Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Peribahasa yang berkaitan dengan gambar di atas membawa maksud ....

a)

tolong-menolong di antara satu sama lain

b)

sangat karib

c)

pasangan pengantin yang sama cantik dan sama padan

d)

kebaikan dibalas dengan kejahatan

2.

Peribahasa yang berkaitan dengan gambar di atas membawa maksud ....

a)

orang yang lupa akan asalnya setelah menikmati kesenangan

b)

tidak kekal dan segera hilang

c)

seseorang anak itu akan mengikut perangai ayah atau ibunya

d)

persahabatan yang sangat erat

3.

Peribahasa yang berkaitan dengan gambar di atas membawa maksud ....

a)

perbuatan yang jahat akhirnya akan mendapat balasan juga.

b)

mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia dilepaskan

c)

berwaspada sebelum ditimpa kesusahan

d)

orang yang bebal dan tidak mahu menurut nasihat yang diberikan

4.

Peribahasa yang berkaitan dengan gambar di atas membawa maksud ....

a)

mengenakan bunga yang terlalu mahal pada hutang

b)

peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi

c)

sesuatu yang dilakukan dengan pantas

d)

tidak teguh pendirian

5.

Peribahasa yang berkaitan dengan gambar di atas membawa maksud ....

a)

perkara kecil yang dibesar-besarkan orang

b)

bertindak dengan tergesa-gesa akhirnya mengecewakan.

c)

baik buruk ibu bapa sedikit sebanyak turun kepada anaknya

d)

sudah terlanjur dan tidak dapat diubah lagi

6.

Peribahasa yang berkaitan dengan gambar di atas membawa maksud ....

a)

jikalau kita membuat sesuatu kesalahan, biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa

b)

orang yang sangat mengharapkan pertolongan, sangat gembira apabila ada orang yang ingin membantu.

c)

kejahatan yang besar tidak dapat disembunyikan

d)

murid-murid umumnya mencontohi kelakuan guru

7.

Peribahasa yang berkaitan dengan gambar di atas membawa maksud ....

a)

belum tentu lagi memperoleh sesuatu, sudah direka-reka akan gunanya

b)

orang yang terikat hidupnya

c)

seseorang yang becok mulutnya.

d)

berita yang tidak berasas

8.

Peribahasa yang berkaitan dengan gambar di atas membawa maksud ....

a)

orang yang berkuasa dikalahkan (dihina) oleh orang yang lemah

b)

orang yang diam sahaja dalam suatu perbincangan

c)

seseorang yang tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan.

d)

orang yang cetek pengetahuannya.

9.

Simpulan bahasa yang berkaitan dengan gambar di atas membawa maksud ....

a)

orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan

b)

tulisan yang buruk.

c)

tidak memakai kasut

d)

tidak dapat melihat dengan jelas ketika gelap atau pada waktu malam

10.

Peribahasa yang berkaitan dengan gambar di atas membawa maksud ....

a)

orang tua yang berkelakuan seperti orang muda.

b)

memberikan nasihat tetapi tidak diterima oleh orang yang mendengarnya

c)

Segala daya upaya dilakukan asalkan impian tercapai

d)

Berbelanja mengikut kemampuan diri

11.

Azlan _____ kerana dia tidak tahu bermain bolak sepak.

a)

kaki botol

b)

kaki bangku

c)

kaki lima

d)

berat kaki

12.

Memang betullah jika Mak Jah dan Mak Siti bertegur sapa semula kerana _____.

a)

air dicincang takkan putus

b)

bagai aur dengan tebing

c)

bagai air digenggam tak tiris

d)

bagai air dititis ke batu

13.

Wajah Neelofa sangat cantik umpama...

a)

bulan jatuh ke riba

b)

bulan kesiangan

c)

pungguk rindukan bulan

d)

bulan dipagar bintang

14.

Pilih peribahasa-peribahasa yang sesuai dengan gambar di atas.

a)

bagai pinang dibelah dua

b)

bagai pinang pulang ke tampuk

c)

tanduk bersendi gading

d)

bagai cincin dengan permata

15.

Pilih peribahasa-peribahasa yang sesuai dengan gambar di atas.

a)

bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

b)

seliang bagai tebu, serumpun bagai serai

c)

yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing

d)

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

16.

Pilih peribahasa-peribahasa yang sesuai dengan gambar di atas.

a)

bagai hempedu lekat di hati

b)

bagai dakwat dengan kertas

c)

bagai isi dengan kuku

d)

bagai pinang di belah dua

17.

Pilih peribahasa-peribahasa yang sesuai dengan gambar di atas.

a)

alang-alang mandi biar basah

b)

sudah jatuh ditimpa tangga

c)

antah patah lesung hilang

d)

belum duduk sudah berlunjur

18.

Pilih peribahasa-peribahasa yang sesuai dengan gambar di atas.

a)

retak menanti belah

b)

telur di hujung tanduk

c)

bagai kaca terhempas ke batu

d)

bagai dihiris dengan sembilu

19.

Pilih peribahasa-peribahasa yang sesuai dengan gambar di atas.

a)

murah tangan

b)

murah hati

c)

baik hati

d)

rendah hati

20.

Pilih peribahasa-peribahasa yang sesuai dengan gambar di atas.

a)

ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi

b)

rebung tidak jauh dari rumpun

c)

bapa borek anak rintik

d)

bagaimana rupa, begitulah bayangnya