WorksheetsPENANG 2020
Total questions: 44
Worksheet time: 46mins
Pernyataan manakah benar tentang faktor pengeluaran?
Tanah merupakan sumber yang diekstrak dari bumi dan lautan
Modal mempunyai penawaran yang terhad yang menyebabkan harganya meningkat secara berterusan
Buruh merupakan individu yang menggabungkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan output
Usahawan adalah indivdiu yang memberikan hasil pengeluaran secara produktif sama ada secara fizikal dan mental
Pernyataan di bawah menunjukkan satu masalah ekonomi.
Siapakah yang mungkin menghadapi masalah ekonomi di atas?
Syarikat Silika Sdn Bhd
Jabatan Pengangkutan Jalan
Encik Zamarul
Pemilik Amani Enterprise
Jadual di bawah menunjukkan dua barang yang dikeluarkan oleh satu firma.
Jika pihak pengurusan firma tersebut mengambil keputusan untuk mengubah kaedah pengeluaran daripada P kepada Q, berapakah unit meja yang terpaksa dilepaskan?
15 unit
20 unit
40 unit
75 unit
Maklumat di bawah menunjukkan ciri sistem ekonomi sebuah negara.
Pernyataan manakah yang mewakili Q?
Wujud mekanisme harga
Kebajikan masyarakat diutamakan
Persaingan yang bebas antara pengeluar
Motif pengeluaran firma adalah memaksimumkan keuntungan
Apakah sistem ekonomi yang menggunakan mekanisme pasaran untuk menentukan jenis barang yang dikeluarkan?
Sistem ekonomi sosialis
Sistem ekonomi campuran
Sistem ekonomi ‘laissez-faire’
Sistem ekonomi perancangan pusat
Rajah di atas menunjukkan keluk permintaan telefon bimbit jenama OPPAH.
Apakah faktor yang menyebabkan pergerakan titik a ke titik b?
Harga telefon bimbit OPPAH menurun
Citarasa pengguna terhadap telefon bimbit OPPAH meningkat
Jangkaan harga masa depan telefon bimbit jenama OPPAH menurun
Kecanggihan teknologi dalam pembuatan telefon bimbit jenama OPPAH
Jadual di bawah menunjukkan harga barang X dan kuantiti diminta barang Y.
Berdasarkan jadual di atas, yang manakah boleh mewakili barang X dan barang Y?
Barang X - Kopi
Barang Y - Gula
Barang X - Kasut
Barang Y - Stoking
Barang X - Ayam
Barang Y - Ikan
Barang X - Kerusi
Barang Y - Meja
Pernyataan manakah benar tentang konsep penawaran?
Keluk penawaran mencerun ke bawah dari kiri ke kanan
Kuantiti sesuatu barang dan perkhidmatan yang ingin dikeluarkan oleh firma padasatu tingkat harga
Kuantiti sesuatu barang dan perkhidmatan yang sanggup dikeluarkan oleh firmapada satu tingkat harga tertentu dan dalam tempoh masa tertentu
Kuantiti sesuatu barang dan perkhidmatan yang sanggup dikeluarkan oleh isirumah pada satu tingkat harga tertentu dan dalam tempoh masa tertentu
Apakah kesan kepada pasaran sesuatu barang jika permintaannya bertambah tetapi penawarannya adalah tetap?
Wujud lebihan penawaran
Harga cenderung menurun
Harga keseimbangan meningkat
Kuantiti keseimbangan meningkat
Jadual di bawah menunjukkan peratus perubahan harga (% P) dan peratus perubahan kuantiti diminta (% Q ) bagi dua jenis barang.
Pernyataan manakah yang betul tentang maklumat dalam jadual di atas?
Contoh barang S ialah minyak masak
Jenis keanjalan barang R ialah anjal
Pengeluar perlu menurunkan harga barang S untuk memaksimumkan hasil
Apabila harga barang R naik sebanyak 2%, kuantiti diminta turun sebanyak 4%
Sesuatu barang mempunyai keanjalan harga penawaran anjal jika barang tersebut
dikeluarkan dalam jangka masa panjang
dikeluarkan oleh sebuah firma sahaja dalam pasaran
memerlukan faktor pengeluaran yang sukar diperoleh
boleh ditambahkan pengeluarannya dengan kos yang sedikit
Jadual di bawah menunjukkan kuantiti baju kurung yang ditawarkan oleh tiga penjual pada pelbagai tingkat harga dalam pasaran.
Apakah harga keseimbangan pasaran jika kuantiti permintaan pasaran ialah sebanyak 220 helai?
RM20
RM30
RM40
RM50
Gambar di bawah menunjukkan sebuah institusi kewangan di Malaysia.
Antara yang berikut, manakah merupakan fungsi institusi kewangan tersebut?
Menyediakan akaun penjelasan antara bank
Menjadi sumber pinjaman terakhir
Mendiskaun bil pertukaran
Menerima deposit
Maklumat berikut berkaitan dengan kemudahan pembayaran oleh institusi kewangan.
Perkhidmatan bank perdagangan manakah yang sesuai digunakan oleh Puan Zahirah?
Draf bank
Debit langsung
Pindahan kredit
Perintah sedia ada
Maklumat berikut mengenai kewangan Cik Halimah pada bulan Februari.
Berapakah pendapatan boleh guna Cik Halimah pada bulan tersebut?
RM1 193.50
RM1 243.50
RM1 543.50
RM1 943.50
Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu pelaburan.
Berapakah pulangan pelaburan yang diterima oleh Encik Arif jika beliau menjualkan lot kedai itu sekarang?
RM55 000
RM84 000
RM139 000
RM660 000
Rajah di bawah menunjukkan proses pengeluaran keropok ikan dalam jangka masa pendek.
Apakah input tetap yang terlibat dalam proses tersebut?
Mesin
Pekerja dan mesin
Ikan,tepung dan mesin
Ikan, tepung dan pekerja
Jadual di bawah menunjukkan input dan keluaran sebuah firma.
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang jadual tersebut?
Proses pengeluaran adalah dalam jangka masa pendek
Proses pengeluaran adalah dalam jangka masa panjang
Keluaran marginal untuk input berubah ke- 9 ialah 600 unit
Keluaran purata untuk input berubah ke-12 unit ialah 200 unit
Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos pada pelbagai tingkat keluaran.
Berapakah jumlah kos tetap pada tingkat keluaran ke-4?
RM28
RM36
RM48
RM76
Maklumat di bawah berkaitan dengan kos pengeluaran sebuah firma.
Berapakah kos sut firma ABC?
RM133.33
RM186.04
RM195.34
RM200.00
Mengapakah kerajaan bukan sahaja menyediakan barang awam di bandar dan di luarbandar?
Kos pengeluaran yang murah
Meningkatkan kebajikan rakyat
Meningkatkan pendapatan penduduk di luar bandar
Mewujudkan persaingan antara penduduk dengan luar bandar
Pernyataan manakah yang betul tentang pasaran monopoli semula jadi?
Harga barangan ditentukan kerajaan
Firma bebas bersaing dalam pengeluaran
Berlaku kebebasan keluar masuk pasaran
Keluaran firma mempunyai pengganti yang hampir
Apakah kesan dasar harga maksimum terhadap pengguna?
Kebajikan pengguna dapat dijaga
Meningkatkan penawaran pengeluar
Memaksimumkan pendapatan kerajaan
Memastikan semua rakyat mendapat barang kehendak
Bagaimanakah pelaksanaan cukai karbon oleh kerajaan dapat mengawal selia pengeluar?
Mengurangkan modal pengeluar
Mengawal kuantiti barang yang dijual
Mengawal kualiti barang yang dikeluarkan
Mengawal kadar pencemaran dalam pengeluaran
Rajah di bawah berkaitan dengan satu jenis inflasi.
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan rajah di atas?
Inflasi Kitaran
Inflasi Sederhana
Inflasi Tolakan Kos
Inflasi Tarikan Permintaan
Pasangan manakah yang betul tentang cukai langsung dan cukai tidak langsung?
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan cukai progresif?
Contoh cukai progresif adalah cukai pendapatan syarikat
Kadar cukai semakin meningkat apabila pendapatan meningkat
Kadar cukai adalah tetap apabila keuntungan syarikat bertambah
Jumlah cukai yang dibayar adalah sama bagi setiap pembayar cukai
Pernyataan manakah benar mengenai syarikat multinasional?
Semua cawangan dikawal oleh firma induk
Pemindahan teknologi berlaku dalam negara sahaja
Semua keuntungan menjadi hak milik firma induk
Contoh syarikat multinasional ialah Syarikat Axiata Group Berhad
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan pelaburan langsung asing?
Melabur dalam bursa saham tempatan
Membina kemudahan pengeluaran di negara sendiri
Bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan
Membuka subsidiari
Apakah kebaikan sekatan perdagangan antarabangsa kepada negara?
Mengurangkan eksport
Meningkatkan peluang pekerjaan
Menambah penawaran barangan import
Mengurangkan permintaan barangan tempatan
Situasi manakah yang direkod dalam Akaun Perkhidmatan?
Firma Bersatu Berhad mengeksport buah buahan segar ke Timur Tengah
Pelabur Malaysia meningkatkan pelaburan dalam sektor pembinaan di India
Pasukan bola sepak Terengganu menggunakan khidmat jurulatih dari England
Kerajaan Malaysia memberi sumbangan kewangan kepada mangsa gempa bumi di Pakistan
Pendapatan sekunder terdiri daripada
sewa
dividen
untung
derma
Situasi manakah yang menyebabkan berlakunya permintaan terhadap RinggitMalaysia?
Petronas membuat pelaburan cari gali petroleum mentah di Turkmenistan.
China meningkatkan penghantaran komponen komponen elektronik ke kilang diShah Alam.
Pelancong Timur Tengah melawat Malaysia dengan menggunakan MalaysiaAirlines Berhad (MAB).
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menghantar pelajar jurusan ekonomimelanjutkan pelajaran ke Jepun.
Maklumat berikut berkaitan dengan kadar pertukaran Dolar Singapura (S$) dan Dolar Amerika Syarikat (US$) dengan Ringgit Malaysia (RM).
Berapakah nilai satu Dolar Amerika Syarikat dalam mata wang Dolar Singapura?A US$1.00 = S$0.50
US$1.00 = S$0.50
US$1.00 = S$1.00
US$1.00 = S$1.50
US$1.00 = S$2.00
Semakin tinggi risiko pelaburan, semakin tinggi pulangan keuntungan.
Betul
Salah
Contoh pelaburan yang berisiko tinggi ialah pelaburan hartanah.
Betul
Salah
Permintaan terhadap Ringgit Malaysia bergantung kepada eksport Malaysia.
Betul
Salah
Hubungan antara eksport Malaysia dengan permintaan terhadap Ringgit Malaysia
adalah negatif.
Betul
Salah
Defisit akaun semasa berlaku apabila berlaku peningkatan dalam pembayaran pendapatan primer dan sekunder.
Betul
Salah
Kesan defisit akaun semasa akan menyebabkan penurunan dalam kadar pertukaran Ringgit Malaysia.
Betul
Salah
Caj kewangan ialah caj yang dikenakan kepada pemegang kad kredit bagi baki yang belum dijelaskan selepas tarikh tamat tempoh.
Betul
Salah
Dalam pembelian kredit, bayaran pendahuluan perlu dipulangkan oleh penjual sekiranya barang tidak dapat diserahkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Betul
Salah
Aktiviti sektor ketiga seperti proses mencari gali kawasan minyak di luar pesisir pantai memerlukan kepakaran jurutera pengeluaran.
Betul
Salah
Peningkatan peluang pekerjaan seperti jururawat dalam sektor ketiga mengurangkan jumlah pengangguran negara.
Betul
Salah
