wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulang kaji CTU552

Total questions: 30

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Philosophy

a)

Cinta terhadap Ilmu pengetahuan

b)

Cinta terhadap nilai-nilai kemanusiaan

c)

Cinta terhadap Keharmonian

2.

Konsep insan sejahtera dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ialah mengimbangi:

a)

Fizikal, Kesihatan, Kemanusiaan,

b)

Fizikal, Kewangan, Kesihatan

c)

Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek

d)

Jasmani, Spritual,Jasadi, Akhlak

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan a “good man”

a)

Insan Berilmu

b)

Insan Beradab

c)

Insan Bertanggungjawab

4.

Manakah antara berikut BENAR tentang matlamat kehidupan manusia menurut perspektif agama?

i. Matlamat kehidupan dalam Kristian untuk memuliakan Tuhan dalam segenap tindakan dan perbuatan dalam hidup.

ii. Matlamat kehidupan dalam agama Hindu adalah mencapai Moksha.

iii. Matlamat kehidupan manusia menurut ajaran Buddha adalah untuk mencapai Nirvana.

iv. Matlamat kehidupan manusia dalam Islam adalah takut mati dan mengumpul harta yang banyak.

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

5.

Matlamat untuk melahirkan Insan Beradab melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah memahami dan melaksanakan tanggungjawabnya:

i. Beradab kepada Tuhannya

ii. Beradab Kepada dirinya

iii. Beradab kepada alam sekitar

iv. Beradab kepada masyarakat

a)

i dan ii

b)

i, ii dan iii

c)

ii, iii dan iv

d)

i,ii, iii dan iv

6.

__________________ adalah fahaman bahawa hakikat sesuatu adalah pada perkara yang bersifat material dan hanya dapat dikaji dengan pancaindera.

a)

Idealisme

b)

Materialisme

c)

Metafizik

7.

Logik adalah mengkaji prinsip-prinsip penaakulan yang benar. Antara yang berikut, pernyataan manakah merupakan kepentingan ilmu logik?

i- Memelihara akal daripada melakukan kesalahan dalam berfikir

ii- Membezakan proses berfikir yang benar daripada yang salah

iii- Memberi tanggapan emosi yang terbit dalam hati manusia

iv- Menajamkan akal fikiran dan membina kebenaran berfikir

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

Semua di atas

8.

Berikut merupakan cabang bagi Ontologi KECUALI:

a)

Metafizik

b)

Kemanusiaan

c)

Logik

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan Falasi?

a)

Penghujahan yang tepat

b)

Kesilapan dalam berfikir

c)

Ilham dan intuisi

10.

Sesuatu rumusan yang dibuat daripada kajian yang bersifat KHUSUS kepada UMUM dinamakan.

a)

Induktif

b)

Deduktif

c)

Silogisme

d)

Falasi

11.

Premis 1: Manusia adalah mamalia

Premis 2: Kucing adalah mamali

Kesimpulan: Manusia adalah kucing

Stuktur hujah di atas merujuk kepada:

a)

Induktif

b)

Deduktif

c)

Falasi

12.

Berdasarkan pernyataan di bawah, apakah kaedah hujahan yang digunakan?

Premis 1: Semua manusia bernafas menggunakan oksigen

Premis 2: Ali seorang manusia

Kesimpulan: Ali bernafas dengan menggunakan oksigen

a)

Logik Heuristik

b)

Logik Deduktif

c)

Logik Induktif

13.

Kajian tentang asas, matlamat, sumber dan ciri-ciri ilmu pengetahuan merujuk kepada falsafah:

a)

Ontologi

b)

Aksiologi

c)

Epistemologi

14.

Apakah fokus utama pemikiran teosentrik?

a)

Manusia sebagai pusat alam semesta

b)

Tuhan sebagai pusat alam semesta

c)

Sains sebagai pusat pengetahuan

15.

Martabat ilmu pengetahuan dalam menjadikan kita percaya kepada hari pembalasan merupakan cabang ilmu?

a)

Ilmu Naqli

b)

Ilmu Syariat

c)

Ilmu Fardu Ain

16.

Manakah antara berikut BUKAN merupakan sumber pengetahuan dalam Islam?

a)

Wahyu

b)

Mimpi orang soleh

c)

Akal yang rasional

d)

Pancaindera

17.

"Falsafah merupakan bidang yang mengandungi banyak cabang disiplin ilmu"

Antara berikut, manakah definisi yang TEPAT tentang disiplin Ontologi?

a)

Teori ilmu

b)

Teori nilai

c)

Teori kewujudan

18.

Fahaman Falsafah _______________ ialah memisahkan urusan keduniaan daripada urusan keagamaan

a)

Sekularisme

b)

Saintisme

c)

Hedonisme

19.

Fahaman saintisme timbul apabila berlaku perkembangan sains, inovasi dan teknologi semakin meluas.


Pilih pernyataan PALING tepat bagi menjelaskan ideologi fahaman saintisme:

a)

Saintisme meletakkan martabat sains begitu tinggi sehingga menjadikan sains sebagai satu-satunya sumber kebenaran ilmu pengetahuan

b)

Saintisme menjadikan manusia semakin tunduk akan penciptaan seluruh alam yang dijadikan oleh Khaliq

c)

Saintisme menjadikan akal sebagai sumber ilmu kedua selepas wahyu

20.

Sikap tidak mengambil kisah kepada kehilangan sejarah, jatidiri, agama dan tradisi, adalah ciri-ciri fahaman?

a)

Modenisme

b)

Sekularisme

c)

Pasca-modenisme

21.

· Teori yang menganggap sesuatu nilai itu baik apabila menguntungkan diri sendiri

· Individu yang berpegang kepada falsafah ini mesti memaksimumkan faedah kepada diri sendiri.


Pernyataan-pernyataan di atas adalah merujuk kepada falsafah:

a)

Egoisme

b)

Antroposentrisme

c)

Materialisme

22.

Berikut merupakan ciri-ciri kolonisasi kecuali:

a)

Penjajah cuba menerapkan sistem pendidikan Barat mereka kepada sesebuah negara

b)

Penjajah berusaha menjalankan pendidikan bersepadu kepada negara jajahan

c)

Penjajah mahu melahirkan anak-anak negara yang dijajah supaya berpandangan Barat

23.

Relativisme memberikan implikasi dalam neraca kehidupan manusia. Apakah kesan

UTAMA relativisme era pasca moden?

a)

Penafian terhadap kebenaran mutlak

b)

Perkembangan nilai etika dan estetika

c)

Pemisahan di antara urusan agama dan dunia

24.

Antara berikut, manakah penerapan konsep sejahtera yang TEPAT terhadap memahami hakikat insan?


i- Pembentukan insan kamil
ii- Melindungi diri dari pengaruh sekularisme
iii- Melaksanakan tanggungjawab kepada Tuhan, diri dan masyarakat
iv- Pembebasan diri daripada kehidupan yang merupakan kesengsaraan hidup

a)

i, dan ii

b)

i, ii dan iii

c)

i, iii dan iv

d)

Semua di atas

25.

"Natijah akhir pemikiran agnostisisme adalah ateisme"

Pernyataan berikut merupakan beberapa punca ke arah pemikiran ateisme:

i- Pembuktian kebenaran adalah melalui akal dan wahyu tidak diterima

ii- Kegagalan memahami Tuhan akibat terbelenggu dengan alam fizikal

iii- Keliru tentang konsep kebenaran akibat menjumpai agama-agama yang pelbagai

iv- Logik akal sentiasa mendahului wahyu kerana kebenarannya perlu ditapis akibat kegagalan wahyu dibuktikan melalui sains

a)

i, ii, iii

b)

i, ii dan iv

c)

ii, iii, dan iv

d)

Semua di atas

26.

"Membebaskan jiwa dan akal budi daripada penjajahan Barat"

Antara berikut, manakah istilah yang TEPAT, selaras dengan kenyataan di atas.

a)

Dualisme

b)

Kolonisasi

c)

Dekolonisasi

27.

Apakah yang dimaksudkan dengan "Relativisme" dalam konteks ideologi?

a)

Kepatuhan kepada nilai-nilai mutlak

b)

Penolakan terhadap perubahan

c)

Sesuatu perkara yang bersifat tidak tetap

28.

“Akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo, menerbitkan kartun kontroversi menghina Nabi Muhammad. Mereka berpegang kepada kebebasan menghina agama kerana agama tidak seharusnya mengawal hak kebebasan bersuara mereka.”   

Berdasarkan pernyataan di atas, ideologi manakah yang menjadi punca pemikiran tersebut?

a)

Relativisme

b)

Sekularisme

c)

Agnostisisme

29.

Apakah unsur utama yang terdapat dalam proses sekularisasi?

a)

Pembebasan dari tafsiran keagamaan

b)

Penerimaan semua agama

c)

Kepatuhan ketat kepada dogma agama

30.

“Jiwa manusia itu adalah bersih suci sehinggalah berlakunya dosa warisan dan meletakkan manusia dalam  kematian yang tidak baik.”

Berdasarkan penyataan di atas adalah merujuk kepada matlamat kejadian manusia dalam agama …

a)

Hindu

b)

Budha

c)

Kristian