Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Komsas :Kumpulan 1

Total questions: 8

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan maksudkan dengan rangkap pertama:


"Dengarkan tuan suatu riwayat, Raja di desa Negeri Kembayat, Dikarang fakir dijadikan hikayat,

Supaya menjadi tamsil ibarat"

a)

Mengisahkan seorang raja di desa Negeri Kembayat yang sangat kurang bertanggungjawab.

b)

Setelah Raja beberapa lama memerintah negara dalam keadaan aman dan damai, akhirnya bala menimpa dan baginda meninggalkan kerajaannya.

c)

Mengisahkan seorang raja di desa Negeri Kembayat yang ditulis oleh seorang fakir untuk dijadikkan contoh teladan

d)

Rakyat jelata datang menghadap raja mengkhabarkan suasana huru-hara dalam negara. Raja dengan perasaan marah menyatakan rasa terkejut.

2.

Apakah yang dimaksudkan dalam rangkap kedua:


"Ada raja suatu negeri,

Sultan halifah akas bestari, Asalnya baginda raja yang bahari,

Melimpah ngadil dagang senteri."

a)

Raja di desa Negeri Kembayat,digambarkan seorang yang penakut dan tidak mengambil berat tentang rakyat

b)

Raja di desa Negeri Kembayat, digambarkan sebagai seorang yang hebat dan bijaksana. Baginda juga berwajah tampan dan bersikap adil terhadap orang asing atau pedagang.

c)

Raja di Desa Negeri Kembayat digambarkan sebagai seorang yang kejam dan tidak bertanggungjawab terhadap rakyat dan orang asing.

d)

Rakyat jelata datang menghadap raja mengkhabarkan suasana huru-hara dalam negara. Raja dengan perasaan marah menyatakan rasa terkejut.

3.

Apakah yang dimaksudkan dalam rangkap ketiga:


"Hairan orang empunya temasya, Baginda itulah raja perkasa, Sangat tiada merasai susah, Entah esok dan lusa."

a)

Sebagai seorang raja yang hebat ketika itu, baginda tidak pernah merasai kesusahan. Namun hal ini tidak dapat dijangka pada masa akan datang.

b)

Sebagai seorang raja yang hebat ketika itu, baginda pernah menghadapi pelbagai kesusahan,dalam kehidupan.Maka hal yang lain boleh dihadapi oleh baginda pada masa akan datang dengan mudah .

c)

Setelah beberapa lama memerintah negara dalam keadaan aman dan damai, akhirnya bala menimpa dan baginda meninggalkan kerajaannya.

4.

Apakah yang dimaksudkan dalam rangkap keempat:


"Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri, Beberapa bulan beberapa hari, Hamillah puteri permaisuri."

a)

Raja mempunyai seorang adik yang beristeri dan tidak beberapa lama kemudian permaisuri adiknya berbadan dua.

b)

Raja mempunyai anak lelaki yang sudah beristeri dan tidak beberapa lama kemudian permaisuri anaknya berbadan dua.

c)

Raja kemudiannya beristeri dan tidak beberapa lama kemudian permaisuri baginda berbadan dua.

5.

Apakah yang dimaksudkan dalam rangkap kelima:


Beberapa lamanya dalam kerajaan, Baginda duduk bersuka-sukaan, Datanglah beroleh kedukaan. Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

a)

Setelah beberapa lama memerintah negara dalam keadaan aman dan damai, akhirnya bala menimpa dan baginda meninggalkan kerajaannya.

b)

Raja melarikan diri apabila terdapat masalah di negaranya termuncul yang menyebabkan keadaan negara menjadi huru hara dan rakyat mula menentang baginda.

c)

Raja berani menghadapi masalah di negaranya yang menyebabkan keadaan negara menjadi huru hara .

6.

Apakah yang dimaksudkan dalam rangkap keenam:


Datanglah kepada suatu masa. Melayanglah unggas dari angkasa, Unggas gurda sangat perkasa, Menjadi negeri rosak binasa.

a)

Pada suatu hari, negeri baginda diserang oleh burung garuda hingga menyebabkan kemusnahan yang teruk.

b)

Pada suatu hari, burung garuda telah muncul di negeri baginda dan berkawan dengan rakyat di negeri tersebut.

c)

Pada suatu hari,burung garuda menyelamatkan semua rakyat yang mengalami kesusahan di negeri baginda.

7.

Apakah yang dimaksudkan dalam rangkap ketujuh:


"Datanglah menyambar suaranya bahana, Gemparlah sekalian mulia dan hina, Seisi negeri gundah-gulana, Membawa diri ke mana-mana."

a)

Raja membunuh semua burung garuda yang terdapat di negeri baginda dengan beberapa orang pembesarnya

b)

Rakyat berani membunuh semua burung garuda tersebut untuk menyelamatkan diri mereka.

c)

Keadaan negeri kembali pulih apabila burung tersebut melarikan dirinya ke negeri lain.

d)

Keadaan negeri yang menjadi huru-hara dan semua rakyat lari bertempir menyelamatkan diri.

8.

Apakah yang dimaksudkan dalam rangkap kelapan:


Baginda pun sedang dihadap orang. Mendengar gempar seperti perang, Bertitah baginda raja yang garang. "Gempar ini apakah kurang."

a)

Rakyat jelata datang menghadap raja mengkhabarkan suasana huru-hara dalam negeri. Raja dengan perasaan marah menyatakan rasa terkejut.

b)

Rakyat berjumpa dengan raja untuk mengkhabarkan suasana yang baik pulih dalam negeri dengan perasaan gembira.

c)

Raja berasa sedih dan ingin membantu rakyatnya setelah negeri baginda ditimpa musibah.

d)

Rakyat jelata datang menghadap raja mengkhabarkan suasana huru-hara dalam negara. Raja dengan perasaan marah menyatakan rasa terkejut.