wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MAHAR

Total questions: 28

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

APAKAH MAKSUD MAHAR YANG PALING TEPAT?

a)

MAS KAHWIN

b)

HANTARAN

c)

NAFKAH

d)

WANG MUTAAH

2.

APAKAH HUKUM PEMBERIAN MAS KAHWIN ?

a)

WAJIB

b)

SUNNAT

c)

HARUS

d)

DIGALAKKAN

3.

BOLEH ATAU TIDAK MENYEGERAKAN MAS KAHWIN?

a)

BOLEH

b)

TIDAK BOLEH

4.

BERAPAKAH BAHAGIAN MAS KAHWIN

a)

EMPAT

b)

TIGA

c)

DUA

d)

LIMA

5.

MAHAR YANG DISEBUT DENGAN JELAS JUMLAH DAN JENISNYA DALAM SUATU AKAD NIKAH.

APAKAH NAMA MAHAR INI?

a)

MAHAR MUSAMMA

b)

MAHAR MITHIL

c)

MAHAR MUSTA'MAL

d)

MAHAR MUTANNAJIS

6.

MAHAR YANG TIDAK DISEBUT JUMLAH DAN JENISNYA DALAM SUATU AKAD NIKAH

a)

MAHAR MUSAMMA

b)

MAHAR MITHIL

c)

MAHAR TANDA

d)

MAHAR MAHAL

7.

PILIH HIKMAH PEMBERIAN MAHAR YANG PALING TEPAT SEKALI?

a)

MEMBEBANKAN SUAMI

b)

MENGUJI SAMADA SUAMI SANGGUP ATAU TIDAK

c)

MEMULIKAN DAN MENGIKTIRAF KAUM WANITA

8.

Pengertian mahar (maskahwin) dalam istilah syarak ialah

a)

Suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan sama ada berupa wang atau benda yang mempunyai nilai pada hukum syarak.

b)

Suatu pemberian yang wajib diberikan oleh isteri kepada suami dengan sebab pernikahan sama ada berupa wang atau benda yang mempunyai nilai pada hukum syarak.

9.

Di dalam al-Quran beberapa perkataan lain yang memberi maksud sama dengan mahar (maskahwin) antaranya ialah

a)

الصداق

b)

الصدقات

c)

النحلة

d)

الفريضة

10.

Hukum pemberian mahar (maskahwin) oleh seorang lelaki (suami) yang bernikah dengan perempuan (isteri) berdasarkan dalil al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W adalah

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Harus

d)

Sunat Muakkadah

11.

Hukum menyebut kadar mahar (maskahwin) di dalam akad adalah

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Harus

d)

Sunat Muakkadah

12.

Mahar (maskahwin) bukan menjadi rukun nikah.

a)

Betul

b)

Salah

13.

Hukum nikah jika tidak menyebut kadar mahar (maskahwin) di dalam akad nikah.

a)

Sah

b)

Tidak sah

14.

Mahar (maskahwin) tiada kadar yang tertentu (sama ada paling sedikit atau paling banyak).

a)

Betul

b)

Salah

15.

Mahar (maskahwin) adalah menjadi hak isteri sepenuhnya.

a)

Betul

b)

Salah

16.

Jika sudah ditetapkan kadar mahar (maskahwin) di dalam akad dan dipersetujui padanya, maka suami TIDAK WAJIB membayarnya pada kadar yang ditentukan itu.

a)

Betul

b)

Salah

17.

Mahar (maskahwin) boleh dibayar secara

a)

Tunai

b)

Hutang

c)

Tunai sahaja

d)

Tidak boleh hutang

18.

Rasulullah S.A.W menggalakkan umatnya agar mempermudahkan mahar (maskahwin).

a)

Betul

b)

Salah

19.

Pengertian mahar musamma (مهر المسمى) ialah

a)

Mahar (maskahwin) yang disebut dengan jelas jumlahnya dan jenisnya dalam akad nikah.

b)

Mahar (maskahwin) yang sepadan atau disamakan dengan mahar perempuan yang setaraf dengannya dari ahli keluarganya atau mahar perempuan-perempuan lain yang setaraf dengannya berdasarkan adat setempat.

20.

Pengertian mahar misli (مهر المثل) ialah

a)

Mahar (maskahwin) yang disebut dengan jelas jumlahnya dan jenisnya dalam akad nikah.

b)

Mahar (maskahwin) yang sepadan atau disamakan dengan mahar perempuan yang setaraf dengannya dari ahli keluarganya atau mahar perempuan-perempuan lain yang setaraf dengannya berdasarkan adat setempat.

21.

Mahar misli (مهر المثل) berlaku apabila

a)

Mahar (maskahwin) yang disebut dengan jelas jumlahnya dan jenisnya di dalam akad nikah.

b)

Mahar (maskahwin) yang tidak disebut dengan jelas jumlahnya dan jenisnya di dalam akad nikah.

22.

Isteri boleh menentukan kadar mahar misli (مهر المثل) untuk dirinya berdasarkan perempuan-perempuan lain yang setaraf dengannya jika tiada ahli keluarga yang boleh dijadikan panduan bagi menentukan mahar misli (مهر المثل).

a)

Betul

b)

Salah

23.

Perkara-perkara asas yang dianjurkan oleh Islam untuk menentukan kadar mahar misli (مهر المثل) ialah

a)

Umur

b)

Pekerjaan

c)

Keturunan

d)

Pendidikan

e)

Kecantikan

24.

Berikut adalah perkara-perkara asas yang dianjurkan oleh Islam untuk menentukan kadar mahar misli (مهر المثل) kecuali

a)

Kecerdasan

b)

Kebiadaban

c)

Keagamaan

d)

Ketakwaan

e)

Status (gadis atau janda)

25.

Isteri berhak menerima penuh maharnya (maskahwinnya) apabila

a)

Berlakunya persetubuhan di antara suami dan isteri.

b)

Berlaku kematian salah seorang daripada mereka (sama ada suami atau isteri).

c)

Suaminya menceraikannya sebelum disetubuhi.

d)

Berlaku perceraian sebelum disetubuhi secara fasakh nikah.

26.

Isteri hanya mendapat separuh sahaja mahar (maskahwin) jika

a)

Berlakunya persetubuhan di antara suami dan isteri.

b)

Berlaku kematian salah seorang daripada mereka (sama ada suami atau isteri).

c)

Suaminya menceraikannya sebelum disetubuhi.

d)

Berlaku perceraian sebelum disetubuhi secara fasakh nikah.

27.

Isteri tidak berhak langsung mendapat mahar (maskahwin) setelah berlaku akad nikah jika

28.