wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

7. Pengaruh ICT Ke Atas Kesepaduan Nasional

Total questions: 10

Worksheet time: 3hrs 30mins

Name
Class
Date
1.

Faktor berikut mampu menggugat kelangsungan identiti dan budaya masyarakat Melayu, KECUALI?

a)

Fahaman Humanisme

b)

Penggunaan ICT tanpa had

c)

Penerapan budaya Hedonsime

d)

Penyebaran ideologi Liberalisme dan Pluralisme

2.

Berikut merupakan hubungan manusia dengan ICT, kecuali:


i. alat komunikasi

ii. alat menghubungkan persaudaraan

iii. alat memutuskan persaudaraan

iv. alat mempercepatkan tugasan

a)

i dan ii

b)

ii dan iv

c)

i, ii dan iv

d)

Semua di atas

3.

Berikut merupakan kelemahan ICT:


i. Meringankan tugas kerja

ii. Membantu pelajar berkomunikasi dengan guru

iii. Meruntuhkan modal insan

iv. Buli siber

a)

i dan ii

b)

iii dan iv

c)

i, ii dan iv

d)

Semua di atas

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan ICT?

a)

Teknologi maklumat

b)

Internet

c)

Teknologi komunikasi dan maklumat

d)

Teknologi maklumat dan komunikasi

5.

Manusia perlu mempunyai adab dan etika dalam menggunakan ICT


Berikut merupakan etika menggunakan media sosial, KECUALI:


i. Bercakap dengan sopan

ii. Bergaul tanpa mengira batas

iii. Meletakkan iklan yang banyak dalam group whatsapp

iv. Memberi ilmu dengan cara spam

a)

i dan iii

b)

ii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

6.

Paradigma sains dan teknologi komunikasi adalah berlandaskan salah satu daripada prinsip berikut iaitu:

a)

Membawa manfaat dan tidak membawa kemudaratan

b)

Melahirkan kemakmuran dan memberikan kemewahan semata-mata

c)

Menjadi agen pemisah sosialisasi masyarakat berbilang kaum

d)

Melahirkan pesaing yang berlumba-lumba ke arah kemajuan semata-mata

7.

Berikut merupakan penyalahgunaan teknologi yang memudaratkan manusia:


i. Ketagihan terhadap media sosial misalnya akan membawa kepada tabiat berjaga malam dan masalah kekurangan tidur dan keletihan.

ii. Perkongsian di media sosial boleh mempengaruhi emosi dan mental seseorang.

iii. Terlalu bergantung kepada teknologi akan menyebabkan memori jangka pendek menjadi kurang berkesan.

iv. ICT digunakan bagi memudahkan dan meringankan beban kerja seharian.

a)

i dan ii

b)

i, ii dan iii

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

8.

Berikut adalah peranan media komunikasi terhadap anggota masyarakat dalam mengukuhkan kesepaduan nasional:


i. ICT mampu membawa dan menyebarkan ilmu pendidikan kepada semua lapisan masyarakat

ii. ICT digunakan untuk memperkenalkan budaya, adat resam, nilai, etika dan seumpamanya

iii. Media komunikasi amat membantu kegiatan ekonomi negara dari segi promosi dan pengiklanan.

iv. ICT bertanggungjawab untuk mempromosikan keadaan harmoni, menerapkan nilai positif, mewujudkan persefahaman dan kerjasama dalam kalangan kumpulan etnik di Malaysia

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

Semua di atas

9.

Antara strategi yang dapat membantu sesebuah komuniti untuk menggunakan ICT secara berkesan adalah seperti yang berikut:


i. Mewujudkan pusat ICT dengan penglibatan masyarakat setempat

ii. Menyediakan ruang sembang dalam talian untuk anggota komuniti bertukar pendapat dan memberikan saranan

iii. Merancang aktiviti dan pengurusan pusat ICT secara berseorangan

iv. Mempunyai capaian ke agensi berkaitan untuk berurusan dengan kerajaan, utiliti, kecemasan, kesihatan, urusan kewangan dan sebagainya.

a)

i dan ii

b)

i, ii dan iii

c)

i, ii dan iv

d)

Semua di atas

10.

Pilih penyatan yang SALAH mengenai langkah-langkah menguruskan ICT dengan baik:


i. Membenarkan pendedahan maklumat kepada pihak yang tidak dikenali

ii. Memeriksa maklumat dan menentukan ia tepat dan lengkap dari semasa ke semasa

iii. Memaksimumkan penggunaan ICT ketika meluangkan bersama dengan ahli keluarga

iv. Memastikan kerahsiaan keselamatan ICT diketahui umum dan mudah dicapai

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

Semua di atas