wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SEJARAH BAB 5 TINGKATAN 5 KSSM

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Cadangan TERAWAL Pembentukan Malaysia telah dikemukakan oleh tokoh tersebut pada tahun 1887.

Siapakah beliau ?

a)

Lord Brassey

b)

Sir Malcom Macdonald

2.

Mengapakah Sir Geofroy Tory (PTB) mencadangkan agar Tanah Melayu disatukan dengan Singapura?

a)

Kepentingan ekonomi

b)

Ancaman komunis

c)

Meluaskan kawasan

3.

PESURUHJAYA TINGGI ialah jawatan yang disandang oleh ketua perwakilan negara dalam kalangan negara KOMANWEL.

Apakah JAWATAN yang setara dengan Pesuruhjaya Tinggi kini?

a)

Duta

b)

Presiden

c)

Perdana Menteri

d)

Ketua Menteri

4.

Mengapakah Sir Gerald Templer (PTB) meminta penggabungan wilayah di Tanah Melayu disegerakan?

a)

Tujuan keselamatan

b)

Tujuan membesarkan saiz negara

c)

Tujuan Memaksimumkan hasil negara

5.

Konsep MELAYU-RAYA telah diperjuangkan para nasionalis Melayu seperti Ahmad Boestamam.

Mengapakah idea ini gagal?

a)

Indonesia telah merdeka dahulu

b)

Tanah Melayu telah merdeka dahulu tanpa Indonesia

6.

Apakah rasional memasukkan Singapura di dalam gagasan Malaysia?

a)

Ancaman komunis

b)

Memajukan ekonomi kedua-dua negara

c)

Meluaskan saiz negara

7.

Ancaman komunis di SARAWAK diketuai oleh gerakan _____

a)

CCO

b)

COC

c)

COO

8.

Kemasukan Singapura ke dalam gagasan Malaysia akan menyebabkan ketidakseimbangan kaum.

Bagaimanakah Tunku Abdul Rahman mengatasi cabaran tersebut?

a)

Memasukan negeri Sarawak, Sabah dan Brunei

b)

Mengeluarkan Singapura dari gagasan Malaysia

9.

Pilih Parti Politik Sarawak yang menentang penyertaan Sarawak ke dalam gagasan Malaysia.

a)

SUPP

b)

PANAS

c)

PESAKA

10.

Namakan parti Sarawak berikut yang menentang pembentukan Malaysia dan kemudiannya menyokong.

a)

SNAP

b)

SUPP

c)

PESAKA

d)

PANAS

11.

PANAS, SNAP, BARJASA, SCA dan PESAKA bergabung membentuk ___________________ untuk menyokong gagasan Malaysia.

a)

Parti Perikatan Sarawak

b)

Sarawak Geng 05

c)

Parti Perikatan

12.

Pada tahun 1962, Parti Politik Sabah menubuhkan gabungan menyokong Malaysia yang dinamakan :

a)

Sabah Alliance

b)

Sarawak Alliance

13.

BARISAN SOSIALIS menentang Singapura menyertai gagasan Malaysia kerana menganggap

a)

penjajahan baru

b)

merugikan ekonomi Singapura

c)

Singapura perlu tunduk kepada Kuala Lumpur

14.

Mengapakah Presiden Macapagal (Filipina) menentang pembentukan Malaysia?

a)

Menuntut wilayah Sabah

b)

Menuntut negeri Sabah

c)

Anggap penjajahan bentuk baru British

15.

Siapakah yang dilantik sebagai PENGERUSI dalam Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM) ?

a)

Donald Stephens

b)

Temenggung Jugah

c)

Tunku Abdul Rahman Puta al-Haj

d)

Dato' Onn Jaafar

16.

Apakah maksud REFERENDUM ?

a)

Pungutan suara

b)

Cadangan

c)

Janji politik

d)

Rujukan

17.

Pilih ahli-ahli Suruhanjaya Cobbold dari Kerajaan PTM.

a)

LORD COBBOLD

b)

SIR ANTHONY ABELL

c)

SIR DAVID WATHERSON

d)

MUHAMMAD GHAZALI SHAFIE

e)

WONG POW NEE

18.

Pilih 2 tujuan utama Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan pada Ogos 1962?

a)

Menyediakan rangka perlembagaan

b)

Melindungi kepentingan Sarawak dan Sabah

c)

Mengeratkan hubungan pusat dan negeri

19.

Dalam Perjanjian Malaysia 1963, Sabah bersetuju mengiktiraf BAHASA MELAYU sebagai Bahasa Kebangsaan.Sebagai balasan, Sabah dibenarkan menggunakan BAHASA INGGERIS dalam tempoh ___ tahun .

a)

10

b)

100

c)

15

d)

1

20.

Mengapakah tarikh pembentukan Malaysia pada 31 Ogos 1963 terpaksa DITUNDA ke tarikh 16 September 1963?

a)

Laporan Setiausaha PBB tidak dapat disiapkan

b)

Serangan tentera Indonesia

c)

Serangan tentera Filipina

d)

Tarikh tidak cantik

21.

Siapakah tokoh tersebut yang telah dilantik sebagai ketua rombongan Misi PBB meninjau di Sarawak dan Sabah ?

a)

Laurence Michelmore

b)

U Thant

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

A.M.Azahari

22.

Siapakah yang dilantik sebagai YANG DI-PERTUA Sarawak yang pertama ?

a)

Datu Abang Haji Openg Abang Sapiee

b)

Stephen Kalong Ningkan

23.

DR. subandrio (Menteri Luar Indonesia) telah mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia dengan SLOGAN

a)

GANYANG MALAYSIA

b)

HAPUSKAN PENAJAJAH

c)

HALAU PENJAJAHAN BENTUK BARU

24.

Bagaimanakah Malaysia bertindak terhadap dasar Konfrontasi Indonesia ?

a)

Membawa isu ke Majlis Keselamatan PBB

b)

Bertindak balas dengan tentera

c)

Menyerah kalah

25.

Pada 11 Ogos 1966, Tun Abdul Razak menandatangani perjanjian Normalisasi Hubungan Indonesia-Malaysia di _______

a)

Jakarta

b)

Tokyo

c)

Bangkok

d)

Kuala Lumpur