wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

[GOLONGAN KATA]

Total questions: 110

Worksheet time: 37mins

Name
Class
Date
1.

Adam lebih tinggi ______________ Afiq.

a)

di

b)

daripada

c)

dari

2.

Kebanyakan pekerja ___________ syarikat itu berasal ________________ Bangladesh.

a)

di, ke

b)

ke, dari

c)

di, dari

3.

Buku latihan Ramu ada ________________ Cikgu Atiqah.

a)

di

b)

pada

c)

antara

4.

Keluarga Puan Ling telah berpindah ________ Kuala Lumpur empat bulan yang lalu.

a)

daripada

b)

ke

c)

untuk

5.

Ayah membelah kayu api itu ________ sebilah kapak.

a)

dengan

b)

dari

c)

kepada

6.

Murid itu menerima hadiah ________ Guru Besar.

a)

daripada

b)

ke

c)

di

7.

Babu menghantar buku latihan ini ______ ketua kelas.

a)

untuk

b)

dari

c)

kepada

8.

Shafiq membeli beberapa buku lukisan ________ adiknya.

a)

di

b)

dari

c)

untuk

9.

Apakah hubungan ____________ Azmi dengan Fatihah ?

a)

pada

b)

daripada

c)

antara

10.

__________ petang itu, Sharvin tidak menghadiri majlis perkahwinan kawannya.

a)

Pada

b)

Akan

c)

Di

11.

Gerakan mencari mangsa Bot karam itu akan diteruskan __________ pagi esok.

a)

sejak

b)

hingga

c)

daripada

12.

Angin monsun timur laut dijangka akan bertiup kencang ___________ bahagian utara.

a)

di

b)

ke

c)

hingga

13.

Nadiah memasukkan sampah ________ dalam tong sampah.

a)

di

b)

ke

c)

pada

14.

Sepasang baju kurung biru itu dibelinya ___________ ibu di kampung.

a)

untuk

b)

kepada

c)

daripada

15.

Pisau yang dibeli oleh ibu sangat …………………

a)

tajam

b)

lurus

16.

Suara penyanyi itu sangat …………………

a)

sedap

b)

merdu

17.

Bayi jiran sebelah saya sangat …………………

a)

cantik

b)

comel

18.

Bola sepak di stor berbentuk …………………

a)

bulat

b)

buncit

19.

Wanita yang berbaju ………………… merupakan ibu saya.

a)

bunga

b)

merah

20.

Perhubungan abang dengan saya sungguh ___________.

a)

Ketat

b)

Erat

21.

Ramesh membawa tali yang _____________ untuk mengikatnya pada pokok.

a)

Panjang

b)

Tinggi

22.

Ali mendapat tempat pertama dalam pertandingan kerana dia lari dengan ________________.

a)

Pantas

b)

Cepat

23.

Buah mangga yang baru dipetik dari pokok itu sangat __________.

a)

Cantik

b)

Manis

24.

Rantai emas yang ________ itu dihadiahkan oleh ayah saya.

a)

Lama

b)

Mahal

25.

Masa menjawab soalan itu __________ tamat.

a)

sudah

b)

lalu

c)

mesti

d)

sedang

26.

Dalam pertandingan bola sepak itu, pasukan sekolah Ali ___________ kalah.

a)

sudah

b)

telah

c)

masih

d)

hendak

27.

Encik Ahmad ___________ melawat jirannya di hospital.

a)

dapat

b)

hendak

c)

boleh

d)

harus

28.

Amir Izzat __________ mandi ketika saya ke rumahnya.

a)

mesti

b)

harus

c)

mahu

d)

sedang

29.

Anitha _______ makan sejak pagi tadi.

a)

belum

b)

bukan

c)

tidak

30.

Lelaki itu _______ bapa saya.

a)

belum

b)

bukan

c)

tidak

31.

Azman_______ pergi ke sekolah pada hari itu.

a)

belum

b)

bukan

c)

tidak

32.

Guru itu sering dipuji_______ rajin bekerja.

a)

atau

b)

jika

c)

agar

d)

kerana

33.

Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah________ baik hati.

a)

dan

b)

tetapi

c)

manakala

d)

walaupun

34.

Rumainah bersorak terlalu kuat_______suaranya serak.

a)

hingga

b)

tatkala

c)

setelah

d)

supaya

35.

Pencuri memasuki rumah itu ________ penghuninya sedang tidur nyenyak.

a)

agar

b)

ketika

c)

hingga

d)

setelah

36.

Encik Azmeer akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada minggu hadapan _________ bulan hadapan?

a)

dan

b)

lalu

c)

atau

d)

maka

37.

Kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal ________ sebuah lori.

a)

atau

b)

hingga

c)

dan

d)

kecuali

38.

Kakinya bengkak _______ disengat oleh seekor lebah.

a)

kerana

b)

agar

c)

tetapi

d)

kalau

39.

Puan Murni bukan sahaja tekun bekerja _______ dia juga seorang suri rumah tangga yang baik.

a)

malahan

b)

dan

c)

bahawa

d)

kerana

40.

Pekerja bengkel itu sedang membaiki kereta ______ pengurusnya sedang melayan pelanggan.

a)

bahawa

b)

manakala

c)

atau

d)

sambil

41.

Banjir _____ gempa bumi merupakan bencana alam yang sering berlaku di sesetengah negara.

a)

supaya

b)

dan

c)

hingga

d)

kecuali

42.

_____ , teriknya cahaya matahari sejak kebelakangan ini!

a)

Oh

b)

Cis

c)

Nah

d)

Syabas

43.

______, kamu juga suka datang berenang di sini!

a)

Eh

b)

Hai

c)

Wahai

d)

Amboi

44.

______ , cepatnya adik kamu mengira!

a)

Hai

b)

Wah

c)

Aduh

d)

Aduhai

45.

“ _____, berani kamu semua mengganggu keamanan kampung ini!” kata ketua kampung dengan marah.

a)

Amboi

b)

Cis

c)

Ah

d)

Oh

46.

_____, cantik sungguh gaun yang dipakai oleh pengantin itu!

a)

Eh

b)

Oh

c)

Aduhai

d)

Wah

47.

_____, malangnya mangsa kebakaran yang tinggal sehelai pinggang itu!

a)

Aduhai

b)

Aduh

c)

Cis

d)

Ah

48.

“ ____ , kumpulan kamu telah menjuarai pertandingan ini!” kata Cikgu Kumaran kepada Malek dan kawan-kawannya.

a)

Wahai

b)

Syabas

c)

Oh

d)

Nah

49.

_____, ambilah buku cerita yang kamu mahu!

a)

Amboi

b)

Hai

c)

Nah

d)

Eh

50.

“ _____ murid-murid, ingatlah pesanan kedua-dua orang tua kamu!” nasihat cikgu Mark.

a)

Wahai

b)

Wah

c)

Hai

d)

Eh

51.

_____, sakitnya dahiku!

a)

Aduh

b)

Wah

c)

Aduhai

d)

Cis

52.

_____, terimalah tumbukanku yang hebat ini!

a)

Nah

b)

Oh

c)

Cis

d)

Hai

53.

_____, Chee Han! Sudah lama tidak berjumpa dengan kamu.

a)

Nah

b)

Wahai

c)

Hai

d)

Amboi

54.

_____, susah betul soalan peperiksaan akhir tahun!

a)

Cis

b)

Oh

c)

Wah

d)

Syabas

55.

_____, aku tidak bersetuju dengan pendapat kamu itu!

a)

Ah

b)

Wah

c)

Hai

d)

Wahai

56.

___, ramping ibu kamu, Zaleha!

a)

Amboi

b)

Cis

c)

Aduhai

d)

Syabas

57.

“__________ polis menyaman pemuda itu?” tanya Amin kepada Syukri.

a)

Mengapakah

b)

Kenapa

c)

Siapakah

d)

Manakah

58.

Tan, _________ abang kamu hendak makan mee goreng ini?

a)

kenapakah

b)

bilakah

c)

bagaimanakah

d)

kenapa

59.

“_________ yang menyebabkan Lim dan Rawi bergaduh? Tan atau Abu?”

a)

Siapakah

b)

Apakah

c)

Mengapakah

d)

Bila

60.

“_________ warna kereta abang kamu yang baru itu?” tanya Lan kepada Tina.

a)

Apakah

b)

Manakah

c)

Apa

d)

Mana

61.

Budak itu menyorokkan buku cerita Ahmad di __________?

a)

manakah

b)

mana

c)

apakah

d)

bila

62.

___________ Kadir dikatakan sebagai kaki bangku oleh kawan-kawannya?

a)

Mengapakah

b)

Kenapa

c)

Siapakah

d)

Kenapakah

63.

Najihah tergesa-tergesa untuk pulang ke rumahnya ___________?

a)

Siapakah

b)

Kenapakah

c)

Megapakah

d)

Kenapa

64.

Di _________ pertandingan melukis poster sempena hari ulang tahun kemerdekaan akan diadakan?

a)

siapakah

b)

kenapa

c)

manakah

d)

bila

65.

Ayah kamu pergi ke Tawau _________?

a)

bilakah

b)

berapakah

c)

bila

d)

bagaimanakah

66.

_________ yang sudi menjelaskan kepada saya,bagaimana kejadian itu boleh berlaku?

a)

Siapakah

b)

Berapakah

c)

Manakah

d)

Mengapakah

67.

Nama guru kamu yang tinggal di Sungai Chua, Kajang itu __________?

a)

apakah

b)

apa

c)

mana

d)

siapakah

68.

___________ dia boleh sampai ke Malaysia?

a)

Siapakah

b)

Mengapakah

c)

Bila

d)

Bagaimanakah

69.

“___________ kamu pergi ke rumahnya petang semalam?” tanya Kamarul.

a)

Mana

b)

Bilakah

c)

Mengapakah

d)

Siapakah

70.

__________ jumlah gula-gula dalam botol itu?

a)

Berapakah

b)

Mengapakah

c)

Apakah

d)

Bilakah

71.

__________ Roxanne boleh terjatuh ke dalam longkang?

a)

Bagaimanakah

b)

Mengapakah

c)

Bilakah

d)

Mana

72.

Mak __________________ selepas menebas Lalang di kebunnya.

a)

Rehat

b)

Berehat

c)

Direhat

d)

Merehatkan

73.

Ayah _______________ kereta semasa memasuki Kawasan persekolahan.

a)

Memperlahankan

b)

Memecut

c)

Melewatkan

d)

Melambatkan

74.

Ramai murid __________________ pertandingan pidato.

a)

Berserta

b)

Sertai

c)

Menyertai

d)

Menyertakan

75.

Kakak sedang ______________ pokok bunga.

a)

Bersiram

b)

Tersiram

c)

Menyiram

d)

Disiram

76.

Ikan ______________ oleh nelayan.

a)

Menangkap

b)

Tangkap

c)

Menangkapkan

d)

Ditangkap

77.

“Kanak-kanak itu bertambah comel”. Ayat ini digolongkan dalam kata kerja tak transitif menggunakan ___________.

a)

Kata adjektif sebagai pelengkap

b)

Frasa sendi nama sebagai pelengkap

c)

Kata nama sebagai pelengkap

78.

Pilih AYAT AKTIF yang sesuai bagi ayat berikut : Rumah itu telah kami cat bersama-sama.

a)

Kami telah mengecat rumah itu bersama-sama.

b)

Rumah itu dicat oleh kami.

c)

Rumah itu dicat oleh kami bersama-sama.

d)

Kami cat rumah itu bersama-sama.

79.

Abang ______________ motosikal ke sekolah.

a)

Ditunggang

b)

Menunggang

c)

Membonceng

d)

Mengayuh

80.

Naim _______ tali kasutnya dengan kemas sebelum turun bermain bola di padang.

a)

Menarik

b)

Menyentuh

c)

Memegang

d)

Mengikat

81.

Lee dikatakan _____ kerana tidak tahu menghargai hadiah yang diberi oleh kawannya.

a)

bagai itik pulang petang

b)

bagai kera dapat bunga

c)

bagai bertepuk sebelah tangan

d)

bagai menatang minyak yang penuh

82.

Linda dengan Faris _____ kerana selalu membantu antara satu sama lain dalam mata pelajaran.

a)

Bagai aur dengan tebing

b)

Cantik bagai bidari

c)

Bagai dakwat dengan kertas

d)

Bagai anjing dengan kucing

83.

Mina selalu ____ kerana mudah percaya orang lain.

a)

Seperti katak di bawah tempurung

b)

Bagai aur dengan tebing

c)

Ibarat air di daun keladi

d)

Cerdik bagai ekor kerbau

84.

Berikan maksud yang betul bagi jimat cermat membawa berkat.

a)

Masa itu berharga

b)

Sikap berjimat akan mendatangkan faedah

c)

Membaca adalah penting

d)

Janji hendaklah ditunaikan

85.

Berikan maksud yang betul bagi bertangguh itu mencuri masa.

a)

Kata- kata pedas dapat menyinggung persaan seseorang

b)

Masa itu berharga

c)

Bahasa adalah lambang keperibadian sesuatu masyarakat

d)

Melakukan kerja dengan bertangguh akan merugikan diri sendiri

86.

Berikan maksud betul bagi Bahasa Jiwa bangsa.

a)

Pertuturan seseorang membolehkan seseorang itu diketahui bangsanya

b)

Bahasa merupakan satu identiti atau lambang sesuatu negara

c)

Setiap janji hendaklah ditunaikan

d)

Ilmu pengetahuan itu dapat ditingkatkan melalui pembacaan

87.

Berikan maksud yang betul bagi kata mesti dikota.

a)

Setiap janji hendaklah ditunaikan

b)

Ditimpa masalah beberapa kali

c)

Satu pengharapan yang musnah

d)

Lelaki yang mencari perempuan

88.

Berikan maksud yang betul bagi ilmu pelita hidup.

a)

Satu pengharapan yang musnah

b)

Lelaki yang mencari perempuan

c)

Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan

d)

Kerja bertangguh tidak membawa manfaat

89.

Masa tidak boleh diganti dan dibeli kerana __________.

a)

Kata dikota

b)

Masa itu emas

c)

Bersekutu bertambah mutu

d)

Membaca jambatan ilmu

90.

Ibu selalu menasihati Aiman agar banyak membaca kerana ___________.

a)

Masa itu emas

b)

Membaca jambatan ilmu

c)

Bahasa jiwa bangsa

d)

Badan sihat otak cergas

91.

Jangan terlalu percaya kepada Yu Wen yang dikatakan _______ itu.

a)

Musang berbulu ayam

b)

Rosak badan kerana mulut

c)

Ada udang di sebalik batu

d)

Belakang parang kalau diasah akan tajam juga

92.

Prestasi syarikat Wen Hon seperti ____________kerana mengalami naik turun sejak kebelakangan ini.

a)

Ada rupa ada harga

b)

Alah bisa tegal biasa

c)

Ada pasang ada surut

d)

Ada udang di sebalik batu

93.

Peniaga yang _______ pandai mengambil hati pelanggannya.

a)

Ada rupa ada harga

b)

Alah bisa tegal biasa

c)

Bertanam tebu di tepi bibir

d)

Biar putih tulang, jangan putih mata

94.

Kota raya Kuala Lumpur merupakan sebuah tempat yang ____ bagi pendatang asing.

a)

Ada rupa ada harga

b)

Ada gula ada semut

c)

Indah khabar daripada rupa

d)

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

95.

Pelancong-pelancong dari luar negara berasa hampa kerana pulau peranginan itu _______

a)

Ada pasang ada surut

b)

Menanam tebu di tepi bibir

c)

Indah khabar daripada rupa

d)

Harapkan pagar, pagar makan padi

96.

Perbalahan antara dua orang besar dalam syarikat itu menyebabkan kebajikan kakitangan terabai. Begitulah jika __________________________.

a)

Gajah dengan gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah

b)

Genggam bara api biar sampai jadi arang

c)

Duduk sama rendah berdiri sama tinggi

d)

Gajah mati kerana gadingnya

97.

Carol sudah pun menempuh peralatan pejabat, sedangkan perniagaannya belum lagi bermula.


Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

Burung terbang dipipiskan lada

b)

Diam penggali berkarat

c)

Bertanam tebu di bibir

d)

Alah bisa tegal biasa

98.

Tahun ini merupakan tahun yang malang dalam kehidupan Ameera. Setelah kematian ibunya, bapanya pula ditimpa kemalangan. Hidupnya ibarat _________________.

a)

Alah sabung menang sorak

b)

Antah patah lesung hilang

c)

Ada gula ada semut

d)

Ada rupa ada harga

99.

“Tindakan lelaki itu berbaik-baik dengan Zura pasti _______________________,” kata Munirah kepada Adawiyah.

a)

Alah sabung menang sorak

b)

Antan patah lesung hilang

c)

Ada udang di sebalik batu

d)

Alah bisa tegal biasa

100.

Tidak perlu kamu menyesali perbuatan yang telah lalu kerana ___________.

a)

Sambil menyelam minum air

b)

Nasi sudah menjadi bubur

c)

Lain di mulut lain di hati

d)

Musang berbulu ayam

101.

Adakah dua perumpamaan di bawah memberi maksud yang sama?


🡪 Bagai pinang dibelah dua.

🡪Seperti cincin dengan permata.

a)

Ya

b)

Tidak

102.

Adakah dua perumpamaan di bawah memberi maksud yang sama?


🡪 Seperti abu di atas tunggul

🡪Seperti telur di hujung tanduk

a)

Ya

b)

Tidak

103.

Pilih perumpamaan yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan.


🡪 Mereka sentiasa bergaduh jika bertemu.

a)

Seperti cincin dengan permata.

b)

Seperti anjing dengan kucing

104.

Pilih perumpamaan yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan.


Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik Izkram masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.

a)

Bagai itik pulang petang

b)

Bagai Bertih Digoreng

105.

Pilih perumpamaan yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan.


Persahabatan antara Halil dan juga Hamzah sangat baik. Ini kerana mereka telah berkawan sejak di bangku sekolah hinggalah kedua-dua mereka sudah berumah tangga.

a)

Bagai isi dengan kuku

b)

Bagai pinang dibelah dua.

106.

Adakah maksud perumpamaan yang dibagi adalah betul?


Seperti api dalam sekam - Orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada

a)

Ya

b)

Tidak

107.

Adakah maksud perumpamaan yang dibagi adalah betul?


Seperti bertih digoreng - Bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti

a)

Ya

b)

Tidak

108.

Pilih maksud perumpamaan yang betul.


[Bagai aur dengan tebing]

a)

Bunyi jatuh yang kuat

b)

Tolong-menolong antara satu dengan yang lain

c)

Kecantikan gadis yang tiada bandingannya

109.

Pilih maksud perumpamaan yang betul.


[Bagai duri dalam daging]

a)

Perasaan yang sangat pedih

b)

tidak tahu menghargai pemberian orang lain

c)

Sesuatu hal yang tidak menyenangkan

110.

Pilih maksud perumpamaan yang betul.


[Burung terbang dipipiskan lada]

a)

Mengharapkan sesuatu yang belum pasti.

b)

Dalam keadaan yang berbahaya.

c)

Orang berilmu yang merendah diri tidak akan hilang ilmunya