mengenai perubahan sifat unsur merentasi kala dalam Jadual Berkala Unsur?
Jejari atom meningkat
Jisim atom relatif berkurang
Bilangan proton dalam setiap atom meningkat
Bilangan elektron valens dalam setiap atom berkurang
Mengapakah saiz atom berkurang daripada natrium kepada argon dalam Jadual Berkala Unsur?
Bilangan elektron valens bertambah
Keelektronegatifan unsur bertambah
Tarikan nukleus terhadap elektron dalam petala bertambah
Sifat unsur-unsur berubah dari logam kepada bukan logam
Mengapakah unsur natrium (Na), magnesium (Mg), aluminium (Al), silikon (Si), fosforus (P), sulfur (S), klorin (Cl) dan argon (Ar) berada dalam kala yang sama?
Mempunyai elektron valens yang sama
Mempunyai bilangan petala yang sama
Mempunyai bilangan proton yang sama
Magnesium digunakan untuk membuat tin.
Benar
Palsu
Rajah berikut menunjukkan susunan elektron atom bagi dua unsur.
Jejari atom Y lebih kecil daripada jejari atom X kerana...
atom Y mempunyai lebih elektron daripada atom X
atom Y mempunyai lebih elektron valens daripada atom X
atom Y mempunyai lebih proton daripada atom X
atom Y adalah lebih elektronegatif daripada atom X
Jadual berikut menunjukkan susunan elektron bagi atom tiga unsur, P, Q dan R.
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang unsur-unsur itu mengikut susunan P, Q dan R?
Jejari atom bertambah
Keelektronegatifan bertambah
Takat lebur bertambah
Sifat kelogaman bertambah
Unsur yang manakah membentuk oksida yang melarut dalam kedua-dua asid nitrik dan larutan natrium hidroksida untuk menghasilkan satu larutan tidak berwarna?
Al
Si
P
S
Jadual berikut menunjukkan nombor proton bagi unsur S, T, U dan V.
Pernyataan yang manakah tidak benar?
Saiz atom bertambah mengikut tertib S, T, U, V
S dan V adalah logam manakala T dan U adalah bukan logam
S, T dan U adalah dalam kala yang sama di Jadual Berkala
Keelektronegatifan bertambah mengikut tertib V, S, T, U
Oksida P larut dalam asid nitrik. Tindakbalas berlaku.
Oksida P tidak larut dalam larutan natrium hidroksida. Tindakbalas tidak berlaku.
Unsur P ialah (a)
Oksida R bertindakbalas dengan larutan asid nitrik dan larutan natrium hidroksida. Oksida R ialah sejenis
oksida bes
oksida asid
oksida amfoterik
logam alkali
Antara yang berikut, yang manakah betul mengenai perubahan sifat unsur merentasi kala dalam Jadual Berkala Unsur?
Jejari atom meningkat
Jisim atom relatif berkurang
Bilangan proton dalam setiap atom meningkat
Bilangan elektron valens dalam setiap atom berkurang
Unsur-unsur yang manakah yang boleh membentuk oksida bersifat asid?
Magnesium dan sulfur
Magnesium dan natrium
Sulfur dan fosforus
natrium dan fosforus
Silikon digunakan sebagai semikonduktor dalam penghasilan mikrocip elektronik. Nyatakan sifat fizik bagi silikon.
Unsur logam
Unsur separa logam atau metaloid
Unsur bukan logam.
Apakah kegunaan unsur separa logam ?
Digunakan untuk membuat tin
Digunakan sebagai racun kulat
Digunakan sebagai semikonduktor dalam penghasilan mikrocip
Digunakan sebagai bahan penyala api
