Font size
WorksheetsKUIZ TATABAHASA TINGKATAN 2
Total questions: 15
Worksheet time: 5mins
____________, sakitnya pergelangan tanganku ini!
Wah
Aduh
Ah
Aduhai
“Encik Abu, _____________ duduk dahulu,” kata setiausaha kepada Datuk Jaafar.
minta
harap
jangan
sila
Pilih ejaan yang betul.
maha siswa
juruukur
poli-klinik
tatacara
Pilih ejaan yang salah.
nasionalisme
organisme
patriotisma
patriotisme
Pilih 3 kata adjektif cara
sebentar
pantas
anggun
perlahan
ganas
Pak Samad _______ pokok di belakang rumahnya.
Menebas
Menebang
Memotong
Mencantas
"Bilakah __________akan berangkat ke Indonesia?" tanya Hamdan kepada Raju
kamu
dikau
dia
kami
Kerusi itu dibuat _______________ rotan.
Dari
Oleh
Daripada
Dengan
Syamil rajin belajar ______________ abangnya malas
sejak
dengan
tetapi
dan
Apabila berjanji, kita hendaklah _______ janji itu.
Melunaskan
Menepati
Memberikan
Menyampaikan
"Boleh _______ tumpang bertanya?" kata Suri dan Muna kepada pemuda itu.
kamu
awak
kami
saya
Encik Wan Omar bakal pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlu memberikan sokongan sepenuhnya kepada _______
ia
dia
mereka
beliau
Setelah sultan itu mangkat, maka takhta kerajaan negeri itu pun diserahkan kepada putera _______.
baginda
tuanku
beta
nya
Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Semangat.
luas
sempit
nipis
besar
"Dia____ mengingatkan saya supaya membawa novel itu tetapi saya terlupa, " kata Aiman kepada Ali.
sudah
belum
hendak
mungkin
