WorksheetsSains Komputer Tingkatan 4 - 2.1.1 Menjelaskan kepentingan
Total questions: 17
Worksheet time: 9mins
• Merupakan himpunan fakta mentah mengenai sesuatu benda, kejadian, orang atau entiti yang boleh terdiri daripada perkataan, angka atau gambar.
• Data boleh menjadi sesuatu fakta yang bermakna atau tidak bermakna sehingga fakta-fakta tersebut diproses.
Pernyataan di atas merujuk kepada _______ .
data
maklumat
pangkalan data
sistem maklumat
• Merupakan hasil daripada pengumpulan, pemprosesan dan penganalisisan data yang boleh digunakan untuk membuat sesuatu keputusan.
• Apa yang dihasilkan akan menjadi lebih bermakna dan mudah untuk difahami oleh seseorang
Pernyataan di atas merujuk kepada _______ .
data
maklumat
pangkalan data
sistem maklumat
Rajah di atas menunjukkan evolusi pengurusan data.
Antara yang berikut sistem pemprosesan manakah dipadankan dengan betul dengan susunan evolusi?
P = Fail, Q = Manual, R = Data
P = Manual, Q = Fail, R = Data
P = Data, Q = Fail, R = Manual
P = Fail, Q = Data, R = Manual
"Kelemahan sistem ini adalah banyak tenaga buruh diperlukan, ruang yang besar untuk pemprosesan dan simpanan dan pencarian yang agak lambat apabila data semakin bertambah.
Pernyataan di atas merujuk kepada ______ .
Sistem Pemprosesan Manual
Sistem Pemprosesan Fail
Sistem Pangkalan Data
_______ menggunakan teknologi komputer yang menyimpan dokumen-dokumen dalam bentuk fail digital.
Sistem Pemprosesan Manual
Sistem Pemprosesan Fail
Sistem Pangkalan Data
_______ boleh menyimpan jumlah data yang banyak dalam ruang simpanan yang jauh lebih kecil.
Sistem Pemprosesan Manual
Sistem Pemprosesan Fail
Sistem Pangkalan Data
______ ialah koleksi data logikal yang berkaitan dan strukturnya membolehkan kandungannya dikeluarkan, diuruskan dan dikemas kini dengan mudah.
Data
Maklumat
Pangkalan data
Sistem maklumat
Apakah conto-contoh aspek kehidupan yang melibatkan penggunaan Sistem Pangkalan Data?
Pembelian tiket penerbangan.
Pembelian barangan di pasar raya besar.
Mengimbas lokasi QR kod menggunakan MySejahtera.
Menyimpan rekod markah peperiksaan yang dicetak ke dalam fail.
Ciri- ciri data yang disimpan dalam pangkalan data mesti
mencapai kualiti yang berikut, iaitu _______ .
Integriti data
Ketekalan data
Kelewahan data
_______ bermaksud kesempurnaan, ketepatan dan kesahan data (validation) serta merujuk ketepatan data yang sah melalui keseluruhan kitaran hayat data.
Integriti data
Ketekalan data
Kelewahan data
- Jadual mempunyai sekurang-kurangnya satu atribut data yang unik bagi setiap rekod.
- Contoh: Nombor murid mesti unik.
Pernyataan di atas merujuk kepada _______ .
Integriti entiti
Integriti rujukan
Integriti domain
- Rekod-rekod dalam dua jadual yang berbeza boleh dihubungkan melalui perkongsian atribut data yang sama.
- Sekiranya tiada hubungan antara rekod, atribut tersebut dibiarkan kosong.
- Sekiranya terdapat hubungan antara dua rekod tersebut, atribut dalam kedua-dua jadual berkongsi nilai data yang sama.
Pernyataan di atas merujuk kepada _______ .
Integriti entiti
Integriti rujukan
Integriti domain
"Atribut-atribut data dalam jadual mestilah betul dengan berasaskan suatu domain masalah".
Pernyataan di atas merujuk kepada _______ .
Integriti entiti
Integriti rujukan
Integriti domain
Contoh di atas menunjukkan situasi _______ yang tidak dipatuhi.
Integriti data
Ketekalan data
Kelewahan data
Untuk memastikan _______, proses kemas kini salinan data di semua lokasi simpanan perlu dilakukan dengan rapi.
integriti data
ketekalan data
kelewahan data
Rajah di atas menunjukkan rekod murid dalam Sistem Maklumat Murid. Perhatikan rekod murid bernama Alia bt Roslan. Kad pengenalan murid dan Nama murid adalah sama tetapi No. telefon yang berbeza wujud sebanyak tiga kali di dalam sistem fail.
Keadaan inilah yang dipanggil _______ .
integriti data
ketekalan data
kelewahan data
Apakah yang terjadi sekiranya kelewahan data tidak diatasi?
Menggunakan lebihan sumber simpanan komputer
Kemas kini data yang lewah memakan banyak masa dan tidak
menyeluruh.
Menyebabkan data menjadi korup.
Menjadikan pangkalan data tersebut kurang efisien.
