wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KESALAHAN TATABAHASA 1

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

IPAD yang berjenama Apple itu ............... untuk sesiapa yang berjaya menjadi juara dalam pertandingan membuat video kreatif yang dianjurkan oleh PTIU.

a)

bukan

b)

tidak

c)

ialah

d)

adalah

2.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita perlulah saling ....................................... antara satu sama lain agar kehidupan menjadi lebih harmoni.

a)

hormat-menghormati

b)

menghormati

c)

salah-menyalahkan

d)

menyalahkan

3.

Kucing Cikgu Norlie yang bernama Miko itu comel tetapi nakal ........................... .


(jawapan boleh lebih daripada satu)

a)

amat

b)

paling

c)

sekali

d)

agak

4.

Aktif :

Kami telah memenangi acara lontar peluru itu sebanyak tiga kali berturut-turut.


Pasif : ........................................................................................

a)

Acara lontar peluru itu kami telah menangi sebanyak tiga kali berturut-turut.

b)

Acara lontar peluru itu telah kami menangi sebanyak tiga kali berturut-turut.

c)

Acara lontar peluru itu telah dimenangi oleh kami sebanyak tiga kali berturut-turut.

d)

Sebanyak tiga kali berturut-turut, kami telah memenangi acara lontar peluru itu.

5.

Pihak sekolah telah mencadangkan beberapa langkah-langkah untuk menangani masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar.


Nyatakan ayat di atas benar atau salah.

a)

Salah

b)

Benar

6.

Di musim bunga nanti, Luisa dan adiknya ingin melancong ke Korea.


Nyatakan ayat di atas benar atau salah.

a)

Salah

b)

Benar

7.

Ziyad akan menerima sekeping sijil dan sebuah trofi daripada pihak penganjur kerana beliau telah menjadi johan dalam pertandingan debat itu.


Nyatakan ayat di atas benar atau salah.

a)

Salah

b)

Benar

8.

Kita digalakkan untuk berkawan dengan .................... sahaja supaya dapat mengeratkan hubungan silaturahim.


(boleh pilih lebih daripada 1 jawapan)

a)

siapa

b)

sesiapa

c)

siapa-siapa

d)

semua di atas

9.

Sudah ...................... Oyen tidak pulang ke rumah, adik sangat risau akan keselamatan Oyen.


(boleh pilih lebih daripada 1 jawapan)

a)

semingu

b)

berminggu- minggu

c)

berminggu

d)

semua di atas

10.

Cikgu Fae .............................. salah seorang guru Matematik yang berpengalaman.


(boleh pilih lebih daripada 1 jawapan)

a)

ialah

b)

adalah

c)

merupakan

d)

iaitu

11.

" Tolong belikan kain untuk dibuat baju kurung sebanyak ..............................................", kata Mak Cik Sarah.

a)

empat setengah kilometer

b)

empat kilometer setengah

c)

empat setengah meter

d)

empat meter setengah

12.

" Jangan ............................ buku aku itu", pesan Meera.

a)

kauambil

b)

kau ambil

c)

kuambil

d)

ku ambil

13.

Datuk Mukhsin telah mendapat tender yang bernilai berjuta ringgit Malaysia.


Ayat di atas betul atau salah?

a)

Salah

b)

Betul

14.

Mariam iaitu gadis yang berkahwin dengan lelaki ............... Malaysia itu berasal .................... Korea.

a)

dari.....daripada

b)

daripada...... dari

c)

dari.... dari

d)

daripada.....daripada

15.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan.


Ayat di atas betul atau salah?

a)

betul

b)

salah