WorksheetsKata Ganda (Berirama)
Total questions: 13
Worksheet time: 7mins
Nenek memberikan _________ makanan semalam kepada itik-itik peliharaannya.
saki-baki
serbah-serbih
suku-sakat
lauk-pauk
Setiap hari, Faizul dan rakan-rakannya _________ di jambatan itu.
gerak-geri
lalu-lalang
pindah-randah
mundar-mandir
Puan Hanna __________ pulang ke kampung setelah menerima berita itu.
serta-merta
gopoh-gapah
lintang-pukang
tunggang-langgang
Stadium hoki itu __________ disinari lampu yang dipasang.
sorak-sorai
segar-bugar
riuh-rendah
terang-benderang
Beberapa bandar di Indonesia berada dalam keadaan _________.
karut-marut
kacau-bilau
kusut-masai
hingar-bingar
__________ pemuda dari Thailand itu mencurigakan penduduk kampung.
Suku-Sakat
Tindak-tanduk
Desas-desus
Ramah-tamah
Bas Ekspres Mutiara itu _________ dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.
lalu-lalang
pindah-randah
bolak-balik
mundar-mandir
Suasana di pasar malam itu _________ dengan suara penjual dan pembeli.
sorak-sorai
hingar-bingar
haru-biru
lintang-pukang
Kad-kad ucapan ini akan dikirimnya kepada _________nya sebagai tanda ingatan.
suku-sakat
sahabat-handai
adik-beradik
kaum-kerabat
Pengemis itu mengutip _________ yang terdapat di tepi jalan raya itu.
rumput-rampai
sampah-sarap
tali-temali
tanah-tanih
Ibu memasukkan _________ apabila menumis masakan gulai ayam kegemaran adik.
rempah-ratus
sayur-mayur
kuih-muih
tulang-temulang
Hatinya _________ apabila mendengar kata-kata penghinaan daripada saudaranya itu.
haru-biru
calar-balar
kacau-bilau
remuk-redam
Keadaan rumah Encik Suresh _________ kerana kemasukan pencuri semalam.
lintang-pukang
tunggang-langgang
porak-poranda
hingar-bingar
