Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM : TAHUN 5 : KATA SENDI NAMA : TATABAHASA

Total questions: 25

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Pekebun yang rajin itu bekerja di kebunnya (a)   pagi hingga petang.


( dari / hingga / sejak )

2.

Penonton terpesona (a)   kemerduan suara peserta terakhir pertandingan nyanyian itu.


( oleh / tentang / terhadap )

3.

Pelukis yang terkenal itu telah menunjukkan bakatnya (a)   pangkuan sekolah.


( dari / sejak / untuk )

4.

Doktor Linggam akan menyampaikan ceramah (a)   kepentingan makanan seimbang pada malam ini.


( tentang / terhadap / untuk )

5.

Kami melawat ke Pulau Langkawi (a)   cuti sekolah yang lalu.


( pada / di / semenjak )

6.

Syafiq dimarahi oleh ayahnya kerana bersikap biadab (a)   neneknya.


( kerana / dengan / antara )

7.

Perjalanan (a)   Ipoh ke Pulau Langkawi dengan kereta mengambil masa lebih kurang setengah jam.


( dari / daripada / di dalam )

8.

Alya dan keluarnya berkelah (a)   Pantai Damai pada hari Ahad minggu ini.


( di / ke / dari )

9.

Lori yang membawa muatan barang keperluan itu (a)   ke Kuala Lumpur.


( ke / di / dari / untuk )

10.

Puan Ros memotong piza itu (a)   beberapa bahagian untuk diagihkan kepada semua tetamu.


( pada / kepada / akan )

11.

Adik Alya tidak sihat menyebabkan dia menangis (a)   semalam lagi.


( dari / pada / akan )

12.

Kemalangan itu berpunca (a)   kecuaian pemandu itu sendiri.


( dari / daripada / kepada )

13.

Kejadian rompakan itu telah berlaku (a)   pukul enam petang semalam.


(sejak / dari / pada / kepada)

14.

Alia amat sayang (a)   ibunya yang telah melahirkannya.


( bagi / untuk / akan )

15.

Jambatan yang menelan belanja RM 3 juta itu dibina (a)   kemudahan penduduk Daerah Kota Bharu apabila tiba musim perayaan.


( demi / kerana / dalam / oleh )

16.

Adik saya yang sedang tidur terkejut (a)   bunyi ketukan pintu yang kuat.


( kerana / bagi / oleh )

17.

Pelakon terkenal itu sangat cantik (a)   bidadari.


( antara / umpama / demi / tentang )

18.

Pilih ayat yang betul.

a)

Ibu tidak ke pasar pada hari Sabtu.

b)

Bola sepak itu ada dengan Hamdan.

c)

Siapakah yang lebih handal di antara mereka berdua ?

d)

Lauk-pauk yang wangi dan enak itu diambil kepada ayah.

19.

Pilih ayat yang betul.

a)

Hadiah ini adalah kepada adik kamu.

b)

Pak Harun bekerja di kebunnya dari pagi hingga petang.

c)

Imran tinggal dengan datuk dan neneknya sejak dari kecil.

d)

Encik Kadir gemar akan buah durian yang berasal daripada Kuala Lipis.

20.

__________ kejadian ragut itu, Cik Sahirah tidak berani mengikuti jalan pintas untuk pergi ke tempat kerjanya

a)

Sejak

b)

Untuk

c)

Demi

d)

Daripada

21.

Pilih ayat yang betul.

a)

Sebagai murid, kita hendaklah bijak membahagikan masa dalam pelajaran dan aktiviti riadah.

b)

Pak Abu bekerja keras di kebunnya demi kehidupan dan keluarganya yang lebih selesa.

c)

Suasana di restoren itu jelas kelihatan dari jendela kaca tempat penginapannya.

22.

Pilih ayat yang betul.

a)

Perabot yang dibuat oleh kayu jati sangat mahal.

b)

Perabot yang dibuat dari kayu jati sangat mahal.

c)

Perabot yang dibuat daripada kayu jati sangat mahal.

d)

Perabot yang dibuat kepada kayu jati sangat mahal.

23.

Pilih ayat yang betul.

a)

Bapa Ahmad meninggal dunia dalam kemalangan ngeri itu.

b)

Bapa Ahmad meninggal dunia sejak kemalangan ngeri itu.

c)

Bapa Ahmad meninggal dunia tentang kemalangan ngeri itu.

d)

Bapa Ahmad meninggal dunia semenjak kemalangan ngeri itu.

24.

Pilih ayat yang betul.

a)

Ahmad dan Alia sedang berbual demi berita yang hangat pada hari ini.

b)

Ahmad dan Alia sedang berbual tentang berita yang hangat pada hari ini.

c)

Ahmad dan Alia sedang berbual antara berita yang hangat pada hari ini.

25.

Pilih ayat yang betul.

a)

Dewan serbaguna itu dibina untuk kegunaan orang sekitar untuk mengadakan majlis.

b)

Dewan serbaguna itu dibina bagi kegunaan orang sekitar untuk mengadakan majlis.

c)

Dewan serbaguna itu dibina akan kegunaan orang sekitar untuk mengadakan majlis.