wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Geografi T1: Bab 8 Penduduk Di Malaysia

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Kawasan berpenduduk padat mempunyai ramai penduduk kerana terdapat kegiatan ekonomi yang memberangsangkan.
a)
Betul
b)
Salah
2.
Banyak tertumpu di kawasan pertanian, pesisir pantai dan bandar kecil. Kenyataan ini merujuk kepada
a)
Kawasan berpenduduk padat
b)
Kawasan berpenduduk sederhana padat
c)
Kawasan berpenduduk jarang
3.
Shah Alam merupakan kawasan yang mempunyai kepadatan sederhana
a)
Betul 
b)
Salah
4.
Faktor suhu yang sejuk seperti di kawasan tanah tinggi menyebabkan ramai penduduk yang akan berpindah ke kawasan tersebut
a)
Betul
b)
Salah
5.

Berikut merupakan taburan penduduk KECUALI...

a)

Kemudahan Infrastruktur

b)

Berpenduduk Padat

c)

Berpenduduk Sederhana Padat

d)

Berpenduduk Jarang

6.

Taburan Penduduk Padat Di Malaysia ialah

a)

Pedalaman Semenanjung Malaysia

b)

Banjaran Titiwangsa

c)

Dataran Kedah-Perlis

d)

Pantai Timur Semenanjung Malaysia

7.

Yang Manakah Bukan Faktor Yang Mempengaruhi Kawasan Berpenduduk Padat Di Malaysia?

a)

Kaki Bukit

b)

Tanah Pamah

c)

Pergunungan

d)

Tanah Beralun

8.

Mengapakah taburan penduduk Malaysia tidak sekata?

a)

Iklim yang tidak sesuai

b)

Jumlah penduduk terhad

c)

Bentuk muka bumi berbeza

d)

Kekurangan kemudahan pengangkutan

9.

-jenis kemudahan asas jalan raya

-kegiatan ekonomi ialah pertanian


Berdasarkan ciri dalam maklumat di bawah, nyatakan jenis kepadatan penduduknya.

a)

penduduk padat

b)

penduduk sederhana padat

c)

penduduk jarang

d)

penduduk sangat jarang

10.

-Kuching

-Kota Bahru


Apakah jenis kepadatan penduduk di kawasan dalam maklumat di bawah ini?

a)

penduduk padat

b)

penduduk sederhana padat

c)

penduduk jarang

d)

penduduk sangat jarang

11.

-Kerteh

-Miri


Apakah jenis pekerjaan yang dapat dikaitkan dengan kawasan dalam maklumat di bawah ini yang telah menarik ramai penduduk berhijrah?

a)

Nelayan

b)

Petani

c)

Peneroka FELDA

d)

Pekerja pelantar minyak

12.

-Bangi

-Skudai


Apakah persamaan antara kedua-dua kawasan dalam maklumat di bawah ini?

a)

Jumlah penduduk sama

b)

Kepadatan penduduk terhad

c)

Darjah ketersampaian rendah

d)

Kepadatan penduduk dipengaruhi oleh sektor pendidikan

13.

-tanah pamah

-tanah tinggi

-pinggir laut dan saliran


Berikut merupakan faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia dari segi;

a)

Faktor ekonomi

b)

Faktor fizikal

c)

Faktor sosial

d)

Dasar kerajaan

14.

-insfrastruktur

-pendidikan


Berikut merupakan faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia dari segi;

a)

Faktor fizikal

b)

Faktor ekonomi

c)

Faktor sosial

d)

Dasar kerajaan/governan

15.

-pertanian

-perlombongan

-perikanan

-perindustrian


Berikut merupakan faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia dari segi;

a)

Faktor fizikal

b)

Dasar kerajaan/governan

c)

Faktor ekonomi

d)

Faktor sosial

16.

-pembukaan bandar baharu


Berikut merupakan faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia dari segi;

a)

Faktor ekonomi

b)

Dasar kerajaan/governan

c)

Faktor fizikal

d)

Faktor sosial

17.

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan taburan penduduk di Malaysia ?

a)

Taburan penduduk tidak sekata

b)

Taburan penduduk sekata di seluruh negara

c)

Penduduk bertumpu di kawasan bandar sahaja

d)

Penduduk bertumpu di kawasan pendalaman

18.

Mengapakah kebanyakkan bandar utama mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi ?

a)

Kos hidup yang rendah

b)

Banyak Peluang pekerjaan

c)

Penduduk berbilang kaum

d)

Keadaan yang selamat dan aman

19.

Apakah faktor yang menyebabkan kawasan pendalaman Sarawak berpenduduk jarang ?

a)

Kawasan rata dan rendah

b)

Berhutan tebal

c)

Sempadan dengan negara jiran

d)

Pusat perlombongan sumber mineral

20.

Kawasan berpenduduk padat bermaksud

a)

kurang dari 50 org sekilometer persegi

b)

50-200 orang sekilometer persegi

c)

lebih dari 200 orang sekilometer persegi

d)

tiada satu pun di atas