wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz 2 - SBLM1013 - Set 1

Total questions: 20

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Teks Sumber: Much to Mrs. Hilton’s surprise, the five children and Buster spent the afternoon doing nothing but walk in and out of the cold boxroom. ‘Jolly good, Find-Outers,’ said Fatty, when even Bets could escape from the locked room quite easily. ‘Jolly good. Now tomorrow I’ll go up to London and get some disguises.’

Teks Sasaran: Puan Ayadurai berasa amat terperanjat melihat kelima-lima orang budak-budak itu dan Tompok mengisi masa mereka dengan keluar masuk bilik stor yang berbau hapak itu, sambil tergelak-gelak. ‘Bagus, Lima Penyiasat,’ puji Gemuk. Hinggakan Saroja pun boleh melepaskan diri dari bilik berkunci dengan mudah. ‘Besok saya akan ke Kuala Lumpur membeli alat-alat menyamar.’


Kenal pasti strategi terjemahan Vinay dan Darbelnet (1958) dalam teks di atas.

a)

Pinjaman

b)

Kesepadanan

c)

Adaptasi

d)

Modulasi

2.

Teks Sumber : Steve used to be what my mum calls ‘a wild child’.

Teks Sasaran: Steve pernah menjadi apa yang ibuku gelar sebagai ‘anak yang liar.’


Kenal pasti strategi terjemahan Vinay dan Darbelnet yang digunakan dalam teks di atas.

a)

Penggantian

b)

Pinjaman

c)

Calque

d)

Adaptasi

3.

Teks Sumber: I'd been watching a cartoon in which one of the characters was sucked up by a vacuum cleaner.

Teks Sasaran: Aku menonton kartun di mana salah satu watak telah disedut oleh pembersih vakum.


Kenal pasti strategi terjemahan Vinay dan Darbelnet dalam contoh di atas.

a)

Pinjaman

b)

Adaptasi

c)

Penggantian

d)

Kesepadanan

4.

Menurut Vinay dan Darbelnet (1958), penterjemah yang menterjemah ‘long neck’ kepada ‘leher jinjang’ dan ‘small waist’ kepada ‘pinggang ramping’, dikatakan menterjemah menggunakan strategi

a)

Kesepadanan

b)

Adaptasi

c)

Pinjaman

d)

Modulasi

5.

Teks Sumber: Rosnah has been a little under the weather recently.

Teks Sasaran: Semenjak kebelakangan ini, Rosnah tidak begitu sihat.


Kenal pasti strategi terjemahan Vinay dan Darbelnet (1958) dalam contoh di atas.

a)

Modulasi

b)

Transposisi

c)

Penggantian

d)

Pinjaman

6.

Teks sumber: “Borrowed it, Professor Dumbledore, sir,” said the giant, climbing carefully off the motorcycle as he spoke.

Teks sasaran: “Pinjam, profesor,” kata lelaki besar itu sambil turun dengan perlahan dari motorsikalnya.


Kenal pasti bentuk penyesuaian (Nida, 1964) yang berlaku dalam konteks yang dihitamkan dalam contoh di atas.

a)

Pengguguran

b)

Penambahan

c)

Elipsis

d)

Penjelasan

7.

Teks Sumber: If you cross a busy road without looking, you get whacked by a car.

Teks Sasaran: Sekiranya kamu melintas jalan yang sibuk tanpa melihat kiri dan kanan, kamu pasti dilanggar kereta.


Kenal pasti bentuk penyesuaian (Nida, 1964) yang berlaku dalam konteks yang dihitamkan dalam contoh di atas.

a)

Elipsis

b)

Penjelasan

c)

Penambahan

d)

Pindaan

8.

Teks Sumber: Ad hoc committee

Teks Sasaran: Jawatankuasa ad hoc


Apakah yang dilakukan oleh penterjemah dalam contoh di atas apabila penterjemah berhadapan dengan konsep asing yang tiada padanan dalam bahasa sasaran?

a)

Gunakan perkataan itu dalam ikatan kata

b)

Sendengkan kata-kata untuk menunjukkan berlakunya unsur pinjaman

c)

Gunakan frasa yang setanding maknanya dengan perkataan tersebut

d)

Gunakan perkataan itu sebagai definisi atau tukarkan bentuk perkataan tanpa menukarkan makna

9.

Teks Sumber: During our trip to the United Kingdom recently, we had the opportunity to go to 10 Downing Street to explore the historical 18th century building.

Teks Sasaran: Semasa kami ke United Kingdom baru-baru ini, kami berpeluang untuk berkunjung ke 10 Downing Street, iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri Britain, untuk meneroka bangunan bersejarah yang dibina pada kurun ke-18.


Apakah teknik terjemahan yang digunakan oleh penterjemah dalam frasa yang dihitamkan dalam petikan di atas?

a)

Gunakan perkataan itu dalam ikatan kata.

b)

Pinjaman perkataan bahasa sumber dalam terjemahan

c)

Gunakan perkataan bahasa sasaran sebagai takrif dalam terjemahan

d)

Gunakan frasa ayat yang setanding makna dengan perkataan bahasa sumber.

10.

Teks Sumber: Onychomycosis or known as toenail fungus can be picked up by walking barefoot in hot, moist places such as showers and changing rooms.

Teks Sasaran: Penyakit onychomycosis yang juga dikenali sebagai fungus kuku jari kaki boleh didapati apabila individu berjalan berkaki ayam di tempat yang panas serta lembab seperti di bilik air dan di bilik persalinan.


Apakah teknik terjemahan yang digunakan oleh penterjemah dalam frasa yang dihitamkan dalam contoh di atas?

a)

Gunakan kata sebagai perkataan pinjaman

b)

Gunakan frasa ayat yang setanding makna dengan perkataan sumber dalam terjemahan

c)

Ubah bentuk perkataan tanpa menukarkan makna asal

d)

Gunakan perkataan bahasa sumber sebagai definisi

11.

Teks sumber: He is heading the committee.

Teks sasaran: Dia mengetuai jawatankuasa tersebut.

Teks sumber: The company’s name heads every page.

Teks sasaran: Nama syarikat itu tercatat di setiap kepala muka surat

Teks sumber: His name heads the list.


Masalah utama penterjemah semasa menterjemah konsep ‘head’ dalam teks di atas ialah

a)

penyamaan banyak lawan satu.

b)

penyamaan satu lawan sebahagian.

c)

penyamaan satu lawan banyak.

d)

perbezaan leksikal yang ketara

12.

Perkataan seperti “Hanbok” dan “Hwarot” sukar untuk diterjemah kerana perbezaan budaya yang tidak difahami oleh masyarakat yang tidak mengamalkan budaya Korea.


Penyataan di atas menerangkan

a)

pinjaman budaya dalam terjemahan.

b)

terjemahan budaya dalam terjemahan.

c)

unsur budaya khusus dalam terjemahan.

d)

organisasi, adat resam, tatacara, konsep, kegiatan dalam terjemahan

13.

Apabila menterjemah frasa ‘their new house is quite big’ kepada ‘rumah baharu mereka adalah agak besar’, terjemahan ini kurang sesuai kerana penterjemah berhadapan dengan masalah berlainan tatabahasa yang melibatkan

a)

penggunaan kata hubung.

b)

bentuk jamak.

c)

penggunaan copula.

d)

hukum Diterangkan-Menerangkan.

14.

• Elemen atau konsep yang berkait rapat dengan bahasa dan budaya tertentu, misalnya ‘lasagna’ atau ‘spagheti’ dikaitkan dengan budaya Itali, manakala ‘sari’ atau ‘muruku’ dikaitkan dengan budaya India.

• Konsep ini juga diguna pakai untuk merujuk persekitaran geografi, tradisi, institusi dan teknologi.

• Elemen ini sukar untuk diterjemah kerana perbezaan budaya yang tidak difahami oleh masyarakat yang tidak mengamalkan budaya tersebut.


Konsep yang dihuraikan dalam petikan di atas merujuk

a)

artifak budaya.

b)

eksotisme budaya.

c)

unsur budaya umum.

d)

unsur budaya khusus.

15.

Teks Sumber: I love the tracery of the Gothic door.

Teks Sasaran: Saya suka akan kerawang Gothik pada pintu tersebut.


Menurut Sandor Hervey dan Ian Higgins (1992), kaedah terjemahan dalam petikan di atas lazimnya memperlihatkan elemen asing dalam teks sasaran. Kaedah ini dikenali sebagai

a)

eksotisme

b)

pinjaman budaya.

c)

terjemahan komunikatif.

d)

pemindahan budaya.

16.

Apabila penterjemah menterjemah frasa ‘cognitive appraisal theory of emotion’ kepada ‘teori emosi tafsiran kognitif’ dan bukannya ‘teori taksiran kognitif emosi,’ penterjemah berhadapan dengan masalah

a)

perbezaan leksikal yang ketara dalam kedua-dua teks sumber dan teks sasaran.

b)

kesantunan dalam berbahasa yang wujud dalam teks sumber.

c)

pengalaman bahasa yang tidak sama.

d)

penentuan hukum D-M (diterangkan-menerangkan) yang hadir dalam teks sasaran.

17.

Teks Sumber: The toast has lost its crispness.

Teks Sasaran: Roti bakar itu tidak ranggup lagi.


Menurut Nida (1964), teknik penyesuaian yang paling ketara yang diupayakan oleh penterjemah di atas ialah

a)

penambahan.

b)

penggantian.

c)

pindaan.

d)

pengguguran.

18.

Teks Sumber: A bouquet of roses was put into their father’s dressing room and surgery, ready for his home-coming. Delia found a dishful of late raspberries, his favourite fruit. Tony brought home a jug of cream from the farm. All his papers and journals were neatly arranged by his chair. Daddy had been away so long – how lovely to welcome him home again!

Teks Sasaran: Sejambangan bunga kekwa telah diletakkan di bilik tidur ayah mereka. Fauziah juga meletakkan sepiring manga masak. Badin membawa pulang sebaldi kecil susu lembu segar dari lading. Majalah dan akhbar ayah tersusun kemas di sisi katilnya. Ayah telah meninggalkan rumah begitu lama. Sungguh seronok menyambut kepulangannya.


Sandor Hervey dan Ian Higgins (1992) menyifatkan jenis terjemahan budaya dalam petikan di atas sebagai

a)

eksotisme.

b)

pinjaman budaya.

c)

pemindahan budaya.

d)

terjemahan komunikatif.

19.

Teks Sumber: "You could just leave me here," said Harry.

Teks Sasaran: "Mak cik dan Pak cik boleh tinggalkan saya sendiri di rumah," kata Harry.


Dalam konteks terjemahan di atas, penterjemah mengambil kira aspek _____________________________ dalam terjemahannya.

a)

kesantunan dalam berbahasa yang wujud dalam teks sumber

b)

perbezaan leksikal yang ketara dalam kedua-dua teks sumber dan teks sasaran.

c)

penggunaan kata hubung dalam teks sumber yang diterjemahkan sebagai kata soal dalam teks sasaran.

d)

penentuan hukum D-M (diterangkan-menerangkan) yang hadir dalam teks sasaran.

20.

Konsep 'farmhouse', 'grange' dan 'homestead' diterjemahkan sebagai 'rumah ladang' dalam bahasa Melayu.


Dalam konteks di atas, penterjemah berhadapan dengan masalah

a)

satu lawan banyak.

b)

banyak lawan satu.

c)

satu lawan sebahagian.

d)

perbezaan leksikal yang ketara.