NEW
Font size
WorksheetsKata Penguat
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Ramai ibu bapa yang mengeluh kerana yuran PIBG sekolah itu tahun ini ...................... tinggi.
nian
agak
benar
sekali
Upah bekerja di kilang besi itu ................ rendah tetapi waktu bekerja pula lama .................. .
paling...nian
terlalu...agak
agak...paling
sungguh...benar
Kanak-kanak ................. mudah terpengaruh akan iklan-iklan makanan ringan yang disiarkan di kaca televisyen.
agak
sekali
benar
sangat
Taat ................ Badrul mematuhi aturan pemakanan setelah dia dinasihati oleh doktor pakar itu.
agak
benar
paling
sangat
Pihak sekolah itu tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk membina sebuah makmal komputer kerana kos pembinaannya .................... tinggi.
terlalu
nian
paling
betul
"Indah ................. pemandangan di sekolah lama saya yang terletak di atas bukit itu," kata Encik Muzafar yang mengenangkan kembali zaman persekolahannya dahulu.
paling
sangat
benar
agak
Aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang berlangsungnya Program Sarana itu .................... menarik.
paling
sangat
terlalu
benar
Gerai Kek Persatuan Sains dan Matematik itu dihias dengan cantik ..................... .
cukup
paling
sekali
terlalu
Amir berasa gusar .................... kerana kesalahannya di sekolah diketahui oleh ayah dan ibunya.
paling
begitu
terlalu
sekali
Heliza murid yang ...................... dalam kelas Tingkatan Tiga Maju telah dipilih sebagai Tokoh Murid.
baik nian
paling bijak
lemah sekali
berani sungguh
