wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LITAR BERSIRI DAN SELARI

Total questions: 21

Worksheet time: 5hrs 15mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah betul tentang litar bersiri?

a)

Suis-suis disambung bersebelahan antara satu sama lain dalam satu laluan

b)

Terdapat lebih daripada satu laluan bagi arus elektrik mengalir

c)

Semua mentol mempunyai kecerahan yang sama

d)

Mentol-mentol disambung bersebelahan antara satu sama lain

2.

Antara cara berikut, yang manakah dapat menambah kecerahan nyalaan mentol pada basikal yang menggunakan dinamo?

a)

Pasangkan dinamo pada tayar belakang

b)

Mengayuh basikal dengan laju

c)

Gunakan lebih banyak mentol

d)

Gunakan mentol yang lebih besar

3.

Apakah perbezaan antara litar bersiri dan litar selari?


P - Bilangan mentol berbeza

Q - Susunan mentol yang berbeza

R - Kecerahan nyalaan mentol berbeza

S - Bilangan bateri tidak sama

a)

P dan Q

b)

P dan R

c)

Q dan R

d)

Q dan S

4.

Maklumat berikut menerangkan penggunaan suis di dalam sesebuah litar eleltrik.


Mentol tidak menyala apabila suis ditutup



Mentol menyala apabila suis dipasang

a)

Kerana bateri membenarkan dan menghalang pengaliran arus elektrik

b)

Kerana arus elektrik dapat mengalir melalui litar lengkap dan tidak mengalir apabila litar terputus

c)

Kerana suis itu rosak

d)

Kerana mentol membenarkan dan menghalang pengaliran arus elektrik

5.

Araiz dan Hakeem ingin memasang sebuah litar elektrik bagi menyiapkan projek sains mereka. Antara berikut, peralatan manakah yang diperlukan untuk membina sebuah litar elektrik lengkap?

a)

Sel kering, mentol dan suiz

b)

Mentol, sel kering dan wayar penyambung

c)

Sel kering, mentol, suis dan beberapa wayar penyambung

d)

Pemegang sel kering, pemegang mentol, suis dan wayar penyambung

6.

Antara tindakan berikut, yang manakah akan menyebabkan kejutan elektrik?

a)

Membiarkan seterika seketika di atas pakaian

b)

Menyentuh suis dengan tangan yang basah

c)

Membaiki peralatan elektrik dalam keadaan suis tertutup

d)

Menggunakan palam plastik untuk memasang plag 2 pin

7.

Antara berikut yang manakah BUKAN bahaya akibat kecuaian dalam pengendalian peralatan elektrik?

a)

Melecur

b)

Kebakaran

c)

Demam panas

d)

Kejutan elektrik

8.

Antara yang berikut, yang manakah langkah keselamatan yang betul semasa mengendalikan peralatan elektrik?

a)

Membaiki peralatan elektrik yang rosak sendiri

b)

Mencucuk soket elektrik menggunakan bahan konduktor elektrik

c)

Membuka dan menutup suis dengan tangan yang kering

d)

Menyambung banyak plag peralatan elektrik pada satu soket

9.

Rajah menunjukkan satu litar selari. Ramalkan apa yang berlaku jika suis P ditutup.

a)

Mentol R menyala

b)

Mentol S tidak menyala

c)

Mentol R dan S menyala

d)

Mentol R dan S tidak menyala

10.

Antara litar elektrik berikut, yang manakah disambung secara bersiri?

a)
b)
c)
d)
11.

Rajah menunjukkan satu sumber tenaga elektrik. Apakah tenaga yang disimpan oleh sumber tenaga elektrik ini?

a)

Tenaga elektrik

b)

Tenaga kimia

c)

Tenaga haba

d)

Tenaga kinetik

12.

Apakah sumber tenaga elektrik yang ditunjukkan dalam rajah?

a)

Akumulator

b)

Motor elektrik

c)

Dinamo basikal

d)

Generator

13.

Pilih pernyataan yang betul.

a)

Litar bersiri boleh dikawal oleh satu suis atau lebih.

b)

Litar selari boleh dikawal oleh satu suis atau lebih.

c)

Jika satu mentol dalam litar selari terbakar, mentol lain tidak menyala.

d)

Jika satu mentol dalam litar bersiri terbakar, mentol lain tidak menyala.

14.

Antara litar elektrik berikut, yang manakah menyala paling cerah?

a)
b)
c)
d)
15.

Antara berikut, yang manakah boleh mewakili komponen yang ditunjukkan dalam rajah?

a)
b)
c)
d)
16.

Antara berikut, yang manakah boleh mewakili komponen yang ditunjukkan dalam rajah?

a)
b)
c)
d)
17.

Antara berikut, yang manakah mempengaruhi kecerahan nyalaan mentol?

a)

Susunan suis

b)

Susunan mentol

c)

Bilangan suis

d)

Jenis sel kering

18.

Dalam litar selari, jika satu sambungan rosak, semua sambungan berhenti berfungsi.

a)

Betul

b)

Salah

19.

Apakah jenis litar ini?

a)

Selari

b)

Sesiri

20.

Gambar menunjukkan litar elektrik. Litar ini adalah litar sesiri kerana:

a)

Ia mempunyai 3 lampu mentol

b)

Arus yang mengalir melalui ketiga-tiga mentol lampu adalah sama

c)

Ia menggunakan bateri tunggal

d)

Arus elektrik mempunyai lebih daripada satu laluan untuk mengalir melaluinya

21.

Litar ini .....?

a)

terbuka

b)

selari

c)

tertutup

d)

the cutest little circuit evah!