Font size
WorksheetsBAB 6 : SEJARAH TINGKATAN 5 (6.1-6.3)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah cabaran dalaman negara selepas pembentukan Malaysia?
Kepelbagaian adat resam
Pembangunan luar bandar terhad
Ketidakseimbangan pembangunan
Persaingan ekonomi perdagangan antarabangsa
DUA hasil bumi Sarawak dan Sabah yang meningkatkan jumlah eksport negara.
Langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mengatasi cabaran pembangunan dan sosioekonomi negara selepas pembentukan Malaysia KECUALI
Mempelbagaikan pertanian komersial seperti kelapa sawit dan koko
Memperkenalkan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia
Membina sekolah dan melatih guru untuk memberikan pendidikan kepada penduduk
Mengisytiharkan darurat di Sarawak bagi menggantikan Ketua Menteri Sarawak
Siapakah Ketua Menteri Sarawak yang mendapat undi tidak percaya daripada Council Negri?
Tawi Sli
Abdul Taib Mahmud
Stephen Kalong Ningkan
Awang Hipni Pengiran Annu
Sarawak telah mengalami krisis perlembagaan pada bulan Jun 1966. Apakah tindakan kerajaan mengatasi krisis tersebut?
Meminda perlembagaan
Memberikan khidmat nasihat
Mengadakan pilihan raya negeri
Mengisytiharkan darurat
Apakah tuntutan Lee Kuan Yew dalam kempen Malaysian Malaysia?
Pembatalan institusi beraja
Pengenalan sistem republik
Persamaan hak antara kaum
Perubahan bentuk pentadbiran
Rusuhan kaum telah berlaku di Singapura pada 21 Julai 1964. Mengapakah berlaku rusuhan tersebut?
Ketidakseimbangan dalam sosioekonomi
Perbuatan provokatif dalam berkempen
Krisis perebutan kuasa pentadbiran
Usaha menuntut persamaan hak
Bagaimanakah kedua-dua negara menyelesaikan isu memisahkan Singapura daripada Malaysia?
Melalui rundingan
Melalui peperangan
Melalui perdebatan
Mendapatkan bantuan negara lain
Bilakah Parlimen meluluskan rang undang-undang pemisahan Singapura?
29 Jun 1965
1 Julai 1965
7 Ogos 1965
9 Ogos 1965
Kempen yang digunakan oleh Lee Kuan Yew dalam menuntut hak sama rata.
Malaysian Singapura
Malaysian Malaysia
Malaysian Singaporean
Malayan Union
Apakah DUA bentuk ancaman yang dilakukan oleh komunis di Sarawak?
Menculik kanak-kanak
Mengugut pemimpin parti politik
Serangan bersenjata terhadap anggota keselamatan
Kegiatan sabotaj terhadap kemudahan awam
Dimanakah berlakunya serangan komunis terhadap orang awam pada 5 Ogos 1952?
Bukit Lambir, Miri
Sambas, Santubong
Batu Kitang, Kuching
Bawang Assan, Kuching
DUA tindakan kerajaan mengatasi masalah ancaman komunis di Sarawak.
Melaksanakan gerakan perang saraf
Melaksanakan Strategi Counterinsurgency (COIN)
Membina pagar sempadan dengan negara jiran
Melakukan operasi ketenteraan
Komunis telah melakukan serangan hendap terhadap pasukan keselamatan di Semenanjung Malaysia. Apakah kemuncak ancaman komunis tersebut?
Pengeboman kubu pertahanan
Menembak mati askar Melayu
Menyerang balai polis Kuala Krau
Pembunuhan pegawai kanan polis
Apakah kesan Perjanjian Hat Yai yang ditandatangani antara PKM, kerajaan Malaysia dan Thailand pada 2 Disember 1989?
Pembinaan pagar sempadan
Penguatkuasaan imigresen
Penyelarasan kawalan
Penamatan gerakan bersenjata PKM
Akhbar menunjukkan kemusnahan Tugu Negara yang dibom oleh PKM. Apakah tindakan pihak keselamatan susulan peristiwa tersebut?
Menubuhkan pasukan askar Melayu
Menangkap pemimpin gerakan radikal
Memperkuat perkhidmatan perisikan
Mengisytiharkan undang-undang darurat
DUA cara gerakan Perang Saraf yang dilaksanakan di Sarawak.
Membina pusat perdagangan
Mendaftarkan kad pengenalan
Mengadakan perhimpunan awam
Menyediakan kemudahan perhubungan
Dalam buku tulisannya, Tun Abdul Razak meminta semua rakyat Malaysia agar lebih berdedikasi dalam usaha membangunkan negara menjadi tanah air yang gembira dan makmur bagi diri sendiri dan anak-anak (masa depan).
Buku Merah
Strategy For Action
Blue Ocean Strategy
District Rural Development Plan
Apakah cabaran kerajaan untuk memajukan sistem perhubungan dan pengangkutan Sarawak dan Sabah?
Ancaman haiwan liar
Teknologi yang rendah
Saiz negeri yang besar
Terdapat banyak sungai
DUA faktor yang mendorong pemisahan Singapura daripada Malaysia.
Peranan kerajaan Singapura yang tidak terbatas
Tuntutan hak keistimewaan kepada semua kaum
Tuntutan pembukaan pasaran bersama disegerakan
Cadangan tambahan cukai yang perlu diberikan kepada Kerajaan Persekutuan
