WorksheetsPENDIDIKAN ISLAM
Total questions: 15
Worksheet time: 4mins
Jika ditanya bagaimana Allah, apakah jawapan anda?
Allah mempunyai sedikit persaman dengan makhluk
Allah itu sama seperti malaikat
Allah tak sama dengan apa sahaja yang tergambar difikiran
Allah ada anggota badan seperti tangan dan mata
Berikut merupakan adab rehlah kecuali...
Sentiasa mengingati kebesaran Allah
Menjaga solat
Menutup aurat
Pergi bersama pasangan bukan mahram
Apakah punca Nabi dan para sahabat ingin ke Mekah untuk membuka kota tersebut?
Nabi ingin melakukan ibadah haji
Ingin berdagang
Gencatan senjata dilanggar
Nabi dan para sahabat ingin bertemu dengan keluarga
Berapakah huruf izhar halqi
3
6
7
9
Berikut merupakan jenis-jenis tarannum kecuali
Riq'ah
Jiharkah
Hijaz
Soba
Allah melihat dengan....
Mata
Sifat Pelihat
Alat
Niat
Ahmad pengsan pada bulan Ramadan sebelum masuk waktu subuh dan tersedar 5 minit sebelum azan maghrib. Apakah status puasa Ahmad?
Sah kerana Ahmad sempat tersedar sebentar sebelum masuk waktu maghrib
Sah kerana Ahmad masih lagi kanak-kanak
Tidak sah kerana pengsan adalah jenis hilang akal yang berat
Tidak sah kerana Ahmad tidak solat zohor dan subuh
Bagaimanakah bacaan hukum izhar halqi?
bacaan jelas tanpa dengung
dengung 2 harakat
bacaan panjang 4 atau 5 harakat
berhenti sebentar kemudian sambung dengan nafas yang sama
Yang manakah bukan huruf izhar halqi?
ع
ا
ه
خ
Mengapakah Nabi mengarahkan sahabatnya menyalakan obor api ketika peristiwa fathul makkah?
Menghalau nyamuk
Cuaca ketika itu sejuk
Supaya para sahabat lebih bersemangat
Helah supaya bilangan umat Islam dilihat ramai
Apakah perkara pertama yang Nabi lakukan selepas membuka kota Mekah?
Melakukan tawaf dan menghancurkan berhala
Menghukum para musyrikin Mekah yang menentangnya
Memberi ucapan di khalayak ramai
Berehat di rumah sebelum keluar
Apakah yang dimaksudkan dengan puasa?
Tidak makan dan minum sahaja
Solat sunat dua rakaat beserta khutbah
Tidak melakukan maksiat di siang hari
Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa
Berikut merupakan syarat wajib puasa kecuali
Islam
Mumayyiz
Baligh
Berakal
Rukun puasa ada
3
4
1
2
Apakah perkara yang membatalkan puasa?
Keluar dari agama Islam
Meninggalkan solat
Pengsan selama 3 jam
Makan 3 pinggan dengan tidak sengaja
