wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ETIKA KAUNSELING KERJAYA

Total questions: 10

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Etika mengikut Kamus Dewan membawa kepada dua pengertian iaitu :

a)

Etika ialah ilmu yang berkaitan dengan prinsip-prinsip akhlak atau moral.

b)

Etika ialah ilmu yang menyelidiki mana yang baik dan mana yang buruk dengan memperhatikan amal perbuatan manusia.

c)

Prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan.

2.

Apakah itu kaunseling?

a)

Suatu interaksi bersemuka antara dua orang manusia secara dua hala. Manakala kaunselor merupakan orang yang terlatih dan penting dalam perkhidmatan kaunseling.

b)

Prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu.

c)

Suatu sesi yang mengadakan perkhidmatan kaunseling bagi sesuatu bayaran yang ditetapkan ataupun apa-apa balasan lain.

3.

Kenyataan di bawah merupakan etika kaunseling, kecuali...

a)

Menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang kaunselor dan integriti profesion kaunseling.

b)

Sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.

c)

Hendaklah menjalankan tugasnya dengan sambalewa dan berbohong

4.

Autonomi merupakan salah satu prinsip etika. Autonomi merupakan..

a)

Kaunselor memberi kebebasan memilih kepada klien sepenuhnya tanpa menghiraukan kebajikan pihak lain.

b)

Kaunselor memberi kebebasan kepada klien untuk memilih tindakan sendiri selagi tidak menjejaskan hak individu lain.

c)

Kaunselor memberi kepercayaan kepada klien dalam memilih pilihannya dan mengikut kepuasan hati klien itu sahaja.

5.

Etika kaunseling kerjaya mengikut perspektif Islam adalah...

a)

Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah

b)

Bekerja dengan niat untuk mencari pasangan dan mendirikan rumahtangga

c)

Bekerja dengan matlamat kebahagiaan persendirian

6.

Adakah maksud kerjaya menurut Islam ialah salah satu bidang sampingan dalam Islam yang dianggap sebagai sebahagian daripada ibadah?

a)

Betul

b)

Salah

7.

Apakah kepentingan kaunseling kerjaya?

a)

Salah satu medium untuk mendapat jodoh yang sama taraf dengan tahap pendidikan klien.

b)

Salah satu medium bagi klien untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan untuk membuat pilihan dan pandangan menyelesaikan masalah dalam kerjaya.

c)

Salah satu medium untuk terus mendapat dan mendaftar pekerjaan yang dikehendaki klien.

8.

Adakah kaunseling arahan dan kaunseling bukan arahan merupakan cara menyelesaikan konflik?

a)

Betul

b)

Salah

9.

Menurut Model Mizan dan Halimatun, menyediakan prasesi ialah merujuk kepada persedian bagi Guru Bimbingan atau Kaunselor untuk memberikan khidmat membimbing atau kaunseling kepada klien.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Apakah proses seterusnya selepas proses proses membina hubungan?

a)

Proses mengenal pasti

b)

Proses pengstukturan

c)

Proses membina matlamat