Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latih Tubi Objektif 1 - Sains SPM

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Natrium merupakan bahan logam yang sangat reaktif. Sebagai langkah keselamatan dan perlindungan diri, peralatan manakah yang sesuai digunakan untuk memegang natrium di dalam makmal?

a)

Spatula

b)

Forceps

c)

Rod kaca

d)

Pemegang kayu

2.

Rajah 2 menunjukkan salah satu alat pemadam kebakaran. Antara yang berikut, yang manakah sesuai menggunakan alat pemadam kebakaran ini?

a)

Api melibatkan peralatan elektrik

b)

Api memasak melibatkan minyak dan gris

c)

Cecair mudah terbakar seperti petroleum

d)

Pepejal mudah terbakar seperti kertas dan kayu

3.

Di manakah anda perlu meletakkan genggaman apabila melakukan Hemlich Manouevre?

a)

Di bawah jantung

b)

Di atas jantung

c)

Di bawah pusat

d)

Di atas pusat

4.

Apakah kepentingan suhu badan yang normal?

a)

Menjadikan badan kita sihat

b)

Mengelakkan dari serangan kanser berbahaya

c)

Memastikan badan kita berfungsi pada tahap yang optimum

d)

Memastikan badan kita tidak tercedera

5.

Seseorang itu menunjukkan tanda-tanda berikut. Bantuan kecemasan yang manakah patut diberikan?

a)

Pensterilan

b)

Pembalut tangan

c)

Resusitasi kardiopulmonari (CPR)

d)

Heimlich Manoeuvre

6.

Jadual di atas menunjukkan contoh bahan sisa yang tidak boleh dibuang di dalam sinki. Berdasarkan contoh di atas, kenal pasti pernyataan yang benar bagi bahan sisa di atas.

a)

Sianida dan merkuri merupakan bahan bertoksik dan sangat beralkali.

b)

Sianida merupakan bahan bertoksik, merkuri merupakan logam berat.

c)

Sianida merupakan bahan yang terlalu beralkali, merkuri merupakan bahan meruap.

d)

Sianida sangat mudah meruap, merkuri merupakan bahan sisa organik.

7.

Antara yang berikut, yang manakah trait manusia menunjukkan variasi tak selanjar?

a)

Ketinggian

b)

Berat badan

c)

Kumpulan darah

d)

Kepintaran

8.

Pembiakbakaan dalam bidang pertanian menghasilkan tanaman dengan ciri-ciri tertentu yang diingini. Antara yang berikut, yang manakah tidak benar tentang kepentingan pembiakbakaan dalam penghasilan tanaman varieti baru?

a)

Ia mengekalkan spesis yang sama

b)

Ia meningkatkan hasil tanaman

c)

Ia meningkatkan nilai nutrisi tanaman

d)

Ia menghasilkan varieti baharu yang lebih tahan terhadap penyakit

9.

Johan mengalami pembengkakan di bahagian lehernya. Kelenjar yang manakah menyebabkan masalah ini?

a)

Testis

b)

Kelenjar tiroid

c)

Kelenjar pituitari

d)

Pankreas

10.

Jadual di atas menunjukkan keputusan yang diperoleh daripada sebuah kajian. Apakah kesimpulan kajian ini?

a)

Seseorang yang lebih muda mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih rendah.

b)

Semakin lasak aktiviti senaman yang dilakukan, semakin tinggi kadar denyutan nadi.

c)

Perempuan mempunyai kadar denyutan nadi lebih tinggi berbanding lelaki.

d)

Kadar denyutan nadi atlet lebih rendah berbanding dengan bukan atlet