NEW
Font size
WorksheetsKuiz 15_Kata Adjektif
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
"Wah, rasa buah rambutan ini sungguh _____________________!" kata cucu Wak Dermawan.
pendek
cetek
pahit
manis
Sejak jatuh sakit, budak itu menjadi semakin _____________________.
rendah
tinggi
gemuk
kurus
Kita mesti menghirup udara yang bersih dan __________________.
aman
nyaman
tenang
sedap
Lagu kegemaran yang sering didengar oleh abang sangat _____________________.
cergas
enak
rancak
aktif
Pokok kelapa di belakang rumah itu sangat ___________________.
besar
panjang
tinggi
cetek
Badan Jin Huang ___________________ kerana sentiasa bersenam.
cergas
cerdas
pasif
bijak
Delaila membawa sandwic yang ___________________ ke sekolah.
lazat
kecil
bulat
biru
Keadaan Pantai Teluk Cempedak yang agak __________________ itu membahayakan anak- anak yang bermain di situ.
renek
cetek
rendah
dalam
Buah-buahan tempatan sungguh __________________ dan berpatutan pula harganya.
masam
kelat
pahit
manis
Roziah yang ringan mulut itu sungguh ___________________ dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.
sombong
kasar
senang
ramah
Nek Wan dan Tok Wan berasa sangat _____________________ akan cucu-cucunya kerana sudah sebulan mereka tidak pulang ke kampung.
malu
rindu
marah
sayang
"Walaupun telah selamat menjalani pembedahan, keadaan bapa Husin masih ____________________," kata doktor pakar itu.
lembik
lemah
gagah
layu
Bapa menanam pokok bunga yang ____________________ itu di tepi pagar.
renek
panjang
besar
lebar
Encik Teo kelihatan sungguh ____________________ apabila memakai kemeja barunya.
segak
kusut
lusuh
lawa
Rumah Siti terletak ____________________ dari sekolah kami.
jauh
panjang
lama
jarang
Budak kecil itu tidak dapat mengangkat kotak yang ____________________ itu.
berat
ringan
kecil
lembut
Angin bertiup dengan _____________________ di kawasan itu malam tadi.
laju
kuat
kencang
deras
Bayi itu tidur dengan _____________________nya di dalam buaian.
sedap
merdu
nyenyak
seronok
ikan yang disiang oleh kakak berbau............... dan meloyakan.
hancing
hapak
hanyir
hamis
Nenek Annas terpaksa memakai cermin mata kerana penglihatannya semakin _____________________.
kabur
pudar
tepat
jelas
